Kenali Gejala Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)


Baru-baru ni seorang ibu menghubungi Zura untuk mendapatkan supplemen untuk anaknya yang menghidap Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP). Sebelum Zura bercerita lebih lanjut mengenai supplemen untuk pesakit Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP), izinkan Zura menerangkan kepada anda yang sedang membaca artikel ini mengenai penyakit ini terlebih dahulu. Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP) adalah sejenis gangguan perdarahan di mana platelet yang perlu untuk darah membeku dengan normal dimusnahkan oleh sistem imun penghidapnya.



ITP adalah penyakit autoimun, salah satu gangguan di mana sistem imun tersilap menyerang badan. Dalam kes ini, sasaran sistem imun tersebut ialah platelet darah, sel-sel yang membantu menghentikan perdarahan. Perkataan "thrombocytopenia" ertinya penurunan jumlah platelet; "Purpura" merujuk kepada kawasan ungu pada kulit dan di dalam mulut di mana pendarahan telah berlaku akibat daripada kekurangan platelet; "Idiopathic" menandakan bahawa puncanya tidak diketahui walaupun beberapa kes adalah disebabkan oleh jangkitan, kehamilan atau gangguan imun yang lain seperti systemic lupus erythematosus (SLE).


Apabila platelet dalam darah dimusnahkan, maka pesakit mempunyai platelet dalam darah yang terlalu sedikit. Hal ini menyebabkan pesakit mudah mengalami lebam atau perdarahan. Penyakit ITP ini juga dikenali sebagai immune thrombocytopenic purpura atau immune thrombocytopenic. Immune thrombocytopenic purpura boleh menjejaskan kanak-kanak dan orang dewasa. 

Simptom ITP
Ianya tidak mempunyai tanda atau gejala. Apabila penyakit ini berlaku, anda biasanya mendapati bahawa:

Mudah mengalami lebam atau lebam berlebihan (purpura).

Perdarahan yang kelihatan seperti ruam berbintik yang berwarna merah keungguan yang biasanya didapati pada bahagian kaki.

Perdarahan gusi atau hidung.

Air kencing atau najis berdarah.

Didatangi haid yang sangat banyak.



Punca ITP

Pada sesetengah pesakit, thrombocytopenia  berlaku disebabkan sistem imun yang tersilap memusnahkan dan menyerang platelet. Jika punca tindak balas imun ini tidak diketahui, keadaan ini dipanggil Idiopathic thrombocytopenic purpura. Idiopathic bermaksud "sebab yang tidak diketahui."


Kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap ITP, gangguan diikuti jangkitan virus seperti beguk atau flu. Jangkitan tersebut berkemungkinan merupakan pencetus kepada kecelaruan pada sistem imun.

Bagaimana Platelet Berkurang.

Antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun pesakit melekatkan diri kepada platelet, menandakan platelet untuk dimusnahkan. Limpa yang membantu badan pesakit menentang jangkitan, mengecam antibodi tersebut dan memusnahkan platelet daripada sistem badan.  Akibat daripada kesilapan identiti ini ialah ianya mengurangkan jumlah platelet dari paras normal.

Jumlah paltelet normal adalah diantara 150, 000 dan 450, 000 platelet per microliter daripada peredaran darah. Penghidap ITP pula mempunyai paras platelet di bawah 20, 000. Jauh sangat perbezaanya kan? 

Disebabkan platelet ni berfungsi untuk membantu pembekuan darah, jumlah yang berkurangan ini boleh menyebabkan pesakit mengalami perdarahan dalaman. Jika jumlah platelet berkurangan sehingga di bawah 10, 000 per microliter, perdarahan dalaman boleh terjadi walaupun pesakit tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko

ITP boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada hampir semua peringkat umur. Namun, faktor-fktor berikut meningkatkan lagi risiko.

Jantina.
Wanita dikatakan 2 ke 3 kali lebih berirsiko untuk menghidap ITP berbanding lelaki.

Jangkitan Kuman.
Kebanyakkan kanak-kanak didapati menghidap ITP setelah dijangkiti penyakit akibat virus seperti beguk, campak atau jangkitan pernafasan.

Komplikasi

Komplikasi ITP yang jarang berlaku ialah perdarahan pada otak yang boleh meragut nyawa.

Ujian Untuk Mendiagnos ITP

Untuk mendiagnos seseorang itu menghidap ITP atau sebaliknya, doktor akan mengecualikan sebab-sebab lain punca perdarahan dan jumlah platelet yang berkurangan seperti penyakit lain yang dihidapi atau ubatan yang diambil anda atau anak anda. 

Doktor akan bertanya sejarah perubatan anda atau anak anda, menjalankan ujian fizikal dan satu atau beberapa ujian seperti:

Ujian kiraan darah lengkap (complete blood count - CBC). 
Ujian darah biasa digunakan untuk menentukan bilangan sel-sel darah, termasuk platelet, dalam sampel darah. Dengan ITP, bilangan sel darah putih dan merah biasanya normal, tetapi kiraan platelet yang rendah.

Blood smear
Ujian ini sering dijalankan untuk mengesahkan bilangan platelet yang terdapat dalam kiraan darah lengkap. Satu sampel darah diletakkan pada slaid dan diperhatikan di bawah mikroskop.

Ujian sumsum tulang 
Ujian ini boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti punca mengapa kiraan platelet menjadi rendah.

Penghidap ITP pada tahap serius perlu menjalani pemantauan dan pemeriksaan platelet secara berkala.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah seperti ubat-ubatan untuk meningkatkan jumlah platelet atau pembedahan untuk membuang limpa anda (splenectomy). Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko dan manfaat rawatan pilihan anda. Sesetengah pesakit ITP mendapati bahawa kesan-kesan sampingan rawatan adalah lebih membebankan berbanding penyakit itu sendiri.


Rawatan Dan Ubat-ubatan

Doktor anda akan berbincang dengan anda mengenai ubat-ubatan atau makanan tambahan yang anda ambil dan sama ada anda perlu berhenti menggunakan apa-apa yang mungkin menghalang fungsi platelet. Contohnya seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain), ginkgo biloba dan warfarin (Coumadin).

Doktor anda akan mempreskripsi satu atau lebih daripada ubat-ubatan berikut untuk merawat ITP:

Ubat kortikosteroid oral
Ubat kortikosteroid oral, seperti prednisone yang membantu meningkatkan kiraan platelet anda dengan mengurangkan aktiviti sistem imun anda akan diberikan. Sebaik sahaja kiraan platelet anda kembali ke tahap yang selamat, anda boleh berhenti mengambil ubat tersebut secara beransur-ansur di bawah arahan doktor anda.

Masalah yang timbul ialah, kebanyakan orang dewasa akan mengalami masalah berulang selepas menghentikan pengambilan kortikosteroid. Ubat kortikosteroid akan dipreskripsi semula, tetapi penggunaan jangka panjang ubat-ubatan ini adalah tidak digalakkan kerana risiko kesan sampingan yang serius. Ini termasuklah masalah katarak, gula dalam darah yang tinggi, terdedah kepada risiko jangkitan (system imun menjadi lemah) dan osteoporosis.

Suntikan untuk meningkatkan jumlah darah anda. 
Jika kortikosteroid tidak membantu, doktor anda akan memberi suntikan globulin imun (IVIG). Ubat ini juga boleh digunakan jika anda mempunyai perdarahan kritikal atau perlu meningkatkan jumlah darah anda segera sebelum pembedahan dijalankan. Kesannya biasanya berkurang dalam beberapa minggu. Kesan sampingan yang mungkin timbul adalah seperti sakit kepala, muntah-muntah dan tekanan darah rendah.

Ubat-ubatan yang meningkatkan pengeluaran platelet. 
Thrombopoietin agonis reseptor - seperti romiplostim (Nplate) dan eltrombopag (Promacta) - membantu sum-sum tulang menghasilkan lebih platelet. Kesan sampingan yang mungkin termasuk sakit kepala, pening, loya atau muntah-muntah, dan peningkatan risiko pembekuan darah.

Ubat Rituximab (Rituxan) membantu mengurangkan tindak balas sistem imun yang merosakkan platelet, sekali gus meningkatkan bilangan platelet. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah tekanan darah rendah, demam, sakit tekak dan ruam.


Supplemen Yang Membantu Mengurangkan Gejala ITP.

Membaiki dan melindungi DNA dari serangan radikal bebas yang merupakan antara punca kepada segala penyakit.

Penting untuk membatu mengurangkan gejala perdarahan dan mempercepatkan perdarahan berhenti.

Omega 3 asid lemak membantu menguatkan sistem imun dan membantu sumsum tulang untuk mewujudkan lebih banyak platelet. 

Vitamin D adalah nutrien yang diperlukan untuk kesihatan saraf, otot, tulang, dan sistem imun. Menurut satu kajian di Jepun, vitamin D memainkan peranan penting dalam fungsi sel-sel stem hematopoietik, sel-sel di dalam sumsum tulang yang menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih, dan platelet.


Bukan senang menanggung kerisauan bila anak anda atau anda sendiri diuji dengan penyakit ITP ni. Namun, selagi ada peluang untuk berikhtiar mendapatkan kesihatan yang baik, usah berhenti berusaha.

Sebelum mengundur diri, Zura sertakan testimoni seorang penghidap ITP yang telah berikhtiar dengan supplemen semulajadi Shaklee. Nah, anak anda atau anda juga boleh melakukan ikhtiar yang sama.



Terus whatsapp Zura untuk tempahan set supplemen untuk ITP
http://www.wasap.my/60168004628
http://www.wasap.my/60168004628
http://www.wasap.my/60168004628









Salam Hormat


Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment