Tips Mengekalkan Keharmonian Hubungan Suami Isteri Agar Sentiasa Hangat Seperti Pasangan Baru Bercinta

Perkahwinan adalah momen yang paling indah dan manis bagi pasangan uda dan dara yang telah sepakat untuk menempuh kehidupan berumahtangga. Namun, sejauh manakah kita bersedia menempuh alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran di zaman moden dewasa ini? Hubungan suami isteri seboleh-bolehnya, biarlah sentiasa hangat dan mesra seperti di awal-awal usia perkahwinan dahulu walaupun zaman “pengantin baru” telah lama ditinggalkan.




Ada pasangan yang berjaya mengemudi alam rumahtangga mereka dengan baik dan ada pula sebaliknya. Benarlah seperti kata pepatah yang menyatakan “ Ku sangkakan panas berpanjangan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari”….. 

Inilah scenario yang berlaku setelah beberapa tahun Mira (bukan nama sebenar) dan Azman (bukan nama sebenar) 

Berkahwin atas dasar suka sama suka, namun tak tahu di mana silapnya sejak kebelakangan ini rumahtangga mereka agak suram/hambar. Walaupun hubungan kedua-dua mereka agak suram, namun masing-masing masih lagi menjalankan tugas sebagai isteri/suami seperti biasa. Hinggalah pada suatu hari, mereka sepakat untuk berbicara dari hati ke hati mengenai masalah mereka.




Ini adalah kerana masing-masing masih mahu mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina selama hampir 10 tahun. Dipihak Mira, menurutnya, dia sering berasa letih dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga mereka. Kesibukkan di tempat kerja dan urusan rumah tangga yang seperti tiada berkesudahan menyebabkan adakalanya, tanpa disedari, Mira melampaiskan amarahnya kepada anak-anak mereka yang masih kecil. 




Menurut Mira lagi, sesekali dia begitu teringin jika Azman juga turut membantunya dalam urusan rumahtangga. Ditambah pula, tidurnya sering terganggu sejak kebelakangan ni akibat dengkuran Azman yang bunyinya seperti serombong kapal! Sudahnya, menjelang pagi, dia bangun dalam keadaan yang lesu dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan moodnya.

Azman terangguk-angguk sambil sesekali tersenyum mendengar pengakuan ikhlas dari isterinya. Kini, terjawabla sudah persoalan mengapa isterinya sering kelihatan lesu dan tidak bermaya, malah penampilannya ketika di rumah juga sering tidak terurus.

Rupanya, sikapnya sendiri yang jarang sekali membantu isterinya dengan urusan rumah tangga menjadi punca masalah selama ini. Mira tidak pernah merungut atau meminta pertolongan darinya, menyebabkannya tidak begitu ambil peduli dengan urusan rumah tangga mereka. Baginya, Mira mampu melakukan semua kerja tersebut. Padanlah Mira kadang-kadang menolak ajakannya untuk bersama kerana menurutnya beliau tersangat letih.

Azman mengakui kebelakangan ni memang dia berdengkur. Itu pun setelah diberitahu oleh Mira. Baginya ia adalah perkara biasa kerana anggapannya, dia hanya berdengkur apabila terlalu penat bekerja di siang hari. Walhal, setiap malam tidur Mira terganggu dek dengkurannya.

Setelah sesi berbicara dari hati ke hati selesai, kedua-duanya berazam untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Tidak cukup dengan tu, Mira mendapatkan nasihat dari sahabat baiknya. Sahabat baiknya yang sememangnya seorang yang menitikberatkan kesihatan mencadangkan Mira mengamalkan B. Complex, Gla Complex, Vitalea dan Alfalfa Complex daripada Shaklee. Manakala, untuk Azman pula, supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah dengkur ialah Vitamin E dan Zinc Complex.

Setelah lebih kurang 2 bulan mengamalkan supplemen yang dicadangkan sahabatnya, Mira dan Azman mula dapat merasakan kesannya. Mira sudah berjaya mengawal emosinya manakala Amran pula semakin rajin membantu isterinya. Apa yang paling best, Mira tidak lagi mudah berasa letih. Amran masih lagi berdengkur, tetapi tidak lagi pada setiap malam. Mereka semakin menghargai sesama mereka dan Mira tidak lagi menolak ajakan Azman untuk bersama.

Selain usaha tersebut, mereka juga berusaha mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah SWT.  

Zura pasti ada di antara pembaca yang mengalami situasi seperti yang dialami Mira & Azman. Disini, Zura ingin kongsikan tips mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Tips Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga

1. Suami bolehla mengikut teladan Rasulullah s.aw dalam melayani isteri baginda. Umpamanya, memanggil isteri dengan panggilan istimewa atau minum bergantian pada cawan yang sama.

2. Suami yang ringan tulang membantu tugasan isteri pastinya akan membuatkan isteri terpikat dan sangat berterima kasih dengan anda.




3. Sesekali bawalah isteri bercuti ke tempat yang ada sentimental value buat anda berdua.



4. Isteri pula hendaklah menghormati suami dan elakkan membenarkan lelaki yang bukan muhrim memasuki kediaman semasa ketiadaan suami.

5. Komunikasi, kejujuran serta kepercayaan antara satu sama lain sangat penting dalam hubungan suami isteri. 

6. Jangan lupa tarikh penting dalam kehidupan anda berdua seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir pasangan. Raikan hari istimewa tersebut bersama-sama.

7. Cipta kejutan yang membuatkan pasangan anda gembira dan merasakan dirinya dihargai anda.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Jika ada di antara anda yang mengalami masalah dalam rumah tangga, jangahlah bertindak terburu-buru. Ingat! Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Mohonlah kepada Yang Maha Esa agar dikeluarkan dari segala kesulitan.

Bagi yang ingin mendapatkan supplemen seperti Mira dan Azman pula, cepat-cepatlah menghubungi Zura ya ;D










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

12 comments:

  1. Menarik! Cuba bab ingat tarikh penting tu kena improve lagi. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set tarikh penting dalam planner @ kat telefon bimbit pun ok.

      Delete
  2. Bismillah,

    Bestnya baca 7 Tips Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga.
    Saya suka tips no 4 dan 5....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah..komunikasi & kehormatan nama baik keluarga memang perlu dititikberatkan

      Delete
  3. Perkongsian yg bagus...sama2 kita berkomunikasi dgn baik suami isteri

    ReplyDelete
  4. waahhhh sgt menarik...terima kasih atas semua tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Maz..terima kasih berkunjung kat blog Zura ni :)

      Delete
  5. waa menarik .. pling menarik pergi bercuti ... best best ..relax with family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bercuti bersama2 ke Bangkok Aizah

      Delete
  6. Saling tolong menolong dalam membuat kerja di rumah adalah sangat dianjurkan. Kadang suami terlepas pandang yang sebenarnya si isteri perlukan pertolongannya. Bekerjasama itu lebih baik.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat menarik. Nak-nak part pergi bercuti. Memang ohsemmm =)

    ReplyDelete