7 Tempat Saya Mesti Pergi Sebelum Saya Jadi Jenazah, InshaAllah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Setiap orang mestinya mempunyai keinginan untuk melawat tempat-tempat impian masing-masing. Begitu juga halnya dengan Zura. Jadi, hari ni Zura nak kongsikan kepada anda semua, 7 tempat yang Zura sangat teringin nak pergi sebelum Zura dipanggil menghadap Ilahi.


1. Masjidil Haram, Mekah.

-  InshaAllah jika diizinkanNya, Zura memang nak sangat menjadi tetamu istimewa untuk ke Masjidil Haram samada menunaikan haji atau umrah. Alangkah bersyukurnya Zura jika dapat ke sana bersama-sama suami dan anak-anak serta ibu tersayang. Perasaan gembira/sayu dapat dirasakan tiap kali apabila membayangkan Zura sedang berdiri menghadap Kaabah dan menunaikan solat di Masjidil Haram.




2. Masjid Nabawi, Madinah.

-  Zura sangat teringin nak menziarah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi dan di Raudhah.



3. Masjidil Aqsa, Palestin.

-  Palestin yang merupakan bumi para Nabi telah menggamit keinginan untuk ke sini terutamanya ingin merasa sendiri untuk solat di Masjidil Aqsa. Keinginan untuk ke sini semakin membuak-buak apabila membaca blog Ustaz Amin yang sering menceritakan perihal bumi Anbiya ini. 




4. Kota Konstantinopel, Turki.

-  Kota yang penuh dengan sejarah yang telah ditakluk oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Membaca cerita sejarah mengenai Kota Konstantinopel membuatkan hati ini begitu ingin untuk menjejakkan kaki ke sana.

-  Sekarang, kota ini dikenali dengan nama Istanbul.


5. Andalusia, Sepanyol

-  Pasukan Tariq ibn Ziyad yang menguasai kota Andalus pada tahun 711M berjaya mencatatkan sejarah kegemilangan pemerintahan Islam yang hebat iaitu selama lebih kurang 800 tahun.

-  Banyak ilmuwan Islam lahir di zaman kegemilangan Andalus dan Zura nak sangat anak-anak Zura melihat sendiri tempat di mana kegemilangan Islam pernah berlaku dan menanam semangat untuk menegakkan syiar Islam di dalam diri mereka.




6. Nami Island, South Korea.

-  Lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang terkenal dengan pemandangan yang menarik dan mendamaikan. Paling best kalau dapat datang ke sana semasa musim bunga :) 




7. Tembok Besar China.

-  Zura teringin nak melihat sendiri Tembok Besar China yang dibina di puncak gunung tinggi atau dataran dengan bentuk muka bumi yang agak merbahaya. Tembok Besar China ini juga adalah antara salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia. Panjangnya adalah kira-kira 8,851.8km serta merentasi beberapa buah negeri di China. 

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kesukaran yang terpaksa dilalui pekerja yang terlibat dengan pembinaan tembok ini.  




InshaAllah, mudah-mudahan impian Zura untuk ke tempat-tempat yang disebutkan  tercapai sebelum Zura kembali kepada pencipta. Akhir kalam, Zura berdoa agar kami sekeluarga berserta keturunan kami kembali kepadaNya dalam keadaan husnul khotimah dan masuk ke syurga tanpa hisab. InshaAllah. Amiin Ya Rabbal A’lamin.


Salam Hormat 

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

4 comments:

  1. Sama la kita nak gi tembok besar tu.

    Jom gi skali hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...meh kita pergi ramai-ramai dengan rombongan grup bonda yang lain :)

      Delete
  2. 1st tu samala kita ... nak sangat ke mekah dan Madinah Alraudhah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Aizah...semoga sama2 impian kita tercapai..

      Delete