Simptom Kanser Prostat: Apa Yang Setiap Lelaki Perlu Tahu Mengenainya

Berdasarkan statistik pada tahun 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di Malaysia menghidap kanser prostat. Kanser prostat diletakkan di kedudukan ke empat sebagai pembunuh lelaki selepas serangan jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ketahui lebih lanjut mengenai kanser prostat terutama simptom atau tanda penyakit ini.

Kanser prostat tidak wajar diambil ringan kerana ianya  boleh mengancam kesihatan lelaki dan perlu diberi perhatian serius. Jika kanser prostat tidak dikesan dan dirawat lebih awal, risikonya lebih besar apabila ia merebak ke bahagian lain seperti tulang dan paru-paru.




Fungsi Prostat 

Prostat merupakan kelenjar yang terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.

Saiz prostat bergantung kepada umur seseorang. Semakin berusia seseorang lelaki, saiz prostatnya semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). 

Bagi remaja berusia 20-an, saiznya dianggarkan sebesar guli kecil. Bagi lelaki yang berusia lebih 40 tahun, ianya sebesar guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.

Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berperanan untuk melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.

Selain itu, cecair yang dihasilkan oleh prostat juga berfungsi membantu sperma untuk berenang lebih laju menuju ke sasarannya.

Apakah kanser prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Terdapat beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidapnya tidak mengalami sebarang simptom atau sedar akan kewujudannya.

Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang menyebabkan penghidapnya mengalami sakit belakang serta boleh mengakibatkan lumpuh.

Kanser prostat tahap satu dan dua hanya melibatkan 5% kanser di sekeliling kelenjar. 

Pada tahap tiga pula, kanser tersebut mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. 

Kanser prostat tahap empat termasuk kategori serius dimana kanser telah mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang.



Punca Kanser Prostat

Beberapa faktor boleh menjadi punca kepada kanser prostat iaitu usia, sejarah keluarga, pemakanan dan hormon.

Usia.
Biasanya, kanser prostat menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun. Semakin usia anda meningkat, risiko diserang kanser lebih besar. Lebih 80 peratus kes kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Keturunan
Penyakit ini juga dikaitkan dengan keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser prostat lebih berisiko diserang penyakit ini.

Hormon
Paras hormon seks lelaki iaitu testosteron yang tinggi dikaitkan dengan pembentukan kanser prostat.

Faktor pemakanan 
Juga memainkan peranan iaitu diet tinggi lemak yang berlebihan serta tabiat merokok.


Simptom Atau Tanda Menghidap Kanser Prostat

Antara tanda yang menunjunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser adalah berlaku perubahan  tabiat  yang berkaitan kencing seperti kencing terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.

Pesakit kerap membuang air kecil atau tidak dapat menahan kencing disebabkan kanser yang berlaku pada prostat menghenyak pundi kencing pesakit. 

Selain itu, prostat yang membesar kerana kanser juga menghimpit salur kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat dan susah untuk mengalir keluar. Inilah punca pesakit berasa tidak puas semasa kencing atau sakit ketika membuang air kecil.

Terdapat pesakit yang tidak mengalami sebarang tanda menyebabkan kesukaran untuk mengesan kanser mereka pada peringkat awal. Sebaliknya mereka hanya menyedari bila sudah ke tahap serius.

Justeru itu, adalah disarankan supaya lelaki yang berumur melebihi 50 tahun agar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Bagaimana Mengesan Kanser Prostat.

Ujian melalui kaedah Prostate-Specific Antigen (PSA) boleh mengenal pasti sama ada protein yang dihasilkan oleh tisu prostat adalah normal ataupun tinggi. Bagi lelaki bang berusia di bawah 40 tahun, bacaan normal ialah pada paras 2.5 manakala bagi yang berumur lebih 50 tahun, bacaan ialah 4.

Jika bacaan adalah melebihi daripada paras itu, anda dikehendaki membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah untuk memastikan sama ada anda menghidap kanser prostat atau tidak.

Antara kaedah yang digunakan untuk pemeriksaan awal ialah DRE (Digital Rectal Examination). Melalui kaedah ini, doktor akan memasukkan jari melalui saluran dubur dan merasa buah kelenjar. Jika ianya lembut, ia menunjukkan kelenjar prostat anda adalah normal. Tetapi jika buah kelenjar tersebut keras, itu merupakan antara tanda-tanda kanser.

Walaubagaimana pun, untuk mendapatkan lebih kepastian, anda perlu membuat pemeriksaan lanjut melalui beberapa kaedah seperti ultrasound, CT Scan (Computed Tomography Scan) atau MRI (Magnectic Resonance Imaging).

Kaedah yang paling tepat adalah biopsy di mana sedikit tisu di bahagian prostat akan diambil dan ujian makmal dilakukan kepada tisu tersebut.


Rawatan Kanser Prostat

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dijalankan bergantung kepada tahap kanser yang dihidapi pesakit.

Menurut pakar Perunding Bedah Urologi Hospital Pusrawi KL iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Subahan, antara kaedah rawatan kanser prostat yang berkesan ialah melalui pembedahan membuang prostat. Selain itu, kaedah radioterapi juga membantu untuk membunuh sel kanser. 

Di samping itu, pesakit boleh menghentikan bekalan ‘makanan’ (hormon testosteron) kepada kanser ini untuk mengawal atau mematikan sel kanser. Ini adalah kerana sel kanser merebak dengan cepat apabila pesakit mempunyai tahap testosteron yang tinggi.

Untuk mengawal penghasilan testosteron yang banyak ialah dengan menggunakan ubat atau menutup terus kilang yang menghasilkan hormon ini iaitu dengan membuang buah zakar. Pesakit masih boleh mendapatkan hormon testosteron melalui suntikan kerana hormon testosteron ini memang diperlukan oleh semua anggota badan kita,” terang Dr Rashid.

Bagaimana Resveratrol dan Polifenol Membantu Merencat Sel Kanser.

Resveratrol daripada polyganum cuspidatum membantu menghalang pembentukan sel kanser dari merebak dan menggalakkan proses membunuh sel-sel yang tidak normal di dalam badan.

Sebagaimana yang kita maklum, Vivix bukan saja mengandungi resveratrol malah ia juga terdiri daripada gabungan polifenol yang merupakan antioksidan yang power yang berfungsi untuk melindungi sel kita daripada kerosakkan akibat radikal bebas. Radikal bebas inila yang menyebabkan berlakunya ketidaknormalan pada sel yang menyebabkan kanser.

Disinila polifenol menjalankan peranannya iaitu melindungi DNA kita daripada kerosakkan disamping menyokong proses replikasi (pembahagian) DNA untuk sel yang sihat berfungsi.



Sikap mengambil mudah terhadap penyakit kanser prostat ini boleh mendatangkan padah seperti menyebabkan saluran kencing tersumbat yang menyebabkan pula kepada penyakit batu karang, patah tulang dan lumpuh.

Cegah sebelum parah. Anda berhak mendapatkan kesihatan yang baik sambil meniti usia bersama dengan anak cucu kesayangan dengan gembira.

Dapatkan resveratrol dan polifenol anda hari ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dapatkan Vivix yang kaya resveratrol & polifenol untuk perlindungan kesihatan anda seisi keluarga hari ini.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80eaa938bc6818d0a0582e02302474ea
Klik gambar untuk dapatkan Vivix anda


Salam Hormat
                                                             
      

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment