7 Sebab Mengapa Trip Antarabangsa Shaklee Sangat Terbaik Kepada Pengedarnya


Baru-baru ni, Shaklee telah membawa pengedar-pengedar yang skor tiket trip Shaklee ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Bila melihat gambar keseronokkan mereka yang ke sana, alahai jelesnya hehhe.. Rasa berada bersama mereka kat sana pun iya juga bila lihat video live di FB mereka tu.

Okay, apa yang best sangat trip melancong bersama Shaklee ni? Jom baca sendiri pengalaman mereka ni. Lepas ni korang pasti setuju mengapa trip antarabangsa Shaklee sangat terbaik kepada pengedarnya.




1. Bukan acah-acah nak reward pengedarnya.

Insentif trip Shaklee ni, kalau bukan 5 star, memang tak sah! Penginapan di hotel hinggalah ke makanan, semuanya yang the BEST Shaklee bagi.

Antara hotel yang mereka duduk semasa di sana ialah Imperial Hotel Tokyo yang merupakan hotel mewah dan tertua di Jepun. Kalau korang nak tau, hotel ni biasanya tempat artis atau delegasi diplomatik kehormat duduk. 

Begitu hotnya hotel ni hinggakan ianya perlu ditempah 6 bulan lebih awal. Harga untuk satu malam penginapan ialah lebih kurang RM2000

Masuk bab makanan pula, katanya mereka ni asyik makan je. Hinggakan tak sempat nak lapar pun! Jika perjalanan ke satu-satu tempat agak lama, Shaklee akan sediakan snek.

Selain itu, antara dinner yang dihidangkan ialah fine-dining Japan ataupun Kaiseki Dinner yang merupakan hidangan paling top di restoran tradisional Jepun.

Satu kepala lebih kurang ¥15,000 hingga ¥40,000 iaitu kira-kira RM575 hingga RM1,535 seorang.

Beberapa kali juga mereka dihidangkan fine-dining ni.

Desert mereka macam mana? Adoiii…part ni paling malas nak cerita. Bukannya apa, terbakor sangat dah Zura ni heheh… Tapi tak nak terbakor sorang-sorang, nak ajak korang join sekali boleh dak?

Salah satu desert yang dijamu kat mereka ni ditabur emas. Apa? Tak caya? Eh betul la…Emas tulen lagi tu.. Alahaiii…

Jom la lihat macam mana rupanya desert yang ditabur emas nih.



Butir-butir halus itula taburan emas


2. Setiap hari dipenuhi dengan aktiviti.

Setiap hari mereka ni ada je aktiviti yang dibuat. Hari pertama sampai ke Jepun, terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Bermalam pula di Gero iaitu tempat Onsen paling best di Jepun.

Hari kedua:- 
Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu dibawa pula ke sebuah perkampungan Jepun iaitu Shirakawa-Go yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site.

Hari ketiga:-
Mereka dibawa ke satu-satunya Snow Wall yang ada kat dunia ni iaitu Tateyama Kurobe Alpine Route.

Hari keempat:-
Pergi ke ladang strawberry berdekatan Yamanashi: Ishihara Nojo. Katanya Shaklee minta ladang strawberry di sana untuk tanam khas strawberry tu kerana musim buah strawberry dah habis pada masa tu. Fuhh..sampai begitu sekali Shaklee ni kan?

Makan tengahari di restoran Ninja, check in hotel, malam tu pula mereka ada dinner istimewa bersama Dr Yasuhiko Kojima yang merupakan immunologist pertama yang menemui tentang Interferon.




Hari kelima
Dibawa pergi menikmati pemandangan bandar Tokyo. Lepas tu pergi pula ke pejabat Shaklee Jepun. Lepas lunch, pergi Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

Hari keenam
Jogging ringan di Hidiya Park berdepan Imperial Hotel Tokyo. 

Hari ketujuh
Seharian pergi ke Disneyland.

Hari kelapan
Check out hotel dan balik ke Malaysia.

Fuh penat jugak menaip aktiviti mereka dicampur perasaan teruja membaca pengalaman mereka ni. Yang pastinya trip bersama Shaklee memang terbaik dan tidak sama seperti MLM lain.


3. Tidak sekadar cop passport sahaja.

Kalau korang baca aktiviti dari hari pertama mereka sampai ke Jepun hingga hari ke 8, sahla trip bersama Shaklee bukan sekadar bagi tiket pulang balik dan check in hotel, lepas ikut suka nak buat apa…

Kita yang membaca ni je pun dah boleh rasa macam mana terisinya masa bila join trip bersama Shaklee ni.

4. Boleh bawa Anak-anak, Ibu/Bapa & Mertua

Shaklee membenarkan pengedar yang memenuhi syarat kelayakkan membawa bersama ahli keluarga bersama di dalam trip mereka. Kalau MLM lain, paling tidak pun cuma boleh bawa pasangan sahaja.

Eh ada ke pengedar yang bawa anak-anak, ibu/bapa & mertua? Kalau korang nak tahu, #iReachfounder bawa anak-anak, ibu/bapa & mertua bersama dalam trip ni.

Begitu family friendly nya Shaklee ni kerana bisnes ini bukan hanya sekadar aktiviti jual beli, tapi ianya juga tentang membina legasi.





5. Menghormati keperluan pengedar Muslim.

Shaklee sangat menjaga sensitiviti dan keperluan pengedar Muslim yang mengikuti trip mereka. Bukan saja disediakan makanan halal, ruang solat khas turut disediakan di tempat lawatan.

Selain itu, jadual waktu solat di setiap lokasi lawatan juga turut disediakan. Begitu sekali mereka jaga supaya setiap pengedar Muslim tidak tertinggal solat.

6. Mendidik Pengedar Menjadi Pengembara, Bukan Pelancong Biasa

“Be a traveller not a tourist”. Kata-kata yang selalu ditekankan oleh mentor kami. Malah Presiden Shaklee Malaysia pun menekankan perkara ni.

Di dalam trip ke Jepun ni, pengedar berpeluang merasai sendiri makanan tradisional tempatan. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi pakaian tradisional masyarakat Jepun juga iaitu Yukata.

Pakaian tersebut bukan hanya untuk sesi ambik gambar sahaja, malah mereka berjalan-jalan di old town Takayama & ke Shirakawa-Go dengan Yukata.

7. Peluang Mengikuti Trip Untuk Semua Pengedar.

Trip Shaklee bukan untuk pengedar pada rank tertentu sahaja seperti MLM lain. Peluang adalah sama rata kepada semua pengedar yang skor kelayakkan untuk mengikuti trip tersebut. 

Takde istilah upline boleh dapat lebih banyak tiket daripada downlines. Kalau downline lebih skor berbanding upline, sudah tentu downline tersebut akan dapat lagi banyak tiket berbanding uplinenya. Adil kan?

Okla dah cukup 7 sebab mengapa trip antarabangsa shaklee sangat terbaik berbanding MLM lain. Kalau anda juga berminat nak rebut peluang menyertai trip bersama Shaklee, jom sertai kami sekarang.

Kita sama-sama be a traveller :) 


Sumber: iReach



Salam Hormat






Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB 

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment