Pengedar Shaklee Petra Jaya:Pembekal Supplemen Untuk Warga Sarawak

Assalamualaikum...

Hari ni Zura nak ajak anda semua bertaaruf dengan pemilik blog sirapantioksidan.com... Siapa lagi kalau bukan saya selaku penulis :) Saya, Azura Zainal adalah pengedar sah Shaklee yang berasal dari Kuching, Sarawak. Untuk lebih detail lagi, saya tinggal di Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Rumah saya terletak beberapa meter je dari satu-satunya tol yang ada kat Kuching ni.


Saya pengedar SHAKLEE sah anda :)

Seperti yang anda semua sedia maklum, tiada cawangan Shaklee di Sarawak. Namun, warga Kuching khususnya yang tinggal di kawasan Petra Jaya dan Pending, anda tak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada Zura selaku pengedar aktif Shaklee.

Berikut Zura sertakan beberapa soalan yang biasanya dikemukakan pelanggan-pelanggan Zura;

Soalan Lazim Yang Biasanya Dikemukakan Pelanggan:-

Soalan 1: Adakah Zura masih menjual Shaklee?

Jawapan: Ya, saya adalah pengedar aktif Shaklee.

Soalan 2: Dimanakah letaknya kedai Zura?

Jawapan : Saya beroperasi dari rumah iaitu di Kampung Panglima Seman Ulu, Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Selain itu, Zura juga berkongsi mengenai produk Shaklee di FB, Instagram dan di blog ini.

Soalan 3: Dimanakah kawasan Cash-On-Delivery (COD) Zura?

Jawapan: Kawasan COD Zura ialah di Kuching, Petra Jaya, Pending, Demak, Matang Jaya dan Emart. Kadangkala, Zura juga melakukan penghantaran di tempat yang telah dipersetujui bersama dengan pelanggan.

Terdapat juga pelanggan yang datang sendiri ke rumah Zura mengambil supplemen yang dibeli.

Soalan 4: Bagaimanakah caranya saya untuk mendapatkan produk Shaklee daripada Zura kerana saya tinggal di luar kawasan Sarawak.

Jawapan: Encik/Cik/Puan boleh membuat pembayaran kepada Zura dan barang akan dihantar ke alamat Encik/Cik/Puan. Penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Untuk makluman, sehingga kini, pelanggan Zura tidak terhad kepada penduduk di kawasan Kuching sahaja. Terdapat juga pelanggan Zura yang menetap di Bau, Sibu, Bintulu, Marudi, Kelantan dan Negeri Sembilan.  

Soalan 5: Saya berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Bagaimanakah caranya?

Jawapan: Anda boleh menghubungi Zura di 016-800 4628 dan membayar yuran keahlian ataupun membuat pembelian produk melebihi 200uv bagi mendapatkan keahlian secara percuma.


Itulah serba-sedikit soalan-soalan yang sering Zura terima sepanjang menjadi pengedar Shaklee ni. Kalau ditanya bagaimana Zura boleh terjebak dengan Shaklee ni, anda boleh membaca perkongsian Zura di Pengalaman Saya Dengan Shaklee.

Walaupun Zura agak lambat mengenali produk Shaklee, rupa-rupanya, ada diantara pelanggan Zura yang telah mengamalkan produk Shaklee sejak 10 tahun yang lalu. Namun kesukaran mendapat supplemen ready stock membuat mereka ‘terputus bekalan’ supplemen.

Mendengar pengakuan mereka membuatkan Zura berasa bahawa masih banyak lagi perkongsian yang perlu saya lakukan supaya lebih ramai warga Sarawak, khususnya dari Petra Jaya & Kuching  turut mendapat manfaat kebaikan daripada supplemen semulajadi ini.

Dah agak panjang perkongsian Zura untuk kali ni. Sehingga kita bertemu lagi di entri yang akan datang. InshaAllah. Okay, untuk warga Petra Jaya atau Kuching yang nak dapatkan supplemen, jom hubungi Zura ye..

Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

5 comments:

  1. Moga dipermudahkan dan perniagaan puan berjaya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Usry. Moga semua urusan tuan turut dipermudahkan.

      Delete