Hilangkan Masalah Gastrik Sebelum Ia Melarat Menjadi Perdarahan Atau Ulser Perut

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, Zura sering menerima beberapa whatsapp dari pelanggan yang menceritakan masalah gastrik yang mereka alami. Zura amat memahami kesukaran & kesakitan yang mereka alami kerana Zura sendiri pernah menghidap gastrik semenjak di sekolah menengah.




Alhamdulillah, hingga sekarang, sudah masuk tahun ketiga Zura dah bebas daripada gastrik dan dapat berpuasa tanpa mengalami serangan gastrik seperti dulu-dulu lagi. Jadi, Zura nak kongsikan apa yang Zura amalkan untuk mengatasi masalah gastrik ni.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Sebelum tu, kita kenalpasti punca gastrik berlaku dulu ye..

Punca Gastrik Berlaku

Apabila ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut hingga menyebabkan keradangan/inflamasi pada lapisan mukosa perut, pada ketika itulah gastrik akan berlaku. Bahagian lapisan mukosa berasa sakit jika rembesan asid perut yang berlebihan mengatasi kekuatan lapisan mukosa.  

Di antara punca gastrik berlaku adalah seperti:

1. Pengambilan ubat seperti aspirin atau NSAID ( non-steroid anti iiflammatory).

2. Jangkitan kuman H.pylori.

3. Pengambilan alkohol atau dadah secara berlebihan.

4. Anemia.

5. Refluks hempedu.

6. Stress melampau.

7. Pengambilan makanan yang masam, pedas, terlalu berminyak, bergoreng atau berempah dalam kuantiti yang banyak.

8. Mengambil minuman berkarbonat berlebihan atau teh dan kopi yang berkafein.


Simptom-Simptom Gastrik

Biasanya, antara simptom yang ditunjukkan oleh pesakit gastrik adalah seperti:-

1. Sakit perut seperti memulas atau rasa seolah-olah perut terkena objek tajam.

2. Hilang selera makan.

3. Mengalami loya / muntah-muntah.

4. Mengalami cirit-birit serta keinginan ‘membuang’ sangat kerap dan tidak dapat ditahan.

5. Bahagian ulu hati berasa pedih.

6. Tubuh rasa menggeletar dan badan terasa lemah.

7. Najis berwarna hitam dan berdarah.**

8. Muntah berdarah.**


NOTA ** : Menandakan gastrik telah mencapai tahap serius sehingga berlaku ulser perut atau perdarahan pada dinding perut. Dalam keadaan ini, pesakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital.

Pengalaman Zura dulu, apabila serangan gastrik berlaku semasa perut kosong, memang dah tak lalu nak makan ketika tu. Walaupun dipaksa makan dengan harapan gastrik akan hilang, ianya takkan menjadi malah kesakitan semakin kuat dirasai. 


Rawatan Yang Diperlukan

Terdapat beberapa diagnosis atau ujian perlu dilakukan sebelum rawatan diberi kepada pesakit. Antaranya ialah:-

1. Ujian Darah Lengkap - dilakukan bagi mengesan sama ada pesakit mengalami anemia ataupun telah kehilangan darah yang banyak.

2. Memeriksa Najis - dilakukan untuk mengetahui jika terdapat darah pada najis.

3. Melakukan Endoscopy - prosedur yang dilakukan ialah dengan memasukkan kamera kecil ke perut untuk mendapatkan diagnos yang tepat.

Antara ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit adalah:

Ubat anti-asid - seperti Omeprazole dan Famotidine yang berfungsi merencatkan rembesan asid hidroklorik pada dinding perut.

Antibiotik - berfungsi melawan jangkitan kuman H.pylori jika punca gastrik adalah daripada kuman tersebut.

Proton Pump Inhibitors - berfungsi mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.


Langkah Pencegahan Untuk Mengelakkan Gastrik

Berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh dilakukan oleh pesakit gastrik sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan dari serangan gastrik ;

- Elakkan daripada skip sarapan setiap hari. 

- Elakkan/kurangkan pengambilan makanan yang pedas, berempah, masam, berminyak serta bergoreng.

- Elakkan minuman berkarbonat, berkafein seperti teh/kopi dan beralkohol.

- Jangan mengelak waktu makan utama seperti makan tengahari atau makan malam.

- Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

- Mengamalkan pemakanan yang seimbang serta yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.


Bagaimana Supplemen Membantu Menghilangkan Gastrik


-  Asid amino yang terkandung di dalam ESP membantu membina sel serta tisu baru yang terhakis akibat rembesan asid di dalam perut. Ianya juga membekalkan tenaga dengan segera serta dapat meningkatkan sistem imun.


- Bersifat alkali dan sangat membantu mengurangkan asid di dalam perut dengan memperbaiki hiperaktiviti perut dan masalah gastrik.


- Membantu mengatasi masalah anemia yang juga adalah merupakan antara punca penyebab gastrik. Sebagai pengganti ubat penahan sakit yang kerap diambil pesakit gastrik bagi mengurangkan kesakitan. Disamping itu, B.Complex juga berfungsi untuk menghilangkan tekanan.

4. Peppermint Ginger.

-  Membantu melegakan ketidakselesaan otot perut dan usus, melegakan kesakitan akibat gastrik, pedih hulu hati serta cirit-birit.


Apa Kata Pelanggan Saya?



Selepas mengamalkan ESP, setakat ni saya tidak mengalami gastrik macam dulu lagi.”





Puasa tahun ni Alhamdulillah sebab takde gastrik macam biasa. Dah setahun mengamalkan Shaklee ni.”




Biasanya tengahari mesti nak makan ubat gastrik. Baguslah produk tu sampai petang tak makan ubat.”

- Pelanggan ni memberitahu Zura bahawa beliau tidak nak bergantung sepenuhnya kepada antibiotik yang agak lama telah diambil bagi masalah gastrik yang dialaminya.



Ini adalah testimoni Zura sendiri :)


Pesakit gastrik seharusnya tidak mengambil ringan masalah gastrik yang dihidapi . Ini adalah kerana, jika ianya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, dikhuatiri masalah gastrik tersebut akan menjadi semakin teruk hingga menyebabkan ulser perut atau pendarahan pada dinding perut. 

Masih belum terlambat untuk anda menghilangkan masalah gastrik anda seperti apa yang Zura dan pelanggan-pelanggan Zura telah lakukan. Zura sedia membantu anda dengan syarat anda bertindak segera dengan menghubungi Zura terlebih dahulu.

Hanya tinggal satu langkah sahaja untuk anda menghilangkan gastrik anda.










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment