Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu: Elakkan Kita Dan Keluarga Terjejas Akibatnya

Jerebu melanda negara kita lagi kebelakangan ni. Jiran dari seberang punya angkara, kita kat Malaysia pun mendapat tempias akibat dari pembakaran hutan di sana. Banyak perkara yang perlu kita ambil perhatian terutamanya dari segi kesihatan apabila berdepan dengan masalah jerebu. Jadi, hari ni kita bercerita tentang penjagaan kesihatan semasa jerebu ye.

Apakah Jerebu

Jerebu adalah satu fenomena yang berlaku disebabkan kehadiran banyak partikel-partikel kecil yang terapung-apung di udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pancaran cahaya matahari ke bumi menjadi tersekat apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang sangat banyak serta berkelompok. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.



Punca-punca Jerebu

Pembakaran terbuka pada skala yang besar, 
Asap dari kilang dan 
Asap kenderaan.

Cara Mengetahui Status Kualiti Udara.

Status kualiti udara dinilai melalui indeks pencemaran udara (IPU). IPU digunakan untuk mengetahui kualiti udara serta kesannya terhadap kesihatan. Kriteria pengukuran IPU adalah berdasarkan lima bahan pencemar udara iaitu ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter.

Nilai IPU             Status Kualiti Udara              Deskripsi

0-50                            Baik                                     -

51 - 100                  Sederhana                                 -

101 - 200                 Tidak Sihat                  Kumpulan berisiko 
                                                                    berkemungkinan terjejas

201 - 300         Sangat Tidak Sihat                 Orang ramai 
                                                                    berkemungkinan terjejas
   
301-500                Merbahaya                         Orang ramai 
                                                                    berkemungkinan terjejas
   


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan.

Apabila terdedah kepada jerebu secara berterusan, antara kesan terhadap kesihatan yang akan dialami adalah seperti;

  • Kesukaran bernafas atau sesak nafas.
  • Mata menjadi pedih dan kemerah-merahan serta berair.
  • Selesema dan kerap bersin.
  • Gatal-gatal di kerongkong.
  • Batuk-batuk.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit dada.
  • Sakit kepala.


Golongan Berisiko Tinggi Terjejas Akibat Jerebu

Apabila IPU mencapai tahap sangat tidak sihat, semua orang berisiko mengalami masalah kesihatan akibatnya. Namun, golongan berikut adalah yang lebih tinggi risikonya:

  • Kanak-kanak
  • Penghidap asma 
  • Penghidap bronkitis
  • Pesakit jantung
  • Perokok
  • Pesakit paru-paru kronik
  • Pesakit radang paru-paru
  • Penghidap alahan
  • Warga tua
  • Pekerja di tempat binaan/luar pejabat.


Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu

Elakkan melakukan aktiviti di luar rumah.
- Seboleh mungkin, elakkan daripada melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, beriadah dan sebagainya. Jika terpaksa keluar rumah, pastikan memakai penutup mulut.

Jauhi diri dan keluarga daripada perokok dan asap rokok.
- Dalam keadaan berjerebu, asap rokok memburukkan lagi keadaan. Jauhilah perokok daripada berada berdekatan anak anda. Ada baiknya jika perokok mengurangkan aktiviti merokok semasa jerebu atau lebih baik jika berhenti merokok terus!

Utamakan kebersihan.
- Pastikan anak-anak segera mencuci muka atau mandi setelah balik dari sekolah ataupun setelah keluar dari rumah. 

Minum air suam 
- Amalkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air suam dalam sehari supaya badan kita tidak kekurangan cecair.

Amalkan pemakanan berkhasiat.
- Banyakkan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran yang tinggi antioksida serta serat. 

Elakkan mengambil minuman berkafein/alkohol.
- Jauhi daripada mengambil minuman berkafein seperti kopi dan beralkohol. Minuman tersebut boleh menyebabkan kekerapan membuang air kencing serta mengakibatkan dehidrasi.

Jangan berhenti menyusukan bayi anda.
- Jika anda sedang menyusukan bayi anda, teruskan penyusuan dan pastikan bayi anda menyusu dengan cukup.

Dapatkan rehat yang secukupnya.
- Tidur atau rehat yang secukupnya memberikan kesegaran kepada badan kita setelah penat bekerja seharian.

Dapatkan rawatan segera.
- Jika anak atau ahli keluarga menunjukkan simptom sesak nafas atau asma, segera dapatkan rawatan ke klinik atau hospital. Jangan dibiarkan pesakit tanpa mendapat rawatan kerana ianya boleh membahayakan nyawa mereka. 




Bagaimana Supplemen Membantu Meningkatkan Imunisasi Badan.

Imunisasi badan yang tinggi membantu menjauhkan diri kita dan ahli keluarga daripada mendapat pelbagai penyakit yang berkaitan jerebu. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati penyakit?

Jom kita lihat supplemen yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan kita.

Carotomax
-Membantu menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman. Ianya juga menyekat keadaan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori, batuk, asma, flu dan selsema

SR Vita C (dewasa) @ Chewy Cita C (kanak-kanak).
- Vitamin C membantu meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan simptom flu dan selsema.

- Merupakan anti oksida yang kuat yang berperanan mengukuhkan sistem imun serta mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.

Nota : Pakar nutrisi menyarankan pengambilan vitamin ACE bersama-sama untuk menggandakan kesan oksidasi dalam melawan radikal bebas.

- Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan, penyakit lelah, bronkitis serta membantu menyihatkan paru-paru.

- Membantu mencegah dehidrasi, mengurangkan kehausan serta membekalkan elektrolit dalam tubuh.


Semoga kita semua sihat-sihat selalu. Selamat mengamalkan panduan penjagaan kesihatan yang Zura bagitau tadi. Jika ahli keluarga anda kurang sihat, segera berjumpa doktor. Bagi yang nak meningkatkan imunisasi badan seisi keluarga, hubungi Zura untuk dapatkan supplemen yang diingini.

Ingat! Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Bertindak segera.









Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment