5 Tanda Serangan Strok Terjadi Dan Langkah-langkah Mengelak Serangannya

Mengetahui tanda-tanda serangan strok atau angin ahmar adalah langkah pertama dalam pencegahan strok. Strok kadang-kadang dipanggil "serangan otak," berlaku apabila aliran darah ke kawasan di dalam otak terhenti. Sel-sel otak kehilangan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk terus hidup. Jika serangan strok tidak dikesan awal, kerosakan kekal pada otak atau kematian mungkin boleh berlaku.


Bagaimana Serangan Strok Berlaku?

Terdapat dua jenis strok yang utama iaitu;

1. Strok Iskemia (Ischemic stroke).

Menurut laman web National Stroke Association Of Malaysia (NASAM), strok iskemia berlaku berkemungkinan disebabkan:-

Trombosis serebrum - darah beku terbentuk di saluran arteri utama menghala ke otak dan menyekat aliran darah ke sel-sel otak.

Embolisme serebrum - gumpalan darah berlaku di saluran darah pada bahagian leher atau jantung dan dibawa oleh aliran darah ke otak.

Strok lakunar - Gumpalan darah berada di saluran darah kecil yang jauh di dalam otak.

Kira-kira 80% daripada serangan angin ahmar adalah daripada jenis strok iskemia.

2. Strok Berdarah (hemorrhagic stroke).

Strok berdarah berlaku apabila saluran darah di dalam atau sekeliling otak pecah dan menyebabkan pendarahan.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:-

Pendarahan intraserebrum - saluran darah pecah di dalam otak.

Pendarahan subaraknoid - saluran darah pada permukaan otak mengalami perdarahan dan darah tersebut memasuki ruang otak menyebabkan berlaku tekanan, kerosakkan tisu sel atau gelembung sehingga bahagian otak gagal berfungsi.

Penyakit tekanan darah tinggi meningkatkan risiko berlakunya tekanan pada dinding arteri yang boleh menyebabkan ia pecah dan berdarah.





Apakah Gejala/Tanda Serangan Strok?

Tanda atau gejala yang paling biasa menunjukkan serangan strok berlaku ialah:

1. Kebas atau lemah pada muka, lengan, atau kaki pada sebelah badan.

2. Penglihatan terjejas pada sebelah atau kedua-dua mata.

3. Kesukaran untuk bertutur atau memahami apa yang diperkatakan orang lain.

4. Sakit kepala yang teruk tanpa sebab yang diketahui secara tiba-tiba.

5. Hilang keseimbangan badan atau berjalan tidak stabil.





Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Ahli Keluarga Mengalami Gejala Stroke.

Segera bawa pesakit ke hospital jika ahli keluarga anda mengalami gejala strok. Rawatan segera boleh menyelamatkan nyawa pesakit atau meningkatkan peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Bagaimana cara untuk mengelakkan strok?

Serangan strok boleh dielakkan sebanyak 50% jika anda mengawal faktor risiko yang menyebabkan ia berlaku. Terdapat beberapa faktor risiko punca kepada serangan strok yang boleh dikawal sebelum ia menimbulkan masalah.

Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal Untuk Mengelakkan Strok

•Tekanan darah tinggi
• Fibrilasi atrium
• Kencing manis yang tidak terkawal
• Kolesterol tinggi.
• Tabiat merokok
• Pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Obesiti
• Karotid atau penyakit arteri koronari

Doktor anda boleh menilai risiko anda untuk diserang strok dan membantu anda mengawal faktor-faktor risiko anda. Kadang-kadang, sesetengah orang mengalami tanda-tanda amaran sebelum serangan strok berlaku.

Tanda-Tanda Amaran Sebelum Serangan Strok.
Tanda-tanda amaran ini dikenali sebagai serangan iskemia sementara (juga dikenali sebagai TIA atau "mini-strok"). Ianya menyerang dengan pantas serta menunjukkan  gejala strok seperti yang disenaraikan di atas.

Sesetengah orang tidak mengalami gejala amaran sebelum diserang strok atau mengalami tanda-tanda yang tidak ketara. Pemeriksaan secara berkala adalah penting mengesan masalah ini sebelum ianya menjadi serius.

Faktor Risiko Tidak Terkawal Serangan Strok:

• Umur melebihi 65 tahun.

• Jantina.
-Lelaki mempunyai lebih risiko diserang strok, tetapi wanita juga berisiko diserang strok yang boleh membawa maut.

• Bangsa (Afrika-Amerika mempunyai risiko yang tinggi).

• Sejarah keluarga yang pernah mengalami strok.


Bagaimana Stroke Boleh Dicegah?

Mengawal faktor-faktor risiko boleh membantu anda mencegah atau melambatkan strok. Jika anda pernah mengalami strok, tindakan di bawah ini mungkin boleh membantu anda agar tidak diserang strok sekali lagi

1. Aktif secara fizikal.
- Aktiviti fizikal boleh meningkatkan tahap kecergasan anda dan kesihatan. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai jenis senaman atau aktiviti dan yang sesuai untuk anda lakukan.

2. Hentikan merokok atau jauhi orang yang merokok.
- Merokok boleh merosakkan dan menyempitkan saluran darah dan meningkatkan risiko anda mendapat strok. Asap rokok pula boleh merosakkan saluran darah.

3. Dapatkan berat badan yang ideal.
-Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, buat rancangan untuk menurunkan berat badan secara sihat tanpa menjejaskan kesihatan anda. Mengawal berat badan membantu anda mengawal faktor risiko untuk strok.

4. Amalkan pemakanan untuk kesihatan jantung anda.
- Pemakanan untuk kesihatan jantung boleh membantu mengurangkan risiko atau mencegah strok. Doktor anda mungkin mencadangkan pemakanan untuk kesihatan jantung sihat seperti:

● Makanan bebas lemak atau produk tenusu rendah lemak seperti susu skim.

●Ikan yang tinggi dengan Omega-3 asid lemak, seperti salmon, tuna, dan trout, kira-kira dua kali seminggu.

● Buah-buahan seperti epal, pisang, oren, pear, dan prun.

● Kekacang seperti kacang kuda, kacang hitam bermata dan kacang lima.

● Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dan lobak merah.

● Bijirin penuh, seperti oat atau beras perang.

5. Mengawal tekanan
Elakkan diri daripada keadaan yang boleh menyebabkan anda berasa tertekan.

Jika anda atau seseorang dalam keluarga anda telah mengalami strok, pastikan untuk memberitahu doktor anda. Dengan mengetahui sejarah keluarga anda pernah mengalami strok, anda mungkin boleh mengurangkan faktor-faktor risiko dan mencegah atau melambatkan serangan strok di masa akan datang.

Jika anda atau ahli keluarga pernah mengalami serangan iskemia sementara (TIA), jangan mengabaikan serangan tersebut. TIA adalah merupakan satu tanda amaran! Adalah penting bagi doktor anda untuk mencari punca TIA supaya anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah strok daripada menyerang anda.

Sehingga kita bertemu lagi di entri yang lain. InshaAllah Zura akan kongsikan pengalaman seorang makcik yang pernah diserang strok sebanyak 5 kali.



Salam Hormat



Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com








Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment