Tanda Dan Punca Penyakit Parkinson Yang Mesti Diketahui Serta Cara Mengawalnya

Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit kemerosotan saraf (gangguan neurodegeneratif) yang perlu diambil perhatian. Menurut Ketua Jabatan Perubatan di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim, Parkinson berlaku apabila satu sel kimia di otak yang dikenali sebagai dopamin berkurangan.

Apabila tahap sel dopamin berkurangan, ianya menyebabkan aktiviti otak menjadi tidak normal, dan mengakibatkan pergerakan fizikal manusia menjadi terjejas.





Kebelakangan ini, peningkatan jumlah kes penyakit Parkinson menunjukkan betapa penyakit ini perlu diambil perhatian dan kesedaran. Antara faktor penyebab meningkatnya kes penyakit Parkinson adalah disebabkan kurangnya kesedaran atau pengetahuan mengenai penyakit tersebut.  
Orang ramai beranggapan bahawa otot yang kaku atau kemerosotan daya untuk bergerak sebagai tanda seseorang itu mengalami proses penuaan, sedangkan tanda tersebut adalah merupakan simptom penyakit Parkinson.

Gejala Awal Seseorang Menghidap Parkinson

Menurut Dr. Norlinah, pada peringkat awal, tiada gejala yang ketara. Cuma, kebanyakkan pesakit sering mengadu rasa letih, lesu, dan sering mengalami kekejangan pada waktu malam.

Keadaan tersebut boleh disalah erti seperti strok atau slip disc kerana pesakit berasa seolah-olah urat ditarik-tarik serta pergerakan mereka terganggu.


Antara Tanda-tanda Penyakit Parkinson

1. Terketar-ketar/Menggeletar (tremor).

- Biasanya, menggeletar bermula pada anggota badan iaitu pada tangan atau jari-jemari. Pesakit didapati kerap menggosok ibu jari dan jari telunjuk. Satu tanda yang nyata penyakit ini adalah apabila tangan pesakit menggeletar semasa dalam keadaan rehat (tidak melakukan sebarang aktiviti). 

2. Pergerakan yang perlahan (bradykinesia).

- Penyakit Parkinson akan menyebabkan pergerakan pengidapnya menjadi terbatas ataupun lambat. Ianya juga menyebabkan tugas harian yang mudah menjadi sukar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, langkah menjadi semakin pendek apabila berjalan dan untuk bangun daripada kerusi menjadi begitu sukar. Pesakit juga didapati mengheret kaki semasa berjalan menyebabkan mereka susah untuk bergerak. 
  
3. Otot kaku. (rigidity)

- Kekejangan otot akan berlaku pada mana-mana bahagian anggota badan. Otot yang kejang boleh membataskan pergerakan dan menyebabkan kesakitan. 

4. Kemerosotan keseimbangan atau koordinasi badan (postural instability)

- Postur badan pesakit menjadi bongkok atau masalah keseimbangan badan akan berlaku akibat penyakit ini.


Peringkat Penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson menyerang individu dalam pelbagai cara, dan mereka akan mengalami pelbagai gejala. Walaupun gejala yang ringan atau teruk atau berlaku dengan kerap atau jarang, penyakit Parkinson mempunyai lima peringkat yang berbeza. 


Peringkat-peringkat penyakit Parkinson:

Peringkat satu
Semasa fasa awal penyakit ini, seseorang pesakit biasanya mengalami gejala ringan, seperti gegaran/terketar-ketar pada anggota badan. Pada peringkat ini, rakan-rakan dan keluarga biasanya dapat mengesan perubahan yang disebabkan oleh penyakit Parkinson melalui postur yang lemah, hilang keseimbangan dan ekspresi muka yang tidak normal.

Peringkat kedua: 
Pada peringkat kedua penyakit Parkinson, gejala yang dialami adalah dua hala iaitu ianya menjejaskan kedua-dua anggota badan (tangan dan kaki) dan kedua-dua belah badan. Pesakit biasanya menghadapi masalah untuk berjalan atau mengekalkan keseimbangan, dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan tugas-tugas fizikal yang biasa dilakukan menjadi lebih ketara.

Peringkat ketiga: 

Pada peringkat ketiga, pesakit mengalami ketidakupayaan untuk berjalan lurus atau berdiri. Terdapat perubahan dari segi pergerakan pesakit dimana ianya menjadi semakin perlahan.

Peringkat empat
Pada peringkat ini pesakit masih boleh berjalan, namun . Pada peringkat ini juga, kebanyakkan pesakit tidak dapat menyelesaikan tugas-tugas seharian dan biasanya tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri. 

Peringkat lima: 
Pada peringkat ini, pesakit tidak lagi dapat mengurus diri sendiri dan tidak dapat berdiri atau berjalan. Pesakit memerlukan ahli keluarga atau pasangan untuk menguruskan keperluan mereka.


Penyakit Parkinson sering diiringi dengan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti:

Masalah berkaitan ingatan atau dementia.

Kesukaran menelan/mengunyah.

Tulisan tangan berubah (semakin kecil).

Kemahiran motor (pergerakan) merosot.

Pertuturan berubah (suara tidak kedengaran, atau teragak-agak semasa bercakap.)

Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan. 
- Menerima rawatan untuk kemurungan boleh membuat ia lebih mudah untuk menangani cabaran-cabaran lain penyakit Parkinson.

Sembelit. 
- Berlaku disebabkan proses penghadaman menjadi lebih perlahan.


Faktor-faktor risiko penyebab seseorang itu menghidap penyakit Parkinson termasuklah:

1. Umur
Kebiasaannya, risiko seseorang itu menghidap Parkinson meningkat seiring dengan peningkatan usia. 

2. Keturunan
Mempunyai ramai saudara-mara dalam keluarga anda yang mempunyai penyakit Parkinson meningkatkan peluang anda mendapat penyakit tersebut. 

3. Jantina
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson berbanding wanita.

4. Pendedahan kepada toksin
Pendedahan berterusan kepada racun herba dan racun perosak boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit Parkinson.


Rawatan Atau Ubat Untuk Parkinson

Kebiasaannya, ubat yang diberikan kepada pesakit Parkinson dikenali sebagai levodopa iaitu sejenis ubat bagi menggantikan sel dopamin yang berkurangan di dalam otak. Kesan sampingan yang mungkin timbul kepada pesakit adalah seperti loya atau pening.

Setelah beberapa lama mengambil ubat ini, keberkesanan ubat ini akan berkurangan.

Selain itu, ubat antidepresan juga membantu meringankan gejala kemurungan yang biasanya dialami oleh pesakit Parkinson.


Bagaimana Perubahan Gaya Hidup Membantu Memudahkan Kehidupan Pesakit Parkinson

Terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang dapat membantu pesakit Parkinson meneruskan hari-hari mereka. Diantaranya ialah:

1. Pemakanan Berkhasiat.

Sesetengah makanan boleh membantu meringankan gejala yang dialami pesakit. Contohnya, mengambil makanan yang tinggi serat dan meminum jumlah air yang mencukupi boleh membantu mencegah sembelit yang biasa dialami pesakit Parkinson.

Diet yang mengandungi nutrien seperti omega-3 asid lemak, juga boleh memberi manfaat kepada pesakit Parkinson.

2. Senaman

Bersenam membantu menguatkan kekuatan otot, fleksibiliti dan keseimbangan pesakit. Selain itu, senaman juga mampu mengurangkan kemurungan dan keresahan pesakit Parkinson.







3. Mengelakkan diri dari terjatuh.

Pada peringkat akhir penyakit ini, pesakit boleh jatuh dengan lebih mudah. Walaupun terdapat halangan kecil (jalan yang tidak rata), pesakit mendapati begitu sukar untuk mengimbangi badan. Cadangan berikut mungkin boleh membantu:

* Elakkan membawa barang semasa berjalan.


Rawatan Alternatif 

Urutan.
Urutan membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu pesakit berasa lebih rileks.

Tai Chi.
Senaman ini dikatakan membantu meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan fleksibiliti pesakit. Beberapa langkah pada senaman ini adalah sesuai untuk semua peringkat usia atau keadaan fizikal seseorang.

Bagaimana Supplemen Membantu Pesakit Parkinson.

Ostematrix.
- Membantu transmisi(pergerakan) impuls saraf.

B.complex.
- Sebagai anti stress/kemurungan.

Omega Guard.
-Meningkatkan keupayaan ingatan pesakit Parkinson yang merosot.

Lecithin.
- Kolina pada lecithin membentuk penghantar pada saraf kranial untuk fungsi otak.

Vita E.
-Menghalang kerosakkan akibat radikal bebas.

- Sirap yang tinggi antioksidan ini bertindak memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA.


Walaupun hingga sekarang penyakit ini tidak boleh diubati, namun ubat-ubatan/supplemen seperti yang telah dinyatakan boleh membantu mengawal gejala-gejala pesakit Parkinson. Sekiranya gejala Parkinson dapat dikawal, secara tidak langsung tahap kesakitan juga boleh berkurangan.

Sebelum Zura akhiri artikel ini, Zura nak kogsikan testimoni seorang pesakit Parkinson dengan VIVIX.

 


Sekiranya artikel ini bermanfaat kepada anda atau mungkin kepada rakan-rakan anda, silakan share artikel ini kepada mereka.


Jika anda nak dapatkan supplemen untuk Parkinson, hubungi Zura segera, InshaAllah Zura sedia membantu anda.










Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment