Tanda-Tanda Demam Denggi Dan Tips Mengatasinya Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Demam denggi adalah penyakit serius yang sedang melanda Malaysia. Menurut laman idengue, jumlah kes terkumpul demam denggi yang dilaporkan dari 3 Januari 2016 hingga 07 Feb 2016 adalah sebanyak 17,493 kes. Selangor mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tertinggi iaitu sebanyak 8,553 kes.




Apakah demam denggi?
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk betina Aedes egypti yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitannya. 4 jenis virus yang didapati boleh menyebabkan demam denggi adalah DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.

2 jenis demam denggi yang sering berlaku ialah demam denggi klasikal(biasa) dan demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah adalah sangat merbahaya kerana ia boleh mengundang maut kepada penghidapnya. 

Apakah tanda-tanda seseorang mengalami demam denggi?
Setelah seseorang digigit nyamuk Aedes betina, demam denggi mula berlaku apabila virus denggi memasuki dan beredar di dalam saluran darah mangsa. 

Diantara tanda-tanda seseorang itu mengalami demam denggi adalah seperti berikut – :
1. Demam.

2. Sakit di bahagian sendi dan otot.

3. Sakit di bahagian belakang mata.

4. Sakit kepala yang kronik.

5. Rasa mual, loya dan muntah.

6. Ruam.

7. Gusi berdarah (akibat daripada penurunan sel pembeku darah).




Cara Denggi Berjangkit
1. Nyamuk Aedes menggigit pesakit demam denggi.

2. Nyamuk Aedes membawa virus denggi di dalam badannya.

3. Nyamuk Aedes menggigit orang yang sihat.

4. Orang yang sihat kini dijangkiti demam denggi.



Apakah Langkah Untuk Mencegah Denggi?

Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk mengelakkan denggi daripada berlaku. 

Bukankan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati? 

Apakah langkah yang boleh kita lakukan?

1. Pastikan tiada air bertakung di sekeliling rumah untuk menghalang nyamuk daripada membiak. 

2. Seboleh-bolehnya kita hendaklah mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes yang selalu menggigit pada waktu pagi dan senja. 

3. Menutup pintu dan tingkap pada waktu nyamuk Aedes aktif berkeliaran iaitu pada waktu pagi dan senja

4. Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

5. Memasang ubat nyamuk/semburan aerosol.

6. Memastikan kediaman dan kawasan sekitarnya bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakkan nyamuk Aedes.

7. Tingkatkan tahap imun anda dan keluarga kerana biasanya, demam denggi bergantung kepada usia dan tahap imuniti seseorang. Jika sistem imun anda sekeluarga kuat, apabila digigit nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, risiko untuk dijangkiti denggi adalah rendah.

Untuk meningkatkan imun tubuh, Zura sangat menyarankan supaya anda mengamalkan Nutriferon sangat membantu meningkatkan sistem imun badan terutamanya kepada mereka yang kerap demam selsema dan mempunyai antibodi yang lemah.

Rawatan Untuk Demam Denggi

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, TIADA RAWATAN KHUSUS untuk demam denggi. Untuk meredakan demam, kebiasaannya ubat antipiretik akan diberikan kepada pesakit. 

Selain itu, cecair yang diberikan secara oral kepada pesakit adalah memadai untuk menggantikan air dalam badan pesakit yang hilang akibat demam kuat atau muntah-muntah yang dialami semasa serangan demam denggi.

Jom ketahui cara merawat demam denggi tanpa ubat dengan menonton video saranan daripada Pakar Nutrisi Shaklee.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.


Bagaimana Supplemen Membantu Mengurangkan/Mengatasi Gejala Demam Denggi

- Membantu mengelakkan cecair dalam badan dari hilang.
- Mengurangkan hidrasi.

- Menggalakkan penghasilan sel darah putih dalam badan yang berfungsi membunuh bakterti/virus denggi dalam badan.

- Mencegah virus denggi daripada menular.
- Menggalakkan penghasilan antibodi untuk mengenalpasti virus denggi dan bertindak menyingkirkannya daripada tubuh.

4.ESP.
- Membekalkan tenaga yang sangat diperlukan untuk proses pemulihan setelah demam.
- Sangat diperlukan untuk menggantikan semula vitamin/mineral/cecair dalam badan yang telah hilang (kebocoran dalaman) semasa demam.

Jom beriktiar segera dengan mendapatkan cadangan Set Untuk Atasi Demam Denggi seperti yang telah disarankan Pakar Nutrisi kami.

Jangan biarkan denggi meragut nyawa ahli keluarga anda.

Order sekarang.







Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE



Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment