Buah Pinggang Rosak? Apakah Punca Dan Ketahui Tip Atasi Kegagalan Buah Pinggang


Buah pinggang rosak biasanya berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala sehinggalah ianya mencapai tahap yang teruk. Sebenarnya, perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak sangat selalu kita lakukan tanpa kita sedari. Eh...bagaimana pula tu? Jom ketahui apakah perkara yang boleh menyebabkan buah pinggang menjadi rosak.





1. Penggunaan bahan perasa berlebihan dalam masakan

Sebagai contoh, dalam masakan kita, mesti nak ada rasa yang umphhh. Kalau tawar, kurang manis atau masin, memang tekak tak lalu nak menelan. Tak pun ahli keluarga komplen masakan kita tak sedap. Huhuhu... 

Hakikatnya, garam, gula mahupun MSG berlebihan inilah yang membebankan buah pinggang kita. Bayangkan berapa banyak dah bahan perasa tersebut yang telah kita ambil setiap hari dalam masa berpuluh tahun sehinggalah sekarang ni. 

2. Gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat 
Gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini yang tidak terkawal adalah antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah. 

3. Mengamalkan ubat penahan sakit secara tidak terkawal.
Menurut Dr Zubaidi pada laman web beliau, amalan mengambil ubat penahan sakit secara tidak terkawal menyebabkan ramai golongan muda mengalami masalah kerosakkan buah pinggang. Ubat penahan sakit NSAIDs boleh menyebabkan saluran darah mengecut serta menyebabkan aliran darah ke buah pinggang berkurangan.


Antara lain penyebab masalah buah pinggang



Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak.

Di antara tanda-tanda buah pinggang seseorang itu mempunyai masalah/rosak ialah;

Mudah penat dan letih (akibat sel darah merah yang kurang).
Mual, muntah dan tiada selera makan.
Gatal-gatal di seluruh badan.
Bengkak pergelangan kaki
Sesak nafas
Urin/kencing berbuih atau berdarah
Kerap kencing pada waktu malam 


Ujian Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang


Saringan /ujian yang perlu dijalankan untuk mengesan penyakit buah pinggang adalah berbeza di antara individu bergantung kepada punca penyakit itu berlaku.

Antara ujian yang perlu dijalankan ialah;

Ujian tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia adalah antara tanda awal buah pinggang mengalami masalah. 


Kegagalan Buah Pinggang Boleh Dicegah Dengan Mengamalkan 

- Jaga kesihatan sedari sekarang dengan mengamalkan tabiat pemakanan seimbang dan sihat, gaya hidup sihat, senaman serta mengamalkan supplemen.

- Bagi penghidap diabetes atau tekanan darah tinggi, anda disarankan mengawal paras gula dalam darah & tekanan darah. Jalani pemeriksaan secara berkala untuk memantau kesihatan anda.

- Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari. 

- Berhenti merokok. 

- Makan ubat selepas mendapat nasihat daripada doktor. 

- Dapatkan berat badan ideal.. 

- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya selama 30 minit. 


Jaga Kesihatan Buah Pinggang Anda Dengan Resveratrol & Polifenol

Apabila resveratrol dan polifenol digabung, ianya menjadi 10X lebih hebat berbanding produk yang mengandungi resveratrol sahaja. 

Gabungan resveratrol dan polifenol ini membantu melindungi sel membekalkan tenaga kepada sel, memperbaiki sel serta meningkatkan prestasi sel.



Berikut adalah maklum balas mereka yang telah mengamalkan Vivix.

  










Jika anda juga mempunyai masalah seperti mereka dan ingin kembali sihat dengan mengamalkan resveratrol dan polifenol, hubungi Zura untuk mendapatkan Vivix anda pada hari ini.

ATAU Anda boleh juga membuat tempahan dengan klik butang order di bawah.

Panduan pemakanan berserta dengan konsultasi Zura akan beri khas untuk pelanggan Zura.












Salam Kesembuhan


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE


Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment