Wakil Pengedar Shaklee Di Kuching Dan Petra Jaya

Assalamu'alaikum. Salam Sejahtera. Hye!! Saya Arfazieda Anuar, pengedar Shaklee (ID :: 1179111). Saya seorang pelajar UNIMAS & dalam masa yang sama bekerja di Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa. Saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah kulit.                                                                                    
Ketika saya di bangku sekolah dulu, saya sudah mula berjinak-jinak dengan penggunaan pencuci muka & krim. Pada waktu itu, saya kurang pengetahuan mengenai penjagaan kulit. Boleh dikatakan TERTIPU dengan janji-janji iklan, saya seringkali bertukar produk kerana inginkan efek yang cepat. 

Akibatnya, setelah beberapa tahun, sehinggalah saya melanjutkan pengajian di Universiti, saya mula perasan pertukaran kulit saya. Kulit saya seperti KUSAM, CEPAT BERMINYAK & PORI-PORI MEMBESAR. Tanyalah produk apa yang saya tidak guna di pasaran tu, semuanya sudah ada dalam poket saya.

Sehinggalah tahun 2014, saya ditakdirkan berjumpa dengan seorang kawan yang menjual & menggunakan produk Shaklee. Mula-mula saya tidak percaya & saya sememangnya tidak pernah tahu tentang supplemen sebelum ini. Tiba-tiba suatu hari, hati saya tergerak untuk mencuba. Saya surf internet untuk ambil tahu sedikit tentang Shaklee. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pengajian Bioteknologi, apa yang menarik perhatian saya ialah ayat ini "100 Years of Innovation". Maka, saya mula korek-korek sehinggalah saya terjumpa sejarah Shaklee & itu membuatkan saya rasa Shaklee bukan calang-calang produk.

Saya pun bagitau kat kawan tu yang saya nak produk untuk kulit saya. Dia pun bagi cadangan kat saya untuk ambil vitamin apa. Masa tu saya ambil ESP, Zinc Complex, Vita B Complex, Vita C dan kemudiannya saya ambil Vita E. Selepas dalam 3-4 minggu, saya nampak perbezaan kulit saya. Kulit saya nampak tersusun rapi, minyak berkurang, hingga sekarang ni, tak guna makeup pun kulit tak nampak kusam. Pada masa saya nampak perubahan tu, saya betul-betul bersyukur sebab saya jumpa dengan Shaklee. 



Kemudian, saya tiba-tiba rasa semangat untuk sharing tentang Shaklee dengan mereka di luar sana. Saya nak bagitau, nak cantik, nak sihat, kena buat macam ni:- 

- Ambil supplemen berasaskan semulajadi kerana ia membantu memperbaiki sel-sel kita dari dalam. Penggunaan produk luaran sahaja tidak efektif dalam membaiki sel 

- Produk untuk luaran hendaklah berasaskan semulajadi, sesuai & tidak merosakkan kulit. Produk mahal tidak menjamin kecantikan kulit, tetapi carilah produk yang semulajadi dan sesuai untuk anda.

- Rajin bersihkan kulit. Ambil masa untuk manjakan kulit & tubuh anda. 

- Jaga pemakanan & amalkan gaya hidup sihat.  

Semua yang saya tulis di atas, saya mula tahu setelah saya bersama Shaklee. Disebabkan itulah saya mula berminat untuk berbisnes Shaklee atas sebab ada keinginan untuk berkongsi bersama, untuk selamatkan mereka yang terjebak seperti saya suatu masa dahulu. 

 Kini, saya seorang pengedar Shaklee dan ingin mencari anak didik untuk sama-sama berkongsi kisah Shaklee kami bersama anda.  Terima Kasih. 



Arfazieda Anuar

 COD AREA : Kuching-Petra Jaya

COD AREA wakil saya di Kuala Lumpur :  Bangsar - Pantai Dalam -Brickfields - KL Sentral -Mid Valley - Jalan Klang Lama - Taman Desa - Kuchai Lama

HP: 019-868 0602

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment