Tips Berpuasa bagi Ibu Hamil Supaya Kekal Cergas


Bulan Ramadhan yang bakal tiba membuatkan semua orang dah tak sabar menanti ketibaannya. Ada ibu hamil yang tak nak melepaskan peluang untuk berpuasa penuh. Ada pula yang terdetik soalan "larat ke aku nak berpuasa" ? Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, Zura nak kongsikan tips berpuasa bagi ibu hamil supaya kekal cergas di bulan puasa.



Tips pemakanan semasa berpuasa bagi ibu hamil.

1. Ambil makanan yang membekalkan protein yang tinggi seperti ikan, telur, daging kerana ianya mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan ia dapat membantu membekalkan tenaga. Pastikan juga mengambil makanan yang membekalkan nutrisi yang lengkap yang diperlukan badan.

2. Makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan  seperti kurma dan makanan yang rendah glisemiks indeks perlu untuk ibu hamil kerana membantu ibu hamil rasa kenyang untuk tempoh yang lama.



3. Pastikan ibu-ibu tak lupa mengambil vitamin tambahan untuk ibu hamil untuk membantu kekal cergas.

4. Lewatkan waktu bersahur untuk mengelakkan dari rasa cepat lapar pada siang hari. Jadi, jangan culas bangun sahur ye..ibu-ibu :)  

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

5. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter dalam tempoh selepas berbuka hingga sebelum imsak untuk mencegah anda daripada mengalami dehidrasi.

6. Sebolehnya, elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh semasa bersahur untuk mengelakkan ibu-ibu dari ternyahhidrat. Ibu-ibu boleh menggantikan minuman tersebut dengan meminum smoothies atau jus buah-buah segar.





7. Untuk mendapatkan vitamin, mineral serta pelbagai zat untuk persediaan berpuasa, ibu hamil bolehla memakan sup sayuran-sayuran yang dicampur dengan ayam.

Diharap ibu-ibu hamil dapat menjalani ibadah puasa dengan mudah dan pastinya ganjaran dari Allah menanti anda yang bersabar mengharungi bulan puasa dalam keadaan hamil. InshaAllah, di entri selanjutnya, Zura akan kongsikan tanda-tanda yang mengharuskan ibu hamil segera berbuka puasa. Apakah tanda-tanya? Pastikan ibu-ibu mengikuti entri terkini dari Zura ya..


Ingin mendapatkan Set Kehamilan & Set Berpuasa Cergas?

Anda boleh menempah secara online dan nantikan vitamin-vitamin tersebut datang kepada anda :))


Set Kehamilan

Set Berpuasa Cergas







Salam Hormat

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment