Tips Penjagaan Kesihatan Jemaah Haji, Elak Daripada Jangkitan Pneumonia


Dianggarkan lebih kurang 2 juta jemaah haji akan melaksanakan ibadat haji saban tahun termasuklah jemaah haji dari Malaysia. Percampuran jutaan manusia di satu tempat boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit di kalangan jemaah haji.  Khas buat semua bakal jemaah haji, Zura nak kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia semasa menunaikan haji.




Risiko Jangkitan Penyakit.

Jemaah haji terdedah kepada pelbagai risiko penyakit seperti strok haba, meningococal meningitis ataupun jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia serta tuberculosis (tibi)

Di antara penyakit yang Zura sebutkan di atas, masalah utama yang dialami jemaah haji adalah pneumonia kerana ianya mencatatkan jumlah kes kemasukan ke hospital yang tertinggi jika dibandingkan penyakit lain.

Sebelum Zura kongsikan tips menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan pneumonia, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pneumonia terlebih dahulu.

Apakah Pneumonia?

Pneumonia adalah inflamasi (radang) pada paru-paru. Ia terjadi kerana alveoli dipenuhi sel radang. Pneumonia biasanya berlaku akibat virus dan jangkitan kuman bakteria atau disebabkan oleh parasit/kulat.





Gejala/Simptom Seseorang Mengidap Pneumonia

Batuk dengan kahak berwarna kekuningan atau kehijauan.

Demam panas diikuti menggigil.

Sesak nafas.

Sakit di bahagian dada semasa menarik nafas

Mengalami ‘pleuritic chest pain’ iaitu sakit seolah ditusuk sesuatu yang tajam pada dada.

Batuk didapati berdarah.

Berpeluh.

Kesakitan di sendi dan otot.

Bagi pesakit yang dijangkiti Streptococus Pneumoniae, kahak mereka didapati berwarna seperti karat.


Tanda Serangan Pneumonia

Kebiasaanya, tanda seeorang itu diserang pneumonia adalah apabila pihak pengamal perubatan yang memeriksa mendapati pesakit mengalami demam (suhu badan melebihi 37.7C) dan denyut nadi didapati melebihi 100/minit.

Tanda Sistemik

Demam panas

Menggigil

Pening kepala 

Tiada selera untuk makan.


Langkah Mencegah Jangkitan Pneumonia

1. Suntikan vaksin.
Kerajaan Malaysia hanya menyediakan suntikan vaksin meningococal secara percuma buat semua jemaah haji buat masa sekarang. Justeru itu, sebelum berangkat ke tanah suci, para jemaah haji juga disarankan mengambil suntikan vaksin pneumococcal bagi mengelakkan dijangkiti penyakit yang disebabkan streptococus pneumoniae. Disamping itu, vaksin yang juga digalakkan untuk diambil adalah suntikan vaksin influenza.

2. Menjaga kebersihan.
Para jemaah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri serta memastikan tangan sentiasa bersih, memakai topeng muka dan menutup mulut dengan tisu semasa batuk/bersin.

3. Menjaga jarak sosial.
Seboleh-bolehnya, elakkan bercampur atau berada dekat dengan jemaah haji yang sakit.

4. Sentiasa menjaga kesihatan dengan meningkatkan imun tubuh.
Amalkan meminum air secukupnya. Selain itu, para jemaah digalakkan mengamalkan pengambilan supplemen untuk membantu meningkatkan imun tubuh jemaah sebagai ikhtiar supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.

5. Membawa ubat yang telah dipreskripsi doktor.
Bagi para jemaah yang sedia mengalami penyakit seperti asma, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan sebagainya, ubat-ubatan hendaklah dibawa secukupnya.  Ini adalah kerana Zura difahamkan bahawa harga ubatan di sana agak mahal.


Bagaimana Supplemen Membantu Jemaah Haji Meningkatkan Antibodi.

1.Nutriferon
Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.

Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan mendorong penghasilan antibodi.

2.Performance Drinks
Performance Drink sangat-sangat disarankan dalam keadaan cuaca panas kerana badan para jemaah haji memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair semasa berpeluh dengan banyak .

Selain itu, ia juga boleh membantu menjaga kestabilan bendalir di dalam badan untuk mencegah dehidrasi dan baik untuk sistem neuromotor kita (tindak balas saraf & otot).

3.Ostematrix.
Untuk kesihatan tulang. Selain itu, Ostematrix membantu melegakan saraf dan membantu jemaah haji mendapatkan tidur yang berkualiti serta bangun pagi dengan mudah.

4.Omega Guard.
Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru. Di samping itu, Omega Guard juga membantu mencairkan kahak semasa batuk.

5.SR Vita C
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu menguatkan sistem imun.


Jika anda atau ibu bapa anda bakal menunaikan haji, bolehla menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen-supplemen yang Zura bagitahu tadi. Semoga amal ibadah semua jemaah haji diterimaNya dan Zura doakan anda mendapat haji mabrur.











Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE 


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment