Keguguran Di Awal Kehamilan : Apakah Yang Patut Saya Lakukan


Assalamualaikum...dah lama sangat rasanya Zura tak menulis kat blog kesayangan ni. Kali ni Zura nak cerita mengenai masalah keguguran di awal kehamilan. Agak kerap juga Zura menerima whatsapp dari pelanggan yang mengalami masalah keguguran di awal-awal kehamilan mereka.

Sebelum Zura menulis dengan lebih lanjut, jom ketahui apakah yang dikatakan sebagai keguguran di awal kehamilan?

Keguguran di awal kehamilan adalah keguguran yang berlaku sekitar 3 bulan kehamilan. Terdapat sebilangan wanita yang mengalami keguguran sebelum mereka mengetahui bahawa mereka sedang berbadan dua. Dianggarkan sebanyak 80% keguguran berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan.





Tanda-tanda Keguguran

  • Perdarahan yang banyak.
  • Kekejangan
  • Sakit di bahagian perut (abdomen) seakan-akan senggugut yang teruk.
  • Demam
  • Lemah
  • Sakit pinggang yang teramat.


Faktor Penyebab Keguguran Di Awal Kehamilan

Antara punca yang menyebabkan keguguran di awal kehamilan adalah disebabkan perkembangan embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Selain itu, ketidaknormalan kromosom juga mempengaruhi perkembangan bayi. Untuk perkembangan seperti yang sepatutnya, bayi memerlukan 23 kromosom masing-masing daripada ibu dan bapanya. Apabila ketidaknormalan kromosom berlaku, kehamilan terhenti pada peringkat embrio dan terjadilah proses keguguran.

Risiko keguguran juga lebih tinggi sekiranya seorang wanita pernah mengalami tiga atau lebih keguguran yang terdahulu.

Rawatan Setelah Keguguran

Pemeriksaan pelvik, ujian ultrasound dan ujian darah biasanya dilakukan untuk mengesahkan keguguran yang dialami. Tiada rawatan lanjut diperlukan jika rahim telah mengosong sepenuhnya. Jika tisu janin masih tertinggal di dalam rahim, proses D&C (dilation and curettage) akan dilakukan.

Alternatif kepada D&C ialah ubat yang diberikan untuk membantu anda mengeluarkan lebihan janin.

Berapa Lamakah Masa Diperlukan Untuk Kembali Hamil?

Walaupun telah mengalami keguguran, ini tidak bermakna anda mengalami masalah kesuburan. Terdapat kira-kira 85% wanita yang telah mengalami keguguran berjaya hamil dan melahirkan bayi yang sihat. Nasihat Zura kepada anda, sebelum mencuba untuk kembali hamil, pastikan anda telah sembuh sepenuhnya serta bersedia dari segi fizikal dan mental untuk kehamilan yang berikutnya.

Sesetengah doktor mencadangkan waktu yang sesuai untuk kembali hamil adalah sekurang-kurangnya setelah 3 kali didatangi haid ( 3 bulan kitaran haid). Namun, usah risau jika anda didapati hamil lebih awal daripada tempoh tersebut.. Terdapat pelanggan Zura yang mengalami situasi tersebut dan Alhamdulillah, kehamilan beliau berjalan lancar sehingga selamat melahirkan bayi perempuan yang comel.


Supplemen Yang Sesuai Untuk Wanita Keguguran

Biasanya, Zura mencadangkan supplemen untuk berpantang kepada pelanggan Zura yang mengalami keguguran.

Supplemen yang dicadangkan adalah seperti 
ESP,
Vitalea,
B. Complex,
SR Vita C
Ostematrix dan 
GLA Complex

Zura mencadangkan GLA Complex kerana ia bertujuan untuk membetulkan semula hormon yang terganggu serta untuk meningkatkan kesuburan.

Untuk fungsi supplemen berpantang seleppas keguguran seperti ESP, Vitalea, B. Complex, SR Vita C dan Ostematrix, anda boleh mengetahui fungsi-fungsi supplemen tersebut DI SINI.

Akhir kata, semoga anda diberi kekuatan untuk menghadapi ujian keguguran di awal kehamilan ini dan berjaya hamil satu hari kelak. 

Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen untuk keguguran atau anda boleh menempah dengan klik butang order di bawah ini.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.












Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;
Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment