Tips Berhenti Merokok: Elak 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan anda.


Cubala tips berhenti merokok yang bakal Zura kongsikan. Berikut adalah 10 kesan buruk merokok terhadap kesihatan yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ni. Kesan buruk ni belum lagi dicampur dengan penyakit lain yang sering dikaitkan dengan merokok. Jadi, tiada sebab untuk anda meneruskan tabiat merokok ini yang sah-sah menjejaskan diri anda dan orang sekitar anda. 



Sebelum tu jom baca lanjut…

1. Risiko Hilang Deria Penglihatan
Merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan malah meningkatkan risiko kemerosotan penglihatan yang berkaitan dengan usia iaitu penyebab utama kebutaan pada perokok yang berumur 65 tahun.

2. Kencing manis jenis 2.
Merokok menyumbang kepada diabetes jenis 2 dan meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit ini. Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti aliran darah yang lemah ke kaki dan tumit kaki. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan keperluan memotong anggota badan. Ya, anda boleh kehilangan kaki atau tumit kaki anda!

3. Fungsi Seksual Terjejas
Fungsi seksual lelaki menurun apabila anda merokok. Tembakau menyebabkan penyempitan saluran darah ke seluruh badan anda, termasuk ke kawasan yang membekalkan darah kepada zakar. 
Berita baik, berhenti merokok dan anda dapat rasai sendiri perbezaan yang ketara.

4. Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik adalah komplikasi yang mengancam nyawa di kalangan wanita yang merokok. Ia berlaku apabila implan telur disenyawakan di tempat lain selain rahim. Telur tidak dapat bertahan dan ia meletakkan nyawa ibu pada risiko yang serius.

5. Patah pinggang
Perokok kehilangan ketumpatan tulang pada kadar yang lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok. Risiko untuk cedera di bahagian pinggang amat besar.

6. Kanser usus
Merupakan punca kedua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat. Salah satu sebab kanser usus adalah disebabkan merokok. Ya merokok dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap kanser usus dan kematian akibat kanser jenis ini.

7. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah penyakit keradangan kronik yang biasa dihidapi oleh perokok wanita yang menjejaskan sendi di tangan dan kaki. Ia menyebabkan bengkak yang menyakitkan dan akhirnya mengakibatkan kehilangan tulang dan kecacatan sendi. 

8. Sumbing

Kecacatan kelahiran ini, berlaku apabila bibir atau mulut bayi tidak berkembang dengan baik semasa kehamilan. Wanita yang merokok semasa mengandung lebih cenderung melahirkan bayi sumbing.

9. Masalah Kesuburan
Perhatian kepada bakal ibu: Merokok boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil. Ia menyebabkan kesuburan merosot pada wanita dan juga boleh menyumbang kepada masalah-masalah lain semasa kehamilan.

10. Penyakit Gigi dan Gusi
Bukan sahaja kehilangan anggota badan, (rujuk poin # 2), anda juga berisiko kehilangan gigi akibat merokok. Merokok menyumbang kepada periodontis iaitu jangkitan gusi yang memusnahkan tulang yang menyokong gigi. Ini adalah punca utama kehilangan gigi pada orang dewasa.

Tips Berhenti Merokok

1. Tetapkan azam untuk berhenti merokok. Paling baik jika anda meletakkan tarikh sasaran bilakah anda bercadang untuk berhenti sepenuhnya menghisap rokok.

2. Dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat. Pasangan mana yang tak seronok dan teruja bila mengetahui hasrat anda untuk berhenti merokok kan? Pastinya mereka akan menyokong 1000% hasrat anda.

3. Belajar katakan TIDAK! Ya, belajar untuk menolak ajakan kawan-kawan yang mengajak anda kembali merokok.

4. Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anda boleh berhenti merokok.

5. Alihkan perhatian anda kepada aktiviti lain apabila datangnya keinginan untuk merokok.

6.Reward diri anda apabila target anda tercapai. Dengan cara ini, anda makin bermotivasi untuk meneruskan azam berhenti merokok.

Jom baca kisah mereka yang telah berhenti merokok setelah mengamalkan sirap antioksida Vivix.


Resveratrol membantu melindungi sel dari radikal bebas terutamanya dari rokok yang memudaratkan.


Kurang ketagihan merokok



Rokok rasa pahit macam hempudu setelah mengamalkan Vivix



100% bebas dari rokok

Boleh jadi anda juga berjaya mengikut jejak langkah mereka. Masih belum terlambat untuk anda berikhtiar untuk berhenti merokok.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera atau whatsapp Zura.







Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)


Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment