5 Tips Mengelak Dari Dijangkiti Penyakit Tibi Dan Ketahui Cara Tibi Tersebar


Assalamualaikum...Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit Tibi? Apakah penyakit Tibi? Tuberculosis (Tibi) adalah sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. Hari ni Zura akan berkongsi mengenai penyakit Tibi dan cara bagaimana kita boleh melindungi diri kita serta ahli keluarga tersayang daripada dijangkiti Tibi.

Penyakit Tibi adalah disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru. Namun ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang, jantung, usus dan kulit. 


                                  


Cara Tibi Tersebar 

Titisan air di udara yang tercemar dengan kuman Tibi boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit Tibi. Pesakit Tibi akan menyebarkan kuman Tibi semasa mereka bersin atau batuk. Risiko untuk seseorang itu dijangkiti penyakit Tibi adalah bergantung kepada kekuatan sistem imun masing-masing untuk menentang kuman Tibi.

Semakin lemah sistem imun badan anda, maka risiko untuk anda dijangkiti penyakir Tibi adalah semakin tinggi jika terdedah kepada kuman Tibi. 







Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Tibi 

1. Bayi atau kanak-kanak. 

2. Warga emas. 

3. Penghidap HIV, pesakit diabetes, pesakit buah pinggang tahap akhir atau pesakit kanser ( penyakit yang dihidapi melemahkan sistem imun mereka). 

4. Penghidap SLE, penghidap rheumatoid, psoriasis, ulcerative colitis dan sebagainya. (penghidap penyakit tersebut mengambil steroid bagi merawat penyakit mereka yang menyebabkan sistem imun menjadi lemah). 

5. Pesakit yang menjalani kemoterapi


Tanda-tanda Seseorang Dijangkiti Tibi. 

1. Batuk berlarutan lebih dari 2 minggu serta kahak didapati berdarah. 

2. Demam. 

3. Berpeluh di waktu malam. 

4. Hilang selera untuk makan. 

5. Sakit dada semasa batuk/menarik nafas panjang. 

6. Kerap letih. 

7. Susut berat badan. 







Kesan Tibi Kepada Penghidapnya 

Jika Tibi menyerang paru-paru, ia akan menyebabkan paru paru menjadi keras (fibrosis), bernanah ataupun mengakibatkan paru-paru berair. Pada tahap yang serius, pesakit menjadi sukar untuk bernafas.

Selain menyerang bahagian paru-paru, Tibi juga boleh menular ke tulang, usus, kelenjar, buah pinggang, serta selaput otak bergantung kepada lokasi peredaran darah yang membawa kuman Tibi.

Sekiranya ia menyerang bahagian otak, penghidapnya berkemungkinan akan mengalami pening kepala, demam, muntah atau sawan.

Justeru itu, pengesanan awal terhadap jangkitan penyakit tibi amatlah penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Ini adalah kerana reaksi pesakit terhadap rawatan adalah baik jika penyakit Tibi dikesan awal.


Cara Mengelak Daripada Mendapat Jangkitan Tibi.

1. Vaksin BCG

- Vaksin BCG yang diberikan semasa lahir adalah antara cara untuk melindungi dari dijangkiti TB miliari dan TB meningitis.

Vaksin ini berfungsi untuk merangsang sistem imun kita bagi menghasilkan antibodi terhadap kuman Tibi. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berupaya melindungi kita 100% dari jangkitan Tibi kerana semakin kita meningkat usia, sistem imun kita semakin berkurangan.

2. Amalan Penjagaan Kesihatan.

- Pegawai kesihatan yang ditugaskan merawat pesakit Tibi disarankan memakai topeng N95 untuk melindungi mereka daridapa terdedah kepada kuman Tibi.

3. Pengudaraan Yang Sempurna di Rumah.

- Pastikan pengudaraan di rumah kita adalah sempurna dengan membuka pintu dan tingkap. Selain itu, anda juga hendaklah memastikan cahaya matahari boleh masuk ke dalam rumah anda. Ini adalah kerana cahaya matahari dikatakan dapat membunuh kuman Tibi. 

4. Pemakanan Seimbang dan Berkhasiat.

- Amalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang dan mencukupi keperluan badan kita setiap hari. Dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi, kita juga dapat meningkatkan tahap kesihatan badan kita.

5. Pengambilan Supplemen yang Kaya Antioksidan.

- Supplemen yang tinggi antioksidan seperti vitamin ACE, Nutriferon, VIVIX, garlic dan Omega Guard juga sangat disarankan untuk membantu meningkatkan sistem imun badan kita daripada serangan penyakit seperti Tibi.

Bagaimana Supplemen Membantu Mengatasi/Mengurangkan Gejala Tibi Dan Meningkatkan Imun Tubuh.

Sekarang, kita akan lihat bagaimana suplemen-suplemen tersebut bertindak meningkatkan imun badan kita dan menentang Tibi.


- Merangsang enzim yang membunuh kuman serta membantu memperbaiki keadaan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori paru-paru.


- Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu menguatkan sistem imun.


- Merupakan antioksidan yang kuat. Ia membantu mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.

4.Garlic.

- Merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi.

- Menghalang penyakit berjangkit.


- Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru.


- Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.

- Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan mendorong penghasilan antibodi yang mengenalpasti bakteria Tibi dan menyingkirkannya dari tubuh.

7. VIVIX.

- Bertindak memperbaiki DNA badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, ia juga membantu menguatkan sel tubuh yang lemah akibat proses penuaan atau semasa serangan penyakit


Sikap ambil mudah dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga penghidap Tibi membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang ramai. Rawatan yang diberikan hendaklah dihabiskan untuk mengelakkan penyakit Tibi daripada berulang dan bakteria Tibi di dalam tubuh menjadi kebal terhadap rawatan sedia ada. 

Sebab utama mengapa sesetengah pesakit Tibi sukar untuk pulih daripada penyakit tersebut walaupun setelah mendapat rawatan adalah disebabkan menularnya Penyakit Tibi jenis MDR-TB (penyakit Tibi yang kebal terhadap beberapa ubat).


Oleh itu, ia amatlah penting bagi kita untuk meningkatkan tahap imun kita sekeluarga untuk mengelakkan daripada terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit Tibi.

Segera dapatkan set imun kami kerana langkah awal anda dapat melindungi keluarga anda daripada mendapat jangkitan Tibi .

Bertindak segera dan tempah sekarang kerana bakteria Tibi tidak memilih mangsanya!














Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart) 

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com



Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

2 comments:

  1. Info yang menarik..mmg bagus amalkan suplemen yg dpt tingkatkan imun badan..mencegah lebih baik dari mengubati..

    ReplyDelete
  2. betul tu Dr Shikin..sangat penting untuk meningkatkan kesihatan imun badan sebab Tibi merebak melalui udara yang tercemar dengan kuman daripada pesakit Tibi

    ReplyDelete