Tips Bagaimana Menangani Masalah Scoliosis Atau Tulang Melengkung


Scoliosis ialah keadaan di mana sisi tulang belakang penghidapnya didapati sedikit melengkung atau membengkok. Jika diperhatikan, bahu atau pinggul penghidap scoliosis kelihatan tidak sekata semasa mereka berdiri. Tulang penghidapnya kelihatan seperti huruf C atau huruf S. Kanak-kanak perempuan dikatakan lebih berisiko mengalami scoliosis berbanding kanak-kanak lelaki. 

Beza tulang normal berbanding penghidap scoliosis

Terdapat dua jenis scoliosis iaitu scoliosis bukan struktur dan berstruktur.

Scoliosis bukan struktur 
scoliosis bukan struktur melibatkan lengkung di tulang belakang yang boleh diubah kerana ianya disebabkan oleh keadaan seperti:

Kesakitan atau kekejangan otot.
Perbezaan panjang kaki.

Scoliosis berstruktur
scoliosis berstruktur melibatkan lengkung di tulang belakang yang tidak boleh diubah. Ia biasanya disebabkan oleh faktor yang tidak diketahui (idiopathic) atau penyakit atau keadaan seperti:

* Gangguan yang hadir ketika lahir (kongenital), seperti spina bifida iaitu di mana saluran tulang belakang tidak menutup dengan betul; atau gangguan yang mempengaruhi pembentukan tulang. Lengkung ini boleh menjadi lebih sukar untuk dibetulkan dan menjadi lebih buruk seiring dengan perkembangan tumbesaran kanak-kanak terutamanya dalam tahun-tahun remaja.

*Gangguan saraf atau otot, seperti cerebral palsy, sindrom Marfan, atau distrofi otot.

*Kecederaan.

*Jangkitan.

*Tumor.

Jenis yang paling biasa terjadi kepada kanak-kanak ialah scoliosis idiopathic. Scoliosis degeneratif pula biasa terjadi di kalangan orang dewasa. Kebanyakan kes scoliosis idiopathic jarang menyebabkan kesakitan dan lengkungan adalah kecil. 


Tanda-tanda dan gejala scoliosis termasuklah:

*Bahu tidak sekata.

*Pinggang tidak sekata.

*Satu pinggul kelihatan agak tinggi.

*Jika lengkung scoliosis agak teruk, tulang belakang kelihatan seperti melengkung ke sisi.

Punca Scoliosis

Punca utama scoliosis masih tidak diketahui walaupun ianya juga melibatkan faktor keturunan, kerana masalah ini cenderung berlaku dalam keluarga yang mempunyai sejarah mengalami scoliosis 

Beberapa sebab juga dikenalpasti seperti: 

Keadaan saraf, seperti cerebral palsy atau distrofi otot.

Kecacatan kelahiran yang mempengaruhi perkembangan tulang belakang.

Kecederaan atau jangkitan tulang belakang

Faktor-faktor risiko 

Umur.
Tanda-tanda dan gejala-gejala biasanya bermula sebelum baligh.

Jantina
Kanak-kanak perempuan mempunyai risiko yang lebih tinggi lengkungan tulang semakin teruk dan memerlukan rawatan.

Sejarah keluarga
Merupakan salah satu factor. Namun, terdapat juga kanak-kanak menghidap scoliosis yang tidak mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit ini.

Komplikasi Akibat Scoliosis

Walaupun kebanyakan penghidap scoliosis kadangkalanya tidak begitu serius penyakit mereka, adakala scoliosis juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi seperti:

Kerosakkan paru-paru dan masalah jantung. 
Untuk masalah scoliosis yang serius, tulang rusuk menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan jantung sukar untuk mengepam.

Sakit di bahagian belakang
Orang dewasa yang menghidap scoliosis sejak kanak-kanak lebih cenderung mempunyai sakit belakang yang kronik.

Perubahan penampilan
Apabila scoliosis menjadi lebih serius, ianya boleh menyebabkan perubahan yang lebih ketara seperti bahu tidak sekata, rusuk agak menonjol, pinggang tidak sekata.

Rawatan scoliosis.
Kanak-kanak yang menghidap skoliosis ringan perlu menjalani pemeriksaan setiap empat hingga enam bulan untuk melihat jika terdapat perubahan pada lengkungan tulang mereka.

Keputusan untuk memulakan rawatan adalah bergantung kepada perkembangan scoliosis seseorang individu. Faktor yang dipertimbangkan termasuklah:

> Jantina
Kanak-kanak perempuan mempunyai risiko perkembangan scoliosis yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki.

> Tahap lengkungan tulang.

> Lengkungan yang lebih besar cenderung menjadi lebih serius lama kelamaan.

> Corak lengkung. 
Lengkungan berbentuk S cenderung menjadi lebih teruk berbanding melakukan lengkungan berbentuk C.

> Lokasi lengkung. 
Lengkungan yang terletak di bahagian pusat (toraks) tulang belakang menjadi lebih serius berbanding di bahagian atas atau bawah tulang belakang.

> Tahap kematangan pesakit
Jika tulang kanak-kanak telah berhenti berkembang, risiko perkembangan lengkung adalah rendah. Bagi kanak-kanak yang tulang mereka masih berkembang, penggunaan pendakap boleh memberi sokongan kepada tulang mereka.

Pendakap
Menggunakan pendakap tidak merawat scoliosis atau menghalang tulang daripada melengkung, tetapi ianya bertujuan untuk menghalang perkembangan lengkungan tulang. Kesannya dapat dilihat apabila pesakit menggunakan pendakap pada masa yang lama setiap hari. Penggunaan pendakap ini akan dihentikan setelah tulang kanak-kanak berhenti berkembang.


Pendakap 


Pembedahan.
Untuk kes scoliosis yang serius, doktor akan mencadangkan pembedahan dilakukan untuk menghalang lengkungan tulang menjadi semakin kompleks dan semakin teruk. Jenis pembedahan scolisis yang biasa dilakukan ialah spinal fusion.

Komplikasi yang dialami selepas pembedahan termasuklah perdarahan, jangkitan kuman atau kerosakan saraf. 

Bagaimana Supplemen Membantu Mengurangkan Penderitaan Scoliosis

Nutrisi yang baik boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat scoliosis. Jom kita lihat apakah supplemen yang membantu mengurangkan penderitaan penghidap soliosis dan bagaima ianya berfungsi.

1.  VIVIX.
Sebatian anthocyanin di dalam European Elderberry pada VIVIX membantu mengurangkan kesan radang serta mengurangkan simptom seperti sakit otot. Ia juga memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular seperti serangan penyakit jantung yang merupakan antara komplikasi penghidap scoliosis.

2.  Kolagen.
Sebagaimana tulang perlukan kalsium, kolagen juga sangat penting untuk tulang. Mungkin anda terkejut jika Zura katakan bahawa tulang kita sebenarnya dihasilkan daripada kolagen. Kolagen yang merupakan sumber protein membentuk matriks lembut tulang. 

Kalsium pula bergabung dengan kolagen untuk menguatkan tulang. Kombinasi kolagen dan kalsium inila yang menjadikan tulang sangat fleksible supaya ianya mampu menahan tekanan.

Menguatkan tulang. Kajian mendapati penghidap scoliosis mempunyai ketumpatan tulang yang rendah. Vitamin D di dalam ostematrix meningkatkan penyerapan kalsium dan fosfurus untuk meninggikan ketumpatan tulang serta menguatkan kerangka tulang.


Berikut merupakan testimoni seorang penghidap scoliosis yang telah mendapat manfaat asbab mengamalkan set supplemen untuk scoliosis.


Bukan mudah jika anak anda mengalami scolisis ini. Sokongan ahli keluarga dan rakan sebaya sangat penting untuk meningkatkan keyakinan mereka. Anda boleh mengembalikan semula keceriaan anak anda dengan mengamalkan supplemen seperti yang dicadangkan. 

Dapatkan set scoliosis untuk anak anda pada hari ini juga.

Bukankah sesuatu yang menyeronokkan jika anak anda bebas melakukan aktiviti yang mereka sukai tanpa perlu membataskan pergerakan mereka?






Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 











































































Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

1 comment:

  1. Alhamdulillah, kita usahakan yang terbaik untuk kesihatan kita

    ReplyDelete