Kenali Tanda Serangan Bell's Palsy Agar Punca Sebenar Wajah Senget Diketahui


Bell's palsy adalah suatu keadaan di mana salah satu saraf kranial (saraf muka) menjadi bengkak dan radang hingga menyebabkan sebelah muka penghidapnya terasa berat atau herot/senget. Keradangan dan bengkak di saraf muka anda menyebabkan masalah memandangkan saraf tersebut melalui koridor kecil tulang dalam perjalanan dari otak anda untuk ke muka pesakit.

Menurut Institut Gangguan Neurologi dan Strok, gejala yang berkaitan dengan Bell’s palsy mencapai keamatan puncak dalam tempoh dua hari. 

Bell's palsy bukanlah berlaku disebabkan oleh strok atau serangan iskemia sementara (TIA). Walaupun strok dan TIA boleh menyebabkan lumpuh, namun ianya tiada kaitan dengan Bell's palsy. 

Walau bagaimanapun, simptom kebas/lumpuh secara tiba-tiba yang berlaku pada sebelah muka anda perlu diperiksa dengan segera oleh doktor supaya rawatan yang sesuai dengan penyakit dapat diberikan.

Apakah yang menyebabkan Bell's palsy?

Punca sebenar Bell's palsy tidak diketahui. Namun, kebanyakan kes Bell's palsy dikatakan disebabkan oleh virus herpes.

Selain itu, beberapa punca seperti faktor persekitaran, trauma atau tekanan emosi juga dikaitkan mempunyai kaitan dengan Bell's palsy.




Antara tanda-tanda Bell's palsy termasuk:

1. Lumpuh pada sebelah muka anda yang menyebabkan ia terasa berat atau lemah/kebas secara tiba-tiba. Ia membuatkan anda mengalami kesukaran untuk menutup/mengelip mata pada bahagian muka yang terlibat.

2. Air liur meleleh.

3. Mengalami masalah di bahagian mata, seperti mata berair secara berlebihan atau mata menjadi kering.

3. Kehilangan keupayaan untuk merasa.

4. Sakit pada bahagian dalam atau di belakang telinga.

5. Kebas pada bahagian muka yang terjejas.

6. Kepekaan terhadap bunyi meningkat (menjadi lebih sensitif kepada bunyi).

7. Kening kelihatan seolah-olah berkerut atau terangkat.

Sesetengah pesakit dapat merasai berlakunya kelainan pada bahagian muka beberapa hari sebelum diserang Bell's palsy.


Bagaimanakah Bell's Palsy didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis Bell's Palsy dengan bertanyakan beberapa soalan kepada anda seperti mengenai apakah tanda-tanda yang anda alami.

Selain itu, doktor juga akan melakukan ujian fizikal dan neurologi untuk memeriksa fungsi saraf pada muka.

Jika gejala-gejala yang dialami adalah tidak jelas, anda mungkin perlu menjalani ujian lain seperti ujian darah, MRI, atau CT scan.


Siapa yang berisiko diserang Bell's Palsy?

Menurut Dr. Loganathan, Bell's Palsy menyerang secara rawak;

- Golongan berusia (serangan terhadap kanak-kanak rendah peratusannya).

- Wanita selepas bersalin

- Wanita ketika kedatangan haid

- Remaja

- Mereka yang mengalami tekanan.

Rawatan Penyakit Bell's Palsy

Antara rawatan yang biasanya diberikan kepada pesakit adalah seperti:

1. Ubat steroid (kortikosteroid).

- Doktor akan memberi pesakit ubat steroid dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

2. Pembedahan khas.

- Dilakukan apabila pesakit menunjukkan simptom kelumpuhan menyeluruh seperti tidak boleh menutup mata dan mulut pada bahagian terjejas.

3. Antiviral berserta steroid

- Diberikan bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.


4. Ubat cecair untuk mata.

- Pesakit disarankan memakai pelindung dan menitis ubat mata untuk mengelakkan mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

5. Rawatan fisioterapi.

- Diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. 

Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. 

5. Pembedahan.

- Bagi masalah Bell’s palsy yang berlarutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Antara teknik pembedahan yang dikenalpasti membantu masalah ini adalah:

a. Pembedahan untuk membetulkan tulang yang terjejas.

b. Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery).


Bagaimana supplemen boleh membantu masalah Bell’s palsy.

Doktor perubatan Alan R. Gaby, di dalam bukunya yang bertajuk "The Natural Pharmacy" menyatakan bahawa vitamin B-12 mungkin antara supplemen yang paling membantu dalam mengatasi masalah Bell’s palsy. 

Selain itu, supplemen-suplemen lain yang disarankan termasukla Vitamin C dengan bioflavonoids, asid lemak perlu, bromelain dan bawang putih, kerana suplemen ini mempunyai aktiviti anti-radang yang kuat yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan bengkak di seluruh badan anda. 

Antara supplemen Shaklee yang mengandungi vitamin seperti yang disarankan adalah:



Sebelum saya mengundur diri, ingin saya ingatkan anda bahawa rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku adalah sangat perlu bagi memudahkan proses pemulihan. 

Setelah serangan kali pertama, anda haruslah meningkatkan tahap keimunan badan anda kerana terdapat pesakit yang diserang Bell’s palsy lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal.

Bertindak segera. Hubungi saya sekarang.








Salam Hormat

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com




sumber: Utusan

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment