AWAS: Ketahui Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) Membunuh Secara Senyap


Adalah sesuatu yang amat membimbangkan apabila secara purata terdapat seramai 6500 orang pesakit telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik atau Chronic Kidney Disease (CKD). Jumlah tersebut sangat membimbangkan kerana ia belum termasuk jumlah pesakit buah pinggang yang sedia ada.

Sebelum Zura bercerita dengan lebih lanjut, mari kita ketahui apakah sebenarnya penyakit buah pinggang kronik. Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila fungsi buah pinggang pesakit mengalami kemerosotan dari segi fungsinya sebagai penapis darah. Kita mempunyai lebih kurang sejuta penapis kecil yang dikenali sebagai nefron pada setiap satu buah pinggang kita yang berperanan mengeluarkan bahan buangan dari badan kita melalui air kencing. 

Apabila nefron tersebut mengalami masalah (gagal berfungsi dengan baik), ia akan menyebabkan tahap kesihatan seseorang itu terjejas kerana bahan buangan di dalam badan tidak dapat disingkirkan melalui air kencing.




Punca Kepada Penyakit Buah Pinggang Kronik.

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit buah pinggang kronik adalah:-

- Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

- Menghidap kencing manis jenis 1 atau jenis 2.

- Batu karang.

- Gout.

- Penyakit buah pinggang dan jangkitan, seperti penyakit polisistik ginjal, pyelonephritis dan glomerulonephritis

- Dilahirkan dengan mempunyai masalah buah pinggang.

- Renal arteri yang berfungsi membawa darah ke dalam buah pinggang tersumbat atau sempit.

- Pengambilan ubat-ubatan (NSAID) seperti ascelecoxib dan ibuprofen. Pengambilan ubat-ubatan tersebut untuk tempoh yang lama boleh merosakkan buah pinggang. 






Gejala/Tanda-tanda Kemerosotan Buah Pinggang

Terdapat kebanyakkan pesakit buah pinggang kronik tidak mengalami kesakitan atau tanda-tanda awal yang menunjukkan mereka mengalami masalah buah pinggang. Malah, terdapat pesakit yang tidak mempunyai gejala selama 30 tahun. 

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana tubuh kita masih boleh berfungsi walaupun dengan hanya satu buah pinggang. Disebabkan itulah penyakit buah pinggang kronik dianggap ‘pembunuh senyap’ kerana pesakit hanya mengetahui mengenai penyakit yang mereka hidapi setelah mencapai peringkat akhir/kemerosotan serius telah berlaku pada buah pinggang mereka.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti berikut apabila fungsi buah pinggang mereka merosot dengan lebih serius:-

Kurang kencing dari kebiasaan.

Mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan.

Berasa sangat letih disertai mengantuk.

Berat badan berkurangan tanpa sebab.

Loya atau muntah.

Lesu atau sakit-sakit badan.

Urin berbuih.

Urin berdarah. 

Air berkumpul di dalam paru-paru hingga menyebabkan kesukaran bernafas.


Tahap-tahap Penyakit Buah Pinggang Kronik

Terdapat 5 tahap penyakit buah pinggang kronik yang diukur berdasarkan Kadar Penapisan Glomerular (GFR).

GFR digunakan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang menapis bahan buangan dari tubuh badan. Jika buah pinggang tidak bermasalah, proses penapisan menjadi pantas.


Tahap 1

Bacaan GFR pada tahap pertama adalah 90 ml/min.

Tahap 2

Bacaan GFR pada tahap kedua adalah 89 -60 ml/min.

- Simptom kerosakkan buah pinggang pada tahap 1 dan tahap 2 adalah minima.

- Masalah buah pinggang dikesan melalui:- 
  • Tahap urea yang tinggi dalam darah, 
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi), 
  • Kehadiran protein atau darah pada urin.

Tahap 3

Bacaan GFR pada tahap ketiga adalah 59 -30 ml/min.

-Pada tahap ini, pesakit boleh mengalami masalah anemia atau penyakit tulang pada peringkat awal.

Tahap 4

Bacaan GFR pada tahap keempat adalah 29 -15 ml/min.

Tahap 5

Bacaan GFR pada tahap kelima adalah 15 ml/min dan ke bawah.

-Pada tahap ini, buah pinggang sudah tidak berfungsi dan pesakit perlu menjalani dialisis atau melakukan pemindahan organ.


Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik.

1. Merawat punca yang menyebabkan penyakit buah pinggang kronik berlaku.

Sekiranya pesakit mengidap penyakit buah pinggang kronik akibat kencing manis, pesakit tersebut mestilah mengawal kencing manis tersebut. Rawatan untuk penyakit buah pinggang kronik tidak akan mendatangkan kesan sekiranya kencing manis pesakit tidak terkawal.

2. Mengamalkan diet rendah protein.

Pesakit buah pinggang kronik dikehendaki mengawal pengambilan protien di dalam diet pemakanan seharian. Protein yang disarankan untuk diambil adalah sebanyak 0.6-0.8 gram/kg berat badan dalam sehari.

3. Rawatan keto asid.

Rawatan bagi membekalkan nutrisi protein kepada pesakit buah pinggang kronik tanpa mengganggu bahan kumuh. Rawatan ini juga bertujuan untuk mengimbangi nutrisi pesakit serta dibekalkan dalam bentuk tablet kepada pesakit.
Kos rawatan keto asid dianggarkan sekitar RM1000 sebulan.

4. Dialisis.

Merupakan rawatan yang perlu dijalani bagi pesakit buah pinggang kronik tahap 5 (tahap akhir). Proses dialisis menngambil masa sekitar empat jam untuk setiap kali proses penapisan darah. Kos rawatan untuk dialisis boleh mencecah RM3000 hinggan RM4000 sebulan.

Penyakit buah pinggang kronik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun ia lebih cenderung berlaku kepada orang yang berumur dalam lingkungan umur 30 tahun hingga 60 tahun yang mengalami kencing manis, tekanan darah tinggi, gout serta berat badan berlebihan.

Justeru itu, adalah disarankan supaya individu yang berumur 35 tahun ke atas untuk menjalani saringan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing dan mengesan lebih awal jika terdapat masalah berkaitan dengan buah pinggang.


Cegah Masalah Buah Pinggang Dengan Tonik 10 Kali Lebih Berkuasa Daripada Resveratrol

Kajian Professor Harvard membuktikan bahawa apabila resveratrol digabung bersama polifenol, ianya akan menjadi 10X lebih berkesan. VIVIX Shaklee pula mengandungi 15 jenis polifenol.

Bagaimana VIVIX berfungsi?

Cell Defence : Mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : Memberi tenaga kepada sel yang lemah.
Cell Repair : Membaiki sel yang telah rosak.
Cell Performance : Meningkatkan prestasi sel.








Jika anda adalah seorang pesakit buah pinggang kronik, jangan tunggu sehingga ke peringkat akhir untuk mendapatkan rawatan kerana kegagalan buah pinggang yang tidak dirawat boleh membawa maut.















Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

1 comment:

  1. Sedikit perkongsian info..
    Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

    Jika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah

    ReplyDelete