Tanda-Tanda Strok Haba, Rawatan Dan Langkah Mencegah Daripada Menjadi Mangsa

Rabu lalu, strok haba telah meragut nyawa mangsa pertama iaitu seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat. Justeru itu, hari ini Zura nak kongsikan apakah strok haba serta simptom yang dialami penghidapnya serta langkah untuk mencegah strok haba. Sebelum meneruskan pembacaan, mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Azizan Ayob.





Apakah Strok Haba?

Strok haba adalah penyakit yang berkaitan haba. Ia adalah satu bentuk hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak. Pada keadaan normal, suhu badan manusia adalah kira-kira 37.0°C. Apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5°C, seseorang akan mengalami strok haba. Strok haba merupakan kes kecemasan perubatan yang serius kerana boleh mengakibatkan mangsa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Dalam kes strok haba, ianya tidak sama seperti serangan angin ahmar. Istilah "Stroke" adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan berkurangnya aliran oksigen ke kawasan otak.

Bagaimana Strok Haba Berlaku

Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh. Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba/panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.

Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat. Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.


Tanda-tanda Awal Terkena Strok Haba
  • Sakit kepala berdenyut,
  • Mual,
  • Kurang berpeluh walaupun pada suhu panas
  • Denyutan nadi pantas.
  • Otot lemah dan kejang,
  • Mmuntah,
  • Kulit kering serta kemerahan,
  • Sawan atau pitam


Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba mungkin berlainan bagi individu yang lain.





Golongan Berisiko Mengalami Strok Haba

Bayi atau kanak-kanak.
Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami strok haba jika dibiarkan di dalam kereta yang tertutup. Ini adalah kerana suhu dalaman kereta yang berkunci boleh meningkat antara 10 hingga 20 darjah dalam masa 20 minit. Keadaan ini boleh menyebabkan kepanasan melampau terhadap bayi dan kanak-kanak.

Warga tua
Kebiasaanya penghidap penyakit yang berkaitan jantung, tekanan darah tinggi, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, penyakit kelenjar tiroid, penyakit berkaitan sistem pernafasan serta kencing manis berisiko tinggi berbanding orang biasa kerana tahap kehilangan air dalam badan mereka lebih ketara.

Atlet yang berlatih dalam keadaan sekeling yang panas.

Individu yang bekerja di luar bangunan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti buruh, petani, tentera, polis dan lain-lain.


Langkah Segera Yang Perlu Diambil Terhadap Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organl. Sila lakukan perkara berikut sementara menunggu pihak ambulan datang.

Tindakan pantas kita mungkin boleh membantu mangsa strok haba. 

• Tempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin/di bawah kipas.

• Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah atau sapukan air sejuk atau suam pada kulit mangsa.

• Longgarkan pakaian mangsa.

• Beri minuman sejuk atau minuman isotonik kepada mangsa. 

• Pantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun sehingga mencecah lebih kurang 38 °C.

• Membuat panggilan kecemasan dengan segera. 


Cara Mengelak Strok Haba Daripada Berlaku

• Langkah-langkah yang paling penting untuk mengelakkan strok haba adalah untuk mengelakkan menjadi kering dan untuk mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak dalam keadaan cuaca panas dan lembap.

• Jika anda perlu melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas, minum banyak air (seperti air dan sukan minuman), tetapi mengelakkan alkohol dan kafein (termasuk minuman ringan dan teh), yang boleh membawa kepada dehidrasi.

• Badan anda perlu mengisi semula elektrolit (seperti natrium) dan juga cecair jika anda berpeluh secara berlebihan atau melakukan aktiviti lasak dalam cahaya matahari untuk tempoh yang berpanjangan.

• Ambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri. Pakai topi dan, ringan, pakaian longgar berwarna cerah.

• Pastikan kereta dikunci apabila tidak digunakan dan tidak pernah, pernah, meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan peliharaan tanpa pengawasan di dalam kereta yang berkunci


Langkah Mencegah Strok Haba

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah:-

1. Pastikan anda dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. 

2. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas.

3. Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. 

4. Elakkan mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat.

5. Dapatkan rehat secukupnya mandi dengan kerap. 

6. Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah. Gunakan topi/payung semasa keluar dari rumah.

7. Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai.

8. JANGAN sesekali meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan di dalam kereta yang tertutup dan berkunci. INGAT! Biarlah urusan kita menjadi sedikit lambat apabila membawa anak-anak keluar untuk menyelesaikan sesuatu urusan daripada kita menyesal selama-lamanya atas kecuaian kita meninggalkan mereka di dalam kereta.





9. Pastikan kereta hendaklah sentiasa dikunci apabila tidak digunakan agar anak-anak kita tidak menyelinap masuk ke dalamnya dan terperangkap.







Bagaimana Minuman Penambah Tenaga, Membantu Elak Dehidrasi

Tahukah anda bahawa ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb pada Performance Drink boleh membantu meningkatkan otot tenaga sebanyak 6 kali ganda.

Berbanding dengan minuman sukan/isotonik lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karborhidrat dengan segera.

Performance Drink sangat-sangat disarankan dalam keadaan cuaca panas sebegini kerana badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair apabila anda telah berpeluh dengan banyak .

Selain itu, ia juga boleh membantu menjaga kestabilan bendalir di dalam badan untuk mencegah dehidrasi dan baik untuk sistem neuromotor kita (tindak balas saraf & otot).

Sama-samalah kita bersedia menghadapi fenomena El-Nino dan jagalah kesihatan diri dan keluarga masing-masing.

Semoga panduan mencegah strok haba yang Zura kongsikan dapat membantu kita melakukan perkara yang betul apabila berhadapan dengan situasi cemas.

Segera dapatkan Performance Drink anda hari ini untuk mengelak serangan strok haba kerana semua orang berisiko menjadi mangsa strok haba semasa cuaca panas ekstrim sebegini..









Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment