Atasi Kulit Tangan Kering Dan Mengelupas Supaya Tak Berasa Rendah Diri Semasa Berjabat Tangan


Pernahkah anda berasa malu untuk bersalaman sesama ahli keluarga atau jiran disebabkan kulit tangan anda yang agak kasar dan mengelupas? Walaupun malu, terpaksa juga digagahkan diri untuk bersalaman kerana bimbang dikatakan sombong pula. Sebenarnya, apakah punca yang menyebabkan kulit tangan menjadi kering dan mengelupas? Untuk mendapatkan kulit tangan yang lembut, caranya hampir sama dengan cara kita menjaga kulit muka/badan. 




Jika anda mengalami masalah ini, anda berada di tempat yang betul kerana Zura akan kongsikan punca dan cara mengatasi masalah kulit tangan kering dan mengelupas. Mari kita ketahui apakah punca yang menyebabkan kulit menjadi kering.



 
Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.


Punca Kulit Kering Tangan Dan Mengelupas.

1. Penggunaan bahan pencuci pinggan mangkuk atau pencuci pakaian yang mengandungi bahan kimia.

2. Kekurangan zat atau vitamin B / vitamin E yang menyebabkan kulit kehilangan lembapan.

3. Terdedah kepada penghawa dingin terlalu lama yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. 

4. Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

5. Kekurangan pengambilan air hingga menyebabkan kulit menjadi kering dan terhidrat.

6. Penggunaan losyen yang tidak bersesuaian dengan masalah kulit.


Cara Mengatasi Kulit Tangan Kering Dan Mengelupas.

1. Hentikan penggunaan bahan pencuci pinggan mangkuk atau pencuci pakaian yang boleh menyebabkan keadaan kulit tangan anda kering dan mengelupas. Bertukarlah kepada pencuci pinggan mangkuk atau pencuci pakaian yang semulajadi dan bebas bahan kimia seperti rangkaian penjagaan Get Clean Shaklee.

2. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 

3. Penuhi keperluan air seharian iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas dalam sehari. Ingat! Kekurangan air di dalam badan menyebabkan kulit kelihatan kering dan bersisik.




4. Pernahkah anda mendengar rawatan mandi susu? Untuk melembabkan kulit tangan, anda juga boleh mencuba kaedah ini dengan merendam tangan menggunakan susu yang agak sederhana panas (jangan sampai melecur ye) selama 5 minit. Kaedah ini bukan saja baik untuk kulit tangan, malah ia juga mampu menguatkan kuku.

5. Aktiviti mencuci pinggan atau memberus pakaian boleh menyebabkan kulit tangan lama-kelamaan menjadi kasar. Untuk mengelakkan ianya tanpa rawatan, anda bolehla mencampurkan minyak almond. Dikatakan kaedah ini boleh menjaga kelembapan kulit tangan kita.

6. Dengan menggunakan air mawar, bersihkan tangan terlebih dahulu menggunakan sabun dan air sederhana panas. Selepas itu, gosokkan air mawar pada tangan disertai dengan urutan lembut pada tangan.  

Selain cara di atas terdapat juga cara yang lebih mudah, cepat dan yang penting terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kulit tangan yang kering dan mengelupas ni. Yang pasti, cara yang akan Zura bagitahu sebentar nanti bukan sekadar sebagai penjagaan luaran, malah sangat membantu menjaga kulit dari dalam dan secara menyeluruh!


Penjagaan Kulit Secara Semulajadi.

1. Set Pencuci Get Clean.

-  Terdiri daripada Dish Wash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate Powder, Soft Fabric Concentrate dan Basic H2. Untuk entri ni, Zura akan fokus cerita mengenai Dish Wash Concentrate dan Fresh Laundry Concentrate Powder dulu ye..

a. Dish Wash Concentrate sangat sesuai digunakan seharian kerana ianya bukan sahaja handal menanggalkan minyak/kotoran pada pinggan mangkuk, malah ianya juga lembut pada tangan. Yang paling menarik, ianya tahan lama kerana kepekatannya. Jimat duit mak :)

b. Fresh Laundry Concentrate Powder tidak mengandungi bahan merbahaya yang boleh merengsakan kulit atau menyebabkan sesak nafas. 1 auns serbuk ini sudah memadai untuk cucian muatan sederhana.

2. ESP.

-  Asid amino pada ESP sangat diperlukan untuk membina kulit, kuku rambut, organ dan menghasilkan sel badan yang sihat. Pengambilan yang kerap merupakan rahsia awet muda.


-  Kolagen yang dihasilkan tubuh semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia kita. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kurang elastik. Serbuk kolagen berupaya membantu mengekalkan elastisiti kulit dan mengatasi masalah kulit kering dan menjadikan kuku lebih kuat. 


-  Membantu melembutkan kulit yang kasar serta sesuai dijadikan sebagai losyen harian terutamanya bagi yang mempunyai masalah kulit kering. 

Dah panjang lebar Zura bercerita. Diharap anda semua dapat melembutkan tangan anda yang kering dan mengelupas setelah mencuba tips yang Zura berikan. Selepas ni dah takde la nak malu-malu lagi untuk bersalaman dengan teman-teman/ahli keluarga. 

Jika anda nak merasai sendiri kelembutan tangan hasil menggunakan Set Pencuci Get Clean atau supplemen/krim yang Zura cadangkan, segera hubungi Zura untuk dapatkannya. InshaAllah anda pasti terpikat :)











Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com



Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment