Kenali Punca Kerap Mengantuk Di Siang Hari Dan Ketahui Cara Mengatasinya

Ada tak di kalangan reader blog Zura yang begitu cepat mengantuk di siang hari? Agak-agaknya, apakah punca mengantuk di siang hari? Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang tu merasa mengantuk yang teramat di siang hari. Jom kita tinjau, manalah tahu kot-kot anda terjumpa sebab mengapa anda kerap mengantuk pada waktu siang.

Teringat semasa zaman masih belajar dulu-dulu, Zura pun pernah juga nyaris tertidur di dalam kelas..hehe..


Sebab Mengapa Sering Mengantuk Di Waktu Siang 

1. Mengalami gangguan semasa tidur seperti Obstructive Sleep Apnea (OSA) atau Sekatan Apnea Tidur.

2. Tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Biasanya berlaku kepada pekerja syif atau ibu-ibu yang sering berjaga di waktu malam.

3. Tidur berlebihan atau terlalu lama hingga menyebabkan badan menjadi lesu. 

4. Anemia akibat kehilangan darah yang banyak biasanya berlaku kepada wanita semasa didatangi haid, hamil atau selepas bersalin.

5. Kurang minum air juga boleh menyebabkan sesorang menjadi mengantuk. Pastikan meminum air suam sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi.

6. Melakukan kerja-kerja yang lasak/berat dan menyebabkan badan menjadi terlalu penat dan mengantuk.

7. Bagi pesakit diabetes, mereka memang mudah berasa letih dan mengantuk terutamanya selepas waktu makan.

8. Kesan sampingan akibat ubat bagi rawatan kemurungan yang menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan.

9. Mengalami masalah pada kelenjar tiroid. Apabila hormon tiroid berkurangan, penghidap hypothyroidism cenderung merasa sangat mengantuk pada siang hari dan badan menjadi cepat letih.


Cara Mengatasi Mengantuk Keterlaluan

1. Lakukan akiviti regangan ringkas untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengelak daripada mengantuk.

2. Elakkan makan tengahari secara berlebihan. 

3. Minum air suam secukupnya ataupun bolehla meminum Cinch Tea yang mampu mengembalikan kesegaran badan dan menghilangkan mengantuk.





Bagaimana Supplemen Bertindak Membantu Anda

1. B.Complex.
  - Menukar makanan iaitu lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan  mengurangkan masalah kelesuan.

2. Energizing Soy Protein (ESP).
  - Membantu mengawal paras gula dalam darah dengan membebaskan tenaga dari makanan secara perlahan-lahan.

  - Mempunyai indeks glisemiks yang rendah, sangat sesuai untuk pesakit diabetes, mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan mereka yang sedang berdiet.

3. VIVIX
 - Membantu menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi serta menyokong kesihatan kardiovaskular.

Nota : Supplemen no 1-3 sangat disarankan kepada mereka yang mengalami masalah diabetes.

4. Vitalea.
  - Membekalkan tenaga tambahan segera serta membantu kecergasan tubuh. Sangat disarankan diambil oleh mereka yang kerap mengadu mudah letih dan lesu kerana ia membekalkan nutrisi lengkap.

5. Vitamin E.
- Membantu membekalkan oksigen yang lebih kepada jantung bagi penghidap OSA yang sering mengalami gangguan semasa tidur.

6. Cinch Tea 
- Membantu mengembalikan kesegaran badan dan menghilangkan mengantuk.


Sebelum Zura mengundur diri, izinkan Zura kongsikan satu surah yang juga boleh diamalkan bagi menghilangkan mengantuk di siang hari. Anda bolehla mengamalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak 3 kali.

Anda boleh juga menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen yang disarankan.








Salam Hormat


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. setuju sangat yang point masa hamil.. masa hamil memang ngantuk tak boleh tahan je .. kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aizah...rasa nak terbaring je kann...lepas tu sendiri naik rimas :)

      Delete