Tips Memaksimumkan Keuntungan Di Dalam Perniagaan Agar Ia Dapat Dikembangkan

Memaksimumkan keuntungan Dalam perniagaan

Dalam bidang perniagaan, seboleh mungkin semua usahawan inginkan keuntungan. Dengan ilmu perniagaan yang mantap, pastinya keuntungan maksima dapat diperolehi.

Dalam bisnes Shaklee, semakin banyak perkongsian tentang manfaat produk kepada prospek, semakin besar peluang untuk menjana pendapatan melalui jualan yang dihasilkan.



Selain dari untung retail, antara manfaat lain yang pengedar berkelayakkan berpeluang untuk dapat ialah bonus daripada Shaklee, car subsidy programme, trip melancong percuma dan leadership bonus atau bonus kepimpinan.

Di dalam mana-mana bisnes sekalipun, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Sebab itulah digalakkan mengasingkan akaun peribadi dengan akaun bisnes. Supaya kita tidak pecah amanah dengan menggunakan wang bisnes untuk kepentingan peribadi.

Untuk memaksimakan keuntungan pula, kita bolehla menggunakan pelbagai platform sedia ada seperti youtube, IG, FB, telegram, whatsapp ataupun berkongsi secara offline mengenai produk yang dijual.

Yang paling penting, untuk peringatan diri Zura sendiri, anak-anak didik Zura dan semua rakan-rakan bisnes, jika nak untung yang banyak dalam bisnes, jangan sampai menzalimi diri sendiri dan orang lain. Bersaing secara sihat. Itulah yang terbaik.

Di dalam rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain. Infakkan atau keluarkan zakat sebahagian daripada hasil keuntungan tersebut.

InshaAllah Allah pasti menggandakan rezeki yang telah dikeluarkan pada jalanNya.


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

4 comments: