Setelah 5 Kali Diserang Strok:Bagaimana Seorang Makcik Berjuang Untuk Sihat

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni Zura nak kongsi dengan pembaca semua mengenai kisah seorang  'survivor' iaitu seorang makcik yang telah mengalami serangan strok sebanyak 5 kali.

Kisah mengenai makcik ni diceritakan sendiri oleh anak beliau semasa sesi perkongsian testimoni semasa kelas BEST anjuran Master Norita di Kuching tempoh hari. Anda boleh merujuk post pada FB saya mengenai makcik tersebut DI SINI.

Menurut anaknya, ibunya telah terkena serangan strok di kedua-dua belah badannya hingga menjadikan jumlah serangan yang dialaminya adalah sebanyak 5 kali.

Apa yang mengagumkan Zura ialah semangat makcik tersebut & anaknya yang tidak berputus asa walaupun diuji sedemikian rupa.

Menurut anaknya lagi, oleh kerana mengalami kekangan kewangan, beliau tidak dapat memberi VIVIX kepada ibunya. Apa yang beliau beri kepada ibunya ialah ESP, OmegaGuard dan Vitamin C.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, berkat kesabaran & kesungguhan mereka, makcik tersebut yang sebelum ni tidak boleh berjalan sendiri, sekarang ni dah mampu berjalan sendiri. Wajahnya yang sebelum ni kelihatan pucat, kini nampak semakin bermaya. Bacaan gula dalam darah yang tinggi hingga berpuluh (anaknya tak ingat bacaan yang tepat), semakin terkawal. 

Sumber gambar: FB Master Norita Idris

Sekarang, kita tinjau pula bagaimana kehidupan seseorang setelah diserang strok.



Kehidupan Selepas Strok

Masa yang diambil untuk pulih daripada strok berbeza-ia boleh mengambil beberapa minggu, bulan, atau bertahun-tahun. Sesetengah orang pulih sepenuhnya, manakala yang lain mengalami kesan jangka panjang atau kecacatan sepanjang hayat.

Penjagaan yang berterusan, pemulihan, dan sokongan emosi boleh membantu anda pulih dan mungkin membantu mencegah strok yang lain.

Jika anda pernah mengalami strok, anda berisiko mendapat serangan berulang. Kenali tanda-tanda amaran strok menyerang dan apa yang perlu dilakukan jika strok atau serangan iskemia sementara (TIA) berlaku. 


Apa Yang Patut Dilakukan Jika Strok Menyerang

Sebaiknya, panggillah ambulan. Dengan memanggil ambulans, kakitangan perubatan boleh memulakan rawatan menyelamatkan nyawa sementara dalam perjalanan ke hospital. Semasa serangan strok berlaku, setiap saat adalah sangat berharga untuk menyelamatkan pesakit. 


Pentingnya Penjagaan Kesihatan Berterusan

Perubahan gaya hidup yang menitikberatkan kesihatan jantung boleh membantu anda pulih dari strok dan boleh membantu mencegah daripada serangan berulang. 

Contoh perubahan gaya hidup termasuklah pemakanan untuk jantung yang sihat, mengekalkan berat badan yang ideal, belajar menguruskan/mengawal tekanan, melakukan aktiviti fizikal, dan berhenti merokok.



Penjagaan Kesihatan Emosi dan Sokongan Keluarga

Selepas serangan strok, anda mungkin mempunyai perubahan dalam tingkah laku atau pertimbangan anda. Emosi anda boleh berubah dengan cepat. Disebabkan perubahan tahap kesihatan yang dialami, anda mungkin merasa takut, cemas dan tertekan. Perasaan/emosi negatif yang tidak terkawal adalah tidak baik untuk proses pemulihan daripada strok.

Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga boleh membantu melegakan ketakutan dan kebimbangan. Biarkan ahli keluarga anda tahu perasaan anda dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu anda.

Rawatan Yang Diperlukan.

1. Ubat-ubatan.

Doktor anda akan membekalkan ubat-ubatan untuk membantu anda pulih dari strok atau mengawal faktor-faktor risiko strok. Ambil semua ubat-ubatan mengikut dos dan masa yang telah ditetapkan doktor. 

Jangan mengurangkan dos kecuali doktor anda memberitahu anda untuk berbuat demikian. Jika anda mempunyai kesan sampingan atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda, beritahu doktor anda.

Bagaimana Supplemen Membantu Meningkatkan Kesihatan

1. Omega Guard

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 daripada minyak ikan dapat menurunkan paras tekanan darah dan trigliserida. Terdapat juga kajian yang menunjukkan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan.

2. ESP

Membantu menurunkan paras kolesterol dan menngurangkan risiko serangan jantung.

Protein sangat penting dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ kita memerlukan protein. Pengambilan protein adalah sangat-sangat diperlukan terutamanya setelah serangan strok. Ini adalah kerana kekurangan protein boleh menyebabkan sistem keimunan badan menjadi lemah.

ESP membekalkan asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan hendaklah diperolehi melalui pemakanan. 

2. Vitamin C 
Membantu menghalang pembekuan darah.

Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, Vitamin C juga boleh membantu meningkatkan fungsi mental selepas strok, terutamanya jika anda telah mengalami lebih daripada satu serangan. 

3. Vitamin E 
Membantu meningkatkan peredaran darah ke jantung dan otak anda, dan boleh membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan risiko serangan strok kali kedua. 

Merangsang sistem imun dan boleh membantu mencegah toksin dan virus daripada menyerang otak dan jantung. 

4. B. Kompleks 
Mengurangkan risiko aterosklerosis, atau pengerasan arteri, yang boleh menyumbang kepada strok. 

Membantu kesihatan fungsi saraf serta meredakan tekanan.

Merangsang peredaran darah di dalam tubuh.

5. VIVIX

Sangat tinggi antioksidan. Ianya sangat diperlukan untuk melindungi sel dan DNA badan kita daripada radikal bebas. Kerosakan sel badan akibat radikal bebas boleh membuat seseorang mudah terdedah kepada strok dan gangguan otak lain. 

Juga membantu menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi serta menyokong kesihatan kardiovaskular.


Apakah radikal bebas?

Radikal bebas adalah bahan buangan yang terhasil apabila badan menukarkan makanan kepada tenaga (metabolisme). Walaupun ia berlaku secara semulajadi melalui proses metabolik biasa (dipanggil pengoksidaan), radikal bebas menyebabkan reaksi kimia berbahaya yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Sinaran ultraviolet, radiasi, bahan kimia bertoksik dalam asap rokok, asap daripada ekzos kereta, dan racun perosak juga adalah merupakan radikal bebas. 


Jika anda pernah diserang strok pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan terkawal. 

Amalkan pemakanan yang sihat di samping mengambil supplemen yang diperlukan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam badan. Pastikan diet anda tinggi antioksida untuk menghalang radikal bebas menyerang sel badan anda.

Jika anda perlukan konsultasi, hubungi saya segera. Mulakan langkah pertama anda menjaga kesihatan anda dari sekarang!









Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment