Diet Untuk Kesuburan Pasangan Yang Berikhtiar Mendapatkan Cahaya Mata


Adalah menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Hari ni Zura nak kongsikan diet untuk meningkatkan kesuburan, khas buat anda yang sedang berikhtiar untuk hamil. Perlu diingat, usaha untuk meningkatkan kesuburan bukan terletak hanya di bahu pihak isteri ye. Para suami juga perlu memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan misi anda & isteri untuk mendapatkan zuriat :)




Faktor Yang Menyebabkan Kurang Subur

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kesuburan adalah seperti:-

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok & pengambilan minuman keras berlebihan.

Diet yang tidak seimbang/sihat.

Masalah berat badan samada terlalu kurus atau berlebihan berat badan.

Usia lanjut.

Tekanan.

Masalah organ reproduksi seperti rahim atau ovari.

Masalah sperma tidak mencukupi (oligospermia).

Tahukah anda, bahawa kajian terkini penyelidik daripada Universiti Harvard mendapati bahawa 80% penurunan dalam masalah kemandulan adalah disebabkan gaya hidup yang menitikberatkan diet untuk kesuburan.


Diet Untuk Kesuburan

Antara amalan diet untuk kesuburan adalah seperti:

Mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.

Mengelakkan makanan yang mengandungi lemak trans.

Mengambil makanan berasaskan tumbuhan secara seimbang dan sihat.

Mengamalkan makanan bersumber semulajadi.

Mengambil protein berasaskan tumbuhan.

Mengambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400mg asid folik dan 40-80mg zat besi sebagai persediaan untuk hamil.





Jom kita lihat makanan yang dikatakan membantu merangsang kesuburan pula.

Sayur bayam

Sayur kangkung

Strawberi

Susu dan yogurt

Tiram 

Buah-buahan sitrus seperti buah oren


Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang pemakanan seperti yang disarankan. Selain amalan pemakanan yang telah dikongsikan, anda harusla juga mengamalkan gaya hidup aktif dan mengelakkan tekanan. Ini adalah kerana tekanan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kesuburan merosot.

Insya Allah, Zura doakan usaha anda mendatangkan hasil walaupun ianya mungkin mengambil masa. Sementara menunggu kehadiran cahaya mata anda, nikmati saat berharga anda bersama pasangan.

Sehingga kita berjumpa lagi, nantikan entri seterusnya kerana Insha Allah Zura akan kongsikan mengenai makanan yang boleh menjejaskan kesuburan pula.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, hubungi Zura di 016-800 4628. Ingat, fast action fast result.



Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment