6 Tips Atasi Masalah Badan Berbau Elak Dari Dipulaukan Rakan

Rohana adalah seorang gadis yang ceria dan mempunyai penampilan yang menarik. Walau bagaimanapun, dia sering merasa terpinggir semasa di pejabat kerana rakan sekerjanya seolah-olah menjauhkan diri masing-masing setiap kali dia cuba menyertai kumpulan mereka. Di pihak rakan sekerja Rohana pula, bukanlah mereka sengaja menjauhkan diri dari Rohana, tetapi mereka sebenarnya tidak tahan mencium bau badan Rohana. Bimbang pula jika ditegur mengenai hal tersebut akan membuatkan Rohana tersinggung.



Adakah anda juga mengalami apa yang Rohana alami? Pastinya keyakinan diri lama-kelamaan akan menghilang kerana ‘ditolak’ orang sekeliling. Jika dibiarkan berlarutan, dibimbangi masalah lain pula yang timbul seperti tekanan emosi. Sudah tentu kita tak mahu perkara tersebut terjadi.

Punca Yang Menyebabkan Badan Berbau

Terdapat dua jenis kelenjar yang berperanan menghasilkan peluh iaitu kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine.

Kelenjar Eccrine bertindak menghasilkan peluh kerana ia bersambung terus ke permukaan kulit. Antara lain peranannya ialah untuk membuang bahan buangan seperti sodium, kalsium, urea atau elektrolit. Peluh yang melalui kelenjar ini biasanya tidak mengeluarkan bau.

Kelenjar Apocrine pula mengandungi sebum dan mengeluarkan bahan berlemak. Maka, ini menyebabkan cecair yang dikeluarkan dari kelenjar ini adalah likat serta berwarna keruh. 

1. Disebabkan oleh Bakteria.

Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak rerambut seperti di ketiak atau pada alat kelamin. Bakteria lebih senang untuk memecah masuk ke dalam protein pada kelenjar ini yang menyebabkan timbulnya bau yang tidak menyenangkan.

2. Pencernaan Yang Kurang Sempurna.

Sistem pencernaan individu yang kurang sempurna menyebabkan bahan buangan terkumpul di dalam badan sebagai toksin serta menjadi punca kepada masalah badan berbau.

Toksin di dalam badan akan disingkirkan jika saluran penghadaman seseorang berada dalam keadaan yang baik. Namun, jika individu mengalami sembelit toksin menjadi kekal di dalam badan.

3. Pengambilan Makanan Atau Minuman Yang Boleh Mencetuskan Bau Badan

Makanan mengandungi banyak rempah atau bawang putih dikatakan dapat merangsang penghasilan bau badan. Begitu juga dengan minuman berkafein seperti kopi.




4. Mempunyai masalah kesihatan.

Terdapat keadaan dimana seseorang itu tidak mempunyai masalah bau badan. Disebabkan mengalami masalah kesihatan seperti yang berkaitan dengan hati, kurang gula dalam darah, masalah ginjal, kencing manis atau tiroid, tiba-tiba individu tersebut mengalami masalah badan berbau.

5. Faktor Genetik.

6. Kelenjar Apocrine yang Sangat Aktif.


Tips Penjagaan Kebersihan Untuk Mengawal Badan Berbau.

1. Mandi dengan kerap iaitu 3 kali setiap hari.

2. Menggunakan pakaian yang mampu menyerap peluh berlebihan daripada fabrik kapas.

3. Elakkan mengambil makanan atau minuman yang boleh mencetuskan bau badan seperti di poin no 3 di atas.

4. Menggunakan kapur makan bersama dengan limau nipis. Caranya, bahan tersebut digosokkan pada ketiak dan dibilas semasa mandi.

5. Mengamalkan pemakanan yang seimbang serta kaya serat serta mengurangkan pengambilan pemakanan yang berasaskan daging terutamanya daging merah.

6. Menggunakan deodoran. 


Hilangkan Bau Badan Dengan Supplemen

Walaupun sesetengah individu yang mengalami masalah bau badan berjaya mengawal badan daripada berbau dengan menggunakan deodoran, namun kadangkala masalah tersebut akan berulang kembali. 

Justeru apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah tersebut dari akar umbinya. Berikut merupakan antara supplemen yang dapat emmbantu menghilangkan masalah badan berbau.

Anda tak perlu risau menggunakan supplemen ini kerana ianya adalah selamat dan semulajadi malah telah menjalani ujian klinikal.

1. Herblax.
 - Sangat disarankan diambil bagi yang mengalami masalah sembelit

 -Bukankah seperti yang telah dinyatakan bahawa toksin yang terkumpul di dalam badan akan menyebabkan badan berbau?

 - Membantu membersihkan najis yang tersekat/terkumpul.

2. Alfalfa.
- Sebagai ejen detoks, Alfalfa bertindak membantu mengurangkan bau badan.

- Membantu menghilangkan toksin dari badan dan memperbaiki keadaan bau badan serta ulat air.

- Membekalkan protein yang membantu membina sel dalam badan yang sihat.

- Membantu sel darah putih membunuh bakteria dan kuman.

- Juga membantu mengeluarkan bahan kimia merbahaya dari tubuh.


Sebelum mengundur diri, Zura berharap supaya anda yang mengalami masalah badan berbau bertindak segera kerana semakin lama anda menunggu, masalah takkan selesai dengan sendirinya. 

Tidak berbaloi anda kehilangan kawan ataupun pasangan hanya kerana masalah badan berbau yang boleh diselesaikan ini. InshaAllah..

Hanya satu klik saja lagi untuk anda membebaskan diri anda daripada masalah badan berbau!

 





Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Pola pemakanan memang beri kesan pada bau badan .... contohnya anak-anak yang memanjang suka makan ayam dan menolak sayur dan buah mentah-mentah memang ada yang mengalami masalah bau badan yang teruk.

    Dari sudut Islam, ada juga kes bau badan berpunca daripada gangguan . Apa2 sekali pun, kena cuba atasi. Busyukkk, memang tak tahan lah :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak tahan orang yang menghidunya.hihi

      Delete