Cara Atasi Masalah Gout Dan Cara Mencegahnya Supaya Tidak Berulang


Apakah gout?

Gout adalah kesakitan di bahagian tendon atau sendi akibat dari radang/pembengkakan. Ia adalah salah satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi.

Kebiasaannya, ia menyerang ibu jari kaki, kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku.

Ia berlaku apabila terdapat asid urik berlebihan di dalam badan. Badan kita kebiasaannya membuang asid urik melalui pembuangan air kecil. Namun bagi penghidap gout, asid urik terkumpul di dalam sendi mereka kerana ianya tidak dikeluarkan melalui proses membuang air kencing.

Pesakit gout mengalami masalah meningkatnya paras asid urik atau masalah untuk menyingkirkan asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali.





Apakah gejala gout?

Lebih 75% daripada serangan kali pertama gout berlaku di ibu jari kaki.

Rasa sakit pada bahagian sendi yang berlaku secara tiba-tiba.

Sendi menjadi bengkak, dan terasa panas apabila disentuh.

Kulit di sekitar sendi yang terjejas berwarna kemerahan.

Serangan gout yang berulang-ulang, untuk tempoh yang lama boleh merosakkan sendi dan buah pinggang.





Cara Mencegah Gout

1. Kurangkan makanan berlemak serta makanan yang cenderung untuk meningkatkan tahap asid urik dalam badan seperti daging, sardin serta ikan bilis.

2. Hadkan pengambilan alkohol, kerana ia boleh mendatangkan serangan gout.

3. Kawal berat badan dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

4. Banyakkan pengambilan air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari untuk mengepam asid urik dari sistem perkumuhan dan membantu mengurangkan risiko batu karang.

5. Jalani ujian darah dan air kencing untuk menentukan tahap kesihatan anda sama ada berisiko diserang gout atau sebaliknya.


Rawatan Untuk Pesakit Gout.

Antara ubat-ubatan untuk merawat serangan gout adalah seperti:

1. NSAIDs ( ubatan anti radang BUKAN STEROID) seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB), naproxen sodium (Aleve) atau indomethacin (indocin).

- NSAID boleh menyebabkan risiko sakit perut, pendarahan mahupun ulser.

2. Pelega untuk mengurangkan sakit gout seperti Colchicine (Colcrys, Mitigare)

- Kesan sampingan ialah loya, muntah-muntah atau cirit-birit.

3. Kortikosteroid (prednisone) dipreskripsi untuk pesakit gout yang tidak boleh mengambil NSAID atau Colchicine.

- Kesan sampingan ialah berkemungkinan mengalami perubahan emosi, gula dalam darah meningkat atau hipertensi (tekanan darah tinggi).

4. Allopurinol (Aloprim, Lopurin, Zyloprim) dan Febuxostat (Uloric) yang membantu menghalang pengeluaran asid urik serta mengurangkan risiko gout.

- Kesan sampingan Allopurinol ialah ruam dan jumlah darah yang rendah manakala kesan Febuxostat adalah seperti ruam, loya serta mengurangkan fungsi hati.  

5. Probenecid (Probalan) membantu meningkatkan penyingkiran asid urik. Ianya mengurangkan tahap asid urik dan mengurangkan risiko gout. Namun, tahap asid urik di dalam urin anda (air kencing) bertambah.

- Kesan sampingan adalah seperti ruam, sakit perut atau batu karang.

Ada ke cara lain nak mengurangkan serangan gout?

ADA.

Nak tahu? Teruskan pembacaan anda kerana ianya sangat berbaloi!


Supplemen Untuk Gout

- Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir supaya tidak kekeringan atau terhidrat.

- Sangat baik untuk tindak balas saraf dan otot (sistem neuromotor) untuk pesakit gout.

- Membantu melegakan kesakitan arthristis/gout.

- Sifatnya yang beralkali membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid.


- Membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

- Membantu memelihara fungsi-fungsi sendi serta mencegah gout/arthritis dengan berkesan.

4. VIVIX.

- Ramuan VIVIX menggalakkan pembentukan baru penjana tenaga (mitochondria) untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

- Melindungi dan memperbaiki DNA daripada serangan radikal bebas.





Zura tinggalkan anda semua dengan satu testimoni bagaimana seorang pengidap gout selama 20 tahun berjaya mengurangkan simptom gout beliau dengan VIVIX.





Anda juga pasti boleh mengurangkan penderitaan anda menanggung kesakitan akibat gout.

Tunggu apa lagi? Dapatkan segera supplemen untuk gout hari ini juga!









Salam Hormat
Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

3 comments:

  1. Bila kena serangan gout memang menyeksakan..semoga dengan cara ini pesakit gout dapat mengurangkan penderitaan mereka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..Jangankan nak berjalan, nak memijak lantai pun seksa bagi penderita gout

      Delete
    2. Betul tu...bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..Jangankan nak berjalan, nak memijak lantai pun seksa bagi penderita gout

      Delete