Awasi Simptom Radang Usus (Ulcerative Colitis) Antara Punca Kanser Kolon


Ulcerative colitis adalah penyakit keradangan usus (IBD) yang mengakibatkan keradangan yang berpanjangan dan ulser (luka) di dalam saluran pencernaan pesakit yang mengalaminya. Ia mendatangkan kesan kepada bahagian yang paling dalam pada usus besar (kolon) dan rektum. Penyakit ini biasanya mengambil masa yang lama untuk berkembang dan bukannya berlaku secara tiba-tiba.

Ulcerative colitis boleh menyebabkan pesakit menjadi lemah dan kadang-kadang mendatangkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Penyakit ini dikatakan berpunca daripada kerosakan sistem imun pesakit (auto-immune). Apabila sistem imun pesakit cuba untuk melawan virus atau bakteria yang menyerang, tindak balas imun yang tidak normal menyebabkan sistem imun tersebut menyerang sel-sel dalam saluran pencernaan juga.




Simptom ulcerative colitis.

Simptom ulcerative colitis berbeza di antara pesakit bergantung kepada sejauh mana teruk/serius radang yang berlaku dan di kawasan mana ianya berlaku. Doktor biasanya mengklasifikasikan ulcerative colitis berdasarkan lokasi ulser pesakit.

Anda mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut bergantung kepada bahagian kolon yang mengalami radang.

Jom periksa apakah tanda yang biasa dialami oleh penghidap ulcerative colitis.

Cirit-birit disertai dengan darah atau nanah. 

Sakit perut dan kekejangan.

Sakit rektum.

Pendarahan rektum - najis disertai sedikit darah. 

Keinginan membuang membuang air besar dengan segera. Walaupun keinginan membuang air besar pada kadar segera, pesakit mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

Berat badan menyusut (walaupun tidak berdiet).

Keletihan.

Demam.

Penyakit ini juga boleh menyebabkan masalah lain seperti sakit sendi, masalah mata, atau penyakit hati.

Golongan Berisiko.

Umur.
Penyakit ulcerative colitis boleh berlaku pada sebarang usia terhadap lelaki atau wanita. Terdapat pesakit yang menghidapnya sebelum berumur 30 tahun dan sesetengah orang mungkin tidak mendapat penyakit tersebut sehingga selepas usia 60 tahun.

Bangsa atau etnik
Walaupun golongan berkulit putih mempunyai risiko paling tinggi penyakit ini, ia juga boleh berlaku kepada mana-mana kaum. 

Sejarah keluarga
Anda berisiko lebih tinggi jika mempunyai saudara terdekat, seperti ibu bapa, adik-beradik atau anak yang menghidap penyakit ini.

Penggunaan Isotretinoin.
Isotretinoin (Amnesteem, Claravis, Sotret dahulunya Accutane) adalah ubat yang kadang-kadang digunakan untuk merawat parut jerawat atau jerawat. Beberapa kajian menunjukkan ia adalah satu faktor risiko untuk mendapat ulcerative colitis. 

Komplikasi ulcerative colitis termasuklah;

Perdarahan yang teruk.
Usus berlubang
Dehidrasi yang teruk
Penyakit hati (jarang berlaku)
Tulang rapuh (osteoporosis)
Radang kulit, sendi dan mata, dan luka dalam lapisan mulut anda
Peningkatan risiko kanser kolon
Kolon membengkak (megacolon toksik)
Risiko darah dalam urat dan arteri membeku.

Rawatan Dan Ubat  

Doktor anda mungkin mencadangkan beberapa jenis ubat-ubatan untuk mengawal keradangan dalam usus anda, termasuk ubat sulfa, kortikosteroid, imunosupresif, dan antibiotik. Asid 5-aminosalicylic (5-ASA) (balsalazide, mesalamine dan sulfasalazine) adalah ubat utama yang digunakan untuk merawat ulser kolitis. Ubat ini bertindak dengan mengurangkan keradangan pada usus.

Kortikosteroid seperti prednisolone adalah ubat yang digunakan jika ubat aminosalicylic tidak berkesan untuk pesakit. Ubat ini tidak digalakkan diambil untuk tempoh masa yang lama kerana ianya mempunyai kesan sampingan dan komplikasi jangka panjang seperti osteoporosis, katarak.

Kesan jangka pendek pengambilan ubat ini pula adalah seperti jerawat, berat badan meningkat, selera makan bertambah, perubahan emosi dan insomnia.

Immunosuppressants. Jika kortikosteroid atau dadah 5-ASA tidak membantu, doktor anda boleh menetapkan jenis-jenis ubat-ubatan, seperti 6-mercaptopurine (6-MP), azathioprine (imuran), cyclosporine, dan tacrolimus (Prograf).

Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan aktiviti sistem imun. Immunosuppressants boleh menjadi sangat berkesan dalam merawat ulser kolitis, tetapi ianya mengambil sedikit masa untuk mula menampakkan kesannya (biasanya antara dua hingga tiga bulan). Ubat-ubatan ini boleh membuat anda lebih terdedah kepada jangkitan. Laporkan sebarang tanda-tanda jangkitan seperti demam atau sakit kepada doktor anda dengan segera jika gejala tersebut datang.

Ianya juga boleh menjejaskan pengeluaran sel-sel darah merah dan menyebabkan anda terdedah kepada anemia. Ujian darah berkala perlu dilakukan untuk memantau tahap sel darah anda dan memeriksa masalah lain.

Jika anda mengalami cirit-birit yang teruk dan pendarahan, anda mungkin perlu pergi hospital untuk mencegah atau merawat dehidrasi, mengurangkan gejala-gejala anda, dan pastikan anda mengamalkan pemakanan yang betul.

Bagaimana supplemen membantu anda mengurangkan gejala ulcerative colitis.

VIVIX.

Supplemen yang tinggi antioksidan ini bertindak ke atas sel manusia melalui:-

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah.
Cell Repair : memperbaiki sel yang telah rosak.
Cell Performance : meningkatkan prestasi sel.

Jom lihat testimoni pesakit ulcerative colitis dengan VIVIX.




Jika anda juga ingin mendapat manfaat seperti pesakit pada testimoni di atas, dapatkan VIVIX anda sekarang juga. Hubungi Zura sekarang kerana Zura sedia membantu anda.

Anda juga boleh membuat tempahan dengan klik butang order dibawah.








Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

4 comments: