Tips Mengekalkan Awet Muda Walaupun Umur Telah Mencecah Separuh Abad

Bagaimana nak mengekalkan awet muda? Soalan yang pasti anda biasa dengar. Ataupun, anda sendiri tertanya-tanya rahsia atau tips nak mengekalkan awet muda walaupun telah berusia. Mana tidaknya, ada dikalangan rakan seusia anda kelihatan lebih muda dari usia, sedangkan anda pula kelihatan makin dimamah usia. Haishhh…bikin stress dibuatnya.

Muda vs tua. Sebelum kita bongkar rahsia awet muda, mari kita kenalpasti mengapakah proses penuaan berlaku? Pasti ada penyebabnya kan?

Penuaan adalah proses semulajadi yang kompleks dimana ia melibatkan molekul, sel dan fungsi tubuh. Semakin usia kita meningkat, makin banyak lemak terkumpul di saluran darah yang menyebabkan hilangnya kekenyalan dan mengakibatkan arteriosklerosis (arteri mengeras) berlaku.




Cara-cara Penuaan Seseorang Individu Berlaku

Banyak teori yang berkaitan dengan penuaan tetapi kebiasaannya teori tersebut terbahagi kepada dua kumpulan:-

Pertama : Teori jangka hayat terancang di mana penuaan berlaku mengikut aturan biologi.

Kedua ; Teori haus dan lusuh (wear and tear) dimana persekitaran memberi kesan terhadap proses penuaan seseorang.

Penyelidikan sains anti-penuaan memberi tumpuan terhadap topik berikut dalam kajian mereka.

Kerosakkan Dan Pemulihan DNA
Kajian mendapati dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA membantu memberi kesan meningkatnya jangka hayat sel. Kajian tersebut juga mendapati kerosakkan DNA boleh diubahsuai kerosakkannya dengan polifenol dan resveratrol. Hasil kajian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semula jadi yang terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang mampu mencegah dan melindungi DNA dari kerosakan serta mendorong sel untuk pulih.

Pengatur-pengatur Genetik Penuaan
Tumbuhan yang mempunyai polifenol telah dibuktikan berupaya meningkatkan tenaga metabolisme sel bagi pengatur-pengatur genetik utama dalam proses penuaan. Ianya memberi kesan positif pada proses penuaan sel.

Resveratrol terbukti memberi kesan positif dalam menghin kesan buruk pada jantung dan hati akibat diet tinggi lemak dalam satu kajian yang diiktiraf di makmal.

Bukan itu saja, resveratrol juga dapat meningkatkan ketahanan insulin serta menurunkan paras gula dalam darah.

Genetik dan Penyekatan Kalori
Para penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard telah mendapati sesetengah gen dapat memberi kesan pada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) dimana ia boleh melambatkan proses penuaan.

Ia juga mampu mencegah kebanyakan penyakit berkait, dan penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi.

Biogenesis Mitokondria dan Penuaan
Mitokondria adalah ‘stesen janakuasa tenaga’ bagi sel. Kajian makmal menunjukkan bahawa polifenol membantu meningkatkan bilangan mitokondria di dalam badan kita serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat.

Dalam beberapa kajian, resveratrol didapati mampu memberikan kesan perlindungan berganda terhadap sindrom metabolik dengan memperbaiki paras glukos serta menggalakkan berat badan dan fungsi jantung yang sihat.

Pembentukan Protein AGE dan Penuaan
Pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End) bukan sahaja boleh merosakkan sel, malah ianya juga menyebabkan penuaan sel terutamanya kepada penghidap diabetes.

Kajian mendapati fitonutrien tertentu boleh menghalang pembentukan protein AGE dan mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan melanjutkan usia.

Resveratrol mampu menghalang pembentukan protein AGE serta melindungi sistem kardiovaskular. Penyelidikan juga mendapati bahawa polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat dalam pengawalan paras gula dalam darah.


Rahsia Awet Muda Dan Lanjut Usia

Tahukah anda apakah tumbuhan yang dimaksudkan Zura pada poin-poin di atas?

Banyak kajian dan penyelidikan mendapati bahan-bahan dari alam semula jadi mempunyai unsur yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Jom kita berkenalan dengan tumbuhan-tumbuhan tersebut yang banyak manfaatnya untuk kecergasan berpanjangan dan rahsia lanjut usia.

Anggur Muscadine 
Anggur Muscadine telah menjadi buah mulut di kalangan orang ramai dalam pencarian kaedah semula jadi untuk kelihatan awet muda dan lebih sihat.

Ahli-ahli sains pula mendapati Anggur Muscadine penuh dengan pelbagai khasiat berbanding dengan tumbuhan lain yang sering diperkatakan orang.

Anggur Muscadine termasuk bijinya adalah sumber terbaik antioksidan dan anti-radang. Kelebihan unik Anggur Muscadine ialah kemampuannya menyembuhkan dirinya sendiri daripada penyakit, bakteria dan kulat! Subhanallah

Sifat-sifat perlindungan semulajadi ini juga mendatangkan manfaat kepada sesiapa yang memakan Anggur Muscadine ni lebih-lebih lagi pada bahagian bijinya kerana sebatian fenolik terdapat di bahagian tersebut.

Anggur Muscadine mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang boleh didapati dalam wain merah yang terbukti mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, paras gula dalam darah, proses penuaan dan masalah kesihatan yang lain.



Elderberi Eropah
Berabad lamanya Elderberi telah digunakan bagi merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, asma, sembelit dan selsema. Mengandungi kalium serta kaya dengan vitamin C, kajian terkini mendapati Elderberi mampu meningkatkan sistem imun.

Elderberi merupakan sumber anthocyanins yang hebat serta mengandungi tiga kali ganda karotenoid.

Lagi kelebihan Elderberi ialah:
-Merupakan antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sel dari kerosakkan disebabkan bahan toksin, diet yang tidak seimbang dan tekanan.

- Mengurangkan kesan akibat kolesterol jahat serta menyekat platelet daripada melekat pada dinding saluran darah dan mengurangkan risiko aterosklerosis.

- Mampu meningkatkan daya penglihatan pada waktu malam kerana ia mengeluarkan rodopsin atau visual ungu dalam mata.

Polyganum Cuspidatum
Juga dikenali sebagai Jepun Knotweed, ianya adalah sumber resveratrol semulajadi yang sama seperti terdapat dalam ekstrak kulit dan buji anggur merah. 

Pelbagai ujian yang dijalankan oleh para saintis mendapati bahawa resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlit serta menyingkirkan sebtaian yang tidak diperlukan tubuh.




Lobak Ungu
Merupakan sumber vitamin A terbaik dan mengandungi *fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens.

*Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan, anti-bakteria, anti-radang serta lain-lain pencegahan penyakit dan untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Ianya juga mengandungi anthocyanins yang bertindak sebagai antipengoksida yang luar biasa. Beberapa kajian mendapati anthocyanins juga berfungsi sebagai anti-radang, agen anti-mikrob dan anti karsinogen.

Selain itu, ia juga menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoprotein yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jadi sekarang anda telahpun tahu bagaimana tumbuhan-tumbuhan tersebut berfungsi untuk kesihatan optimum serta untuk awet muda. Terima kasih kepada Shaklee kerana hasil penemuan para saintis Shaklee, maka terhasillah Vivix yang menggabungkan keempat-empat tumbuhan tersebut ke dalam ramuan utama Vivix.

Inilah hasil kajian  terhadap gabungan polifenol yang terdapat pada keempat-empat ramuan utama Vivix 


Sekarang anda boleh memilih untuk menjalani kehidupan yang kekal cergas, awet muda, aktif dan bebas daripada penyakit dengan mengamalkan Vivix.

Bukankah sesuatu yang menyeronokkan bila kita menjalani proses penuaan dengan lebih sihat, bebas melancong bersama anak cucu serta bebas melakukan apa sahaja perkara yang ingin kita lakukan sementara masih berpelung untuk hidup?

Masih belum terlambat untuk anda sekeluarga mengamalkan Vivix sebagai langkah perlindungan kepada radikal bebas yang terdapat di sekeliling anda.



Klik poster Vivix untuk dapatkan Vivix anda hari ni.


 


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment