Tips Hilangkan Panau Agar Wajah Berseri Di Hari Perkahwinan

Azie berasa risau dengan masalah panau yang terdapat di wajahnya. Kerisauan semakin memuncak kerana tidak lama lagi dia akan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati. Walaupun dia telah puas mencuba pelbagai ubat bagi mengatasi masalah panau tersebut, ternyata usahanya masih belum menampakkan hasil.

Zura pasti ada diantara anda kat luar sana yang juga mengalami masalah panau tak kira la samada kat muka atau kat badan. Jadi, hari ni, Zura nak kongsikan tips menghilangkan panau khas buat anda yang dah lama tercari-cari cara nak hilangkan panau.

Penyakit Panau

Penyakit panau dikatakan berpunca daripada kulat jenis Malassezia yang menyebabkan jangkitan berlaku pada lapisan luar kulit pesakit. Di bahagian kulit yang menghasilkan minyak (sebum) yang berlebihan seperti di dada, muka, belakang badan, leher atau lengan, kulat ini biasanya didapati di situ.

Sekarang kita ketahui pula bagaimana agaknya rupa penyakit panau ni ye.. 

Bentuk Atau Rupa Penyakit Panau

Biasanya, pada bahagian badan yang dijangkiti kulat ni, terdapat tompok-tompok berbentuk bulat ataupun bujur. Tompok-tompok tersebut boleh juga bercantum hingga mengakibatkan lebih luas kawasan yang dijangkiti. 


Tompok-tompok tersebut berwarna seakan-akan keputihan, ataupun gelap (sedikit kehitaman) dan mempunyai debu-debu halus. Kadangkala, pesakit akan berasa gatal-gatal di kawasan yang terkena jangkitan.

Golongan berisiko menghidap penyakit panau.

1. Orang yang mempunyai kulit berminyak

2. Kanak-kanak, remaja atau dewasa yang sering membasuh muka atau badan dalam keadaan yang berpeluh.

3. Yang mengalami kurang zat makanan.

4. Mengambil ubat seperti immunosuppressant dan steroid sistemik.

5. Orang yang mengalami masalah peluh berlebihan.

6. Mempunyai imun badan yang lemah.


Langkah Pencegahan Daripada Panau.

1. Menjaga kebersihan diri. Bagi yang mempunyai kulit yang berminyak atau peluh berlebihan, disarankan agar mandi dengan kerap. Namun AWAS, elakkan mandi dalam keadaan badan masih berpeluh! Sebaiknya, tunggu sehingga peluh kering barulah boleh mandi :D

2. Elakkan memakai pakaian yang telah dibasahi peluh dalam tempoh waktu yang terlalu lama. 

3. Menggunakan pakaian daripada kain yang mudah serap peluh seperti kain kapas.

4. Mengamalkan pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi.



5. Meningkatkan imun badan untuk mengelakkan daripada mudah terkena jangkitan penyakit atau kulat Malassezia.




Cara Menghilangkan Panau.

1. Menggunakan seulas bawang putih yang dipotong dua bahagian. Gosok bawang putih tersebut pada bahagian yang berpanau tiap kali selepas mandi. Ulangi langkah tersebut hingga panau tersebut hilang.


2. Sapu lendir lidah buaya pada bahagian yang berpanau, biarkan sehingga 10 - 15 minit. Setelah itu, bolehla membilas dengan air suam.



3. Ambil air perahan lengkuas dan sapukan pada kulit berpanau. Biarkan selama beberapa minit kemudian bolehlah dibilas dengan air.

4. Menggunakan ubat sapu yang disarankan doktor seperti losyen 2.5% selenium sulphide, propylene glycol, clotrimazole, ketoconazole, dan lain-lain.

Bagaimana Mengamalkan Supplemen Boleh Menghilangkan Panau

a. Garlic Complex 
  - Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat serta bertindak menghalang penyakit berjangkit seperti kulat.

b. Vitamin C 
  - Membantu meningkatkan sistem imun dengan menentang infeksi (jangkitan) bakteria.

c. Vitamin E 
  - Anti-oksidan yang kuat.

d. Carotomax 
 - Membantu meredakan penyakit kulit serta merangsang enzim untuk membunuh kuman. 

e. Alfalfa 
 - Melawan alahan, membekalkan nutrisi yang kebanyakkannya tidak terdapat di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan.


Selamat mencuba tips menghilangkan panau yang Zura berikan. InshaAllah dengan izinNya panau anda boleh hilang. Apa yang penting ialah, anda konsisten mengamalkan tips-tips tersebut dan bersabar menunggu hasilnya.

Walaupun kesannya mungkin mengambil masa yang lama, ini bukanlah bermakna ianya tidak berjaya. Ini adalah kerana kulat telah menghasilkan toksik serta menghalang fungsi-fungsi sel pigmen kulit. Justeru ianya mengambil masa yang lama untuk pulih. 

Saranan Zura ialah supaya pesakit panau meningkatkan imunisasi badan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh berusaha menghilangkan panau. 

Ayuh, mulakan usaha anda menghilangkan panau hari ini! Ingat...semakin lama anda membiarkannya, semakin lambat anda melihat hasilnya.

Klik di sini jika anda serius untuk menghilangkan panau anda.








Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment