Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menunaikan Haji Dan Umrah

Setiap Muslim pastinya menyimpan hasrat untuk menunaikan haji atau umrah. Tambah lagi dengan musim mengerjakan haji pada masa sekarang ni, hati ini semakin berkobar-kobar untuk ke tanah suci Mekah.

Zura doakan kita semua direzekikan menjadi tetamu istimewaNya pada tahun-tahun yang akan datang. Sementara menunggu giliran kita untuk menunaikan haji atau umrah, apa kata kita mempersiapkan diri kita dari segi fizikal, mental, emosi dan spritual terlebih dahulu. Jadi, hari ini Zura nak kongsikan persiapan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan haji atau umrah.




Persediaan Sebelum Menunaikan Haji Atau Umrah.

1. Membuat Persediaan Dari Segi Kewangan.

Niat nak mengerjakan haji atau umrah dah ada, jadi tindakan seterusnya semestinya ialah dengan membuat persediaan kewangan. Langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka akaun di Tabung Haji. Peruntukkan sejumlah wang dan simpanlah dengan konsisten. Lebih baik sekiranya simpanan digandakan setiap tahun. 

2. Belajar Cara Atau Kaifiat Mengerjakan Haji /Umrah.

Belajar cara atau kaifiat mengerjakan haji atau umrah daripada ustaz atau orang yang berpengalaman dan mahir. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ibadah yang dilakukan menjadi sia-sia jika kesilapan atau kecuaian dilakukan.

3. Membaca Buku-buku Yang Berkaitan.

Buku-buku mengenai haji atau umrah juga bolehla dibaca bagi mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada serta memudahkan kita untuk membuat ulangkaji mengenai cara-cara mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Selain itu, dengan banyak membaca buku mengenai kota suci Mekah dan Madinah, lebih mudah untuk kita memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku di tempat yang diziarahi semasa di sana.




4. Membuat Senaman, Latihan Kecergasan dan Latihan Berjalan Kaki.

Senaman dan latihan kecergasan yang teratur sangat perlu dilakukan untuk melatih stamina dan keadaan fizikal supaya sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan sihat.

Latihan berjalan kaki dilakukan bertujuan untuk membiasakan kita berjalan ulang alik pergi/balik ke masjid serta melakukan ibadah seperti tawaf, saie dan melontar Jamrah. 

Latihan berjalan kaki boleh dilakukan dalam anggaran jarak 4 km, 3 kali dalam seminggu. Sebaiknya latihan ini dilakukan secara konsisten dalam masa 4 atau 2 bulan sebelum berangkat ke tanah suci.


5. Membiasakan Diri Dengan Perubahan Cuaca.

Perubahan cuaca yang akan dialami agak ketara semasa berada di tanah suci Mekah. Suhu pada musim panas pada waktu siang boleh mencecah sehingga 40 -50°C manakala suhu musim sejuknya boleh turun mencecah 10°C.

Kita boleh berlatih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas dengan melakukan aktiviti seperti berkebun atau bangun malam untuk berqiamullail bagi membiasakan diri dengan kedinginan air dan cuaca sejuk.  

6. Belajar Membaca Al-Quran dan Berdoa.

Jika sudah lama tidak membaca Al-Quran atau pembacaan Al-Quran tidak begitu lancar, cari guru untuk belajar membaca Al-Quran. 

Kita tentunya tidak mahu melepaskan peluang berdoa di tempat-tempat mustajab berdoa semasa Mekah. Pelajari dan hafal doa-doa khusus di tempat-tempat tertentu serta hayati maknanya agar kita dapat berdoa dengan khusyuk dan rasa kerdil di hadapan Allah SWT.


7. Melakukan Pemeriksaan Kesihatan.

Beberapa bulan sebelum berangkat ke Mekah, eloklah sekiranya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui keadaan kesihatan kita. Ini adalah penting supaya kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal.
.
8. Menyediakan Semua Kelengkapan Secukupnya.

Senaraikan peralatan/kelengkapan seperti pakaian, telekung dan lain-lain yang perlu dibawa semasa mengerjakan haji/umrah. Tidak semestinya semua kelengkapan perlu dibeli baru, seboleh-bolehnya elakkan pembaziran.

Ubat-ubatan hendaklah dibawa secukupnya bagi yang mengalami sakit seperti asma, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan sebagainya. Difahamkan, harga ubatan di sana agak mahal.

Selain itu, supplemen tambahan seperti SR Vita C untuk melindungi sistem imunisasi badan daripada jangkitan penyakit, B.Complex untuk membekalkan tenaga, Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet (AJHT) untuk kesihatan kaki dan sendi yang optimum juga perlu dimasukkan dalam senarai barang keperluan untuk dibawa ke tanah suci. Di samping, jangan lupa untuk membawa sekali Performance Drink iaitu minuman untuk mengelak dehidrasi. 


Jika korang/ibu bapa korang bakal menunaikan haji/umrah pada masa akan datang, bolehla menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen-supplemen yang Zura bagitahu tadi. Semoga urusan dan amal ibadah kita semua diterimaNya seandainya kita berpeluang menjadi tetamu istimewaNya untuk menunaikan haji/umrah satu hari kelak.



Sumber:shafiqolbu












Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment