Virus Zika Dan Kehamilan: Apa Yang Perlu Setiap Wanita Hamil Ketahui Tentangnya


Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan yang jangkitan virus Zika. Apa yang paling membimbangkan adalah apabila wanita hamil turut disahkan dijangkiti Zika. Sebelum Zura kongsikan lebih lanjut mengenai langkah pencegahan daripada jangkitan Zika, elok kiranya kita ketahui terlebih dahulu apakah Zika.





Apakah Zika.

Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk yang turut menyebarkan denggi dan chikungunya iaitu nyamuk Aedes. Jika denggi dan chikungunya hanya boleh disebarkan melalui nyamuk, berlainan pula halnya dengan Zika kerana ianya juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti Zika.




Bagaimana Zika Menjejaskan Ibu Hamil Yang Dijangkiti.

Kesihatan bayi di dalam kandungan wanita hamil yang dijangkiti Zika boleh terjejas. Antara risiko terhadap bayi adalah berkemungkinan bayi dilahirkan dengan kecacatan di bahagian kepala yang dikenali sebagai microcephaly.

Apakah microcephaly?

Microcephaly adalah suatu keadaan di mana kepala bayi yang mengalaminya adalah jauh lebih kecil daripada bayi dengan jantina dan umur yang sama. 

Semasa proses kehamilan, kepala bayi membesar seiring dengan perkembangan otak mereka. Microcephaly berlaku kerana otak bayi tidak berkembang dengan baik semasa di dalam kandungan atau telah berhenti berkembang selepas kelahiran; inilah yang menyebabkan saiz kepala bayi menjadi lebih kecil daripada saiz yang sepatutnya.





Gejala Zika Bagi Wanita hamil

Pesakit mengalami muntah-muntah.

Cirit-birit yang ketara.

Mata merah (konjunktivitis).

Ruam pada kulit.

Pening kepala yang keterlaluan.

Suhu badan naik/demam.




Nota: Virus Zika bukan hanya berbahaya terhadap ibu hamil, tetapi juga golongan dewasa.

Antara gejala Zika terhadap orang dewasa ialah:

- Virus Zika menyerang sistem saraf pesakit serta mengakibatkan berlaku radang/bengkak pada akar saraf tulang belakang.

- Akibatnya, pesakit akan mengalami sakit-sakit pada bahagian badan kerana gangguan pada otot telah berlaku. Kesan lemah dirasai pada bahagian kaki sebelum ianya merebak ke kawasan lengan dan otot wajah.

Gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas biasanya berlangsung selama 2-7 hari.


Langkah Pencegahan Terhadap Virus Zika

Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan melindungi diri dari gigitan nyamuk.

Bersihkan kawasan air yang bertakung.

Tutup semua tempat tadahan air.

Memakai seluar dan baju berlengan panjang.

Menggunakan kelambu semas tidur.

Menggunakan semburan penghalau serangga.

Elakkan membuka tingkap semasa waktu nyamuk Aedes aktif berterbangan iaitu pada awal pagi dan kektika senja.

Seboleh-bolehnya, elakkan berkunjung ke negara-negara yang dilanda Zika. 

Melakukan seks dengan perlindungan (kondom). Sekiranya, suami kepada wanita hamil didapati positif Zika, elakkan hubungan kelamin untuk melindungi kedua-dua wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. 


Rawatan 

Setakat ini, masih tiada ubat atau vaksin untuk Zika. Rawatan untuk pesakit Zika adalah dengan meredakan simptom-simptom Zika. Apa yang penting, semasa tempoh untuk pemulihan, pesakit hendaklah minum air yang secukupnya, dapatkan rehat serta meningkatkan imun badan.

Air yang mencukupi sangat diperlukan kerana pesakit kebiasaanya kehilangan air yang banyak melalui muntah atau cirit birit. Ini adalah untuk mengelakkan pesakit mengalami dehidrasi akibat kehilangan air yang banyak dari badan.

Jika anda perasan, gejala/simptom Zika lebih kurang sama dengan denggi. Tidak salah jika kita berusaha mengatasi Zika dengan mengamalkan saranan seperti di dalam video daripada Pakar Nutrisi Shaklee ni.




Antara Supplemen Yang Boleh Membantu

4. ESP


Nota : Klik pada supplemen untuk mengetahui bagaimana ianya berfungsi.



Zura harap kita semua dan ibu-ibu yang sedang hamil pada masa sekarang dilindungi dari virus Zika. Apa yang penting adalah mengambil langkah berjaga-jaga.

Bertindak segera dengan meningkatkan imun anda dan keluarga.

Hubungi Zura untuk mendapatkan supplemen seperti yang dicadangkan.

Atau jika anda nak membuat pesanan secara atas talian, anda boleh terus klik butang order dibawah dan nantikan supplemen tersebut datang kepada anda. Mudah kan?

Zura tinggalkan anda semua dengan doa semoga kita semua dilindungi daripada virus Zika. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan kita dengan meningkatkan sistem imun badan kita dan keluarga bermula dari sekarang.










Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


FB PAGE 


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment