Tips Mengira Waktu Subur Wanita Yang Betul Untuk Meningkatkan Peluang Hamil


Beberapa hari lepas, seorang pelanggan Zura dari Lundu whatsapp Zura untuk membeli set vitamin Shaklee sebagai ikhtiar kehamilan. Selain supplemen, pemakanan yang sihat serta nutrisi yang mencukupi, tips mengira waktu subur adalah sangat penting semasa wanita merancang untuk mengandung.

Mengapa waktu subur wanita sangat penting?
1.Supaya pasangan berkahwin dapat merancang untuk hamil.
2.Bagi yang hendak menjarakkan kehamilan, waktu subur juga membantu.


Maklumat mengenai kitar haid sangat penting untuk mengira waktu subur wanita


Tapi hari ni Zura nak kongsikan bagaimana mengira waktu subur dengan betul bagi membantu anda yang merancang nak hamil :)

Sebelum anda meneruskan pembacaan, baik anda sediakan buku, pen & kelendar untuk mencatat nota penting mengenai kitar haid anda. Jadi lepas ni, mudah nak rujuk.

Ketahui Kitar Haid Anda

Bahagian ni agak tricky sikit sebab kitar haid setiap wanita tak sama semuanya ya. Ada yang kitar haidnya 25 hari dan ada pula yang kitar haidnya lewat hingga 35 hari. Secara puratanya kita haid wanita adalah 28-30 hari.

Bila anda dah kira kitar haid anda, jom kita ketahui 4 fasa di dalam kitaran haid wanita.

1.Fasa haid (menstrual). -( Hari 1 ke hari ke 4 )
Kitar haid bermula pada hari ini iaitu hari pertama haid keluar. Zura sarankan anda mencatat hari pertama anda didatangi haid pada setiap bulan supaya mudah untuk anda mengetahui berapa hari kitaran haid pada setiap bulan. 

2.Fasa follicular. - ( Hari 5 ke hari ke 13 )
Pada fasa ini, darah akan menebal serta berkumpul di dinding rahim sebagai persediaan untuk mengandung. Telur yang berada di dalam follicle pada ovari akan menjadi matang.

3.Fasa ovulasi. - ( Hari ke 14 )
Kelenjar pituitari mengeluarkan hormon yang menyebabkan ovari melepaskan sel telur yang matang ke dalam tiub fallopian. Jika telur ini tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan hilang dan mati. Apabila berlaku persenyawaan pula, telur ini akan turun ke rahim melalui tiub fallopian.

4.Fasa luteal. - ( Hari 15-28 )
Selepas telur keluar dari sarangnya (follicle), hormon progestrone akan dirembeskan yang menyebabkan dinding rahim menjadi semakin tebal. Bila tiada persenyawaan berlaku, progestrone menjadi semakin berkurang dan dinding rahim akan runtuh dan proses haid berlaku semula. 

Perhatikan proses kitar haid wanita untuk panduan mengira waktu subur.

Agak-agaknya,bilakah waktu subur wanita pada keempat-empat fasa tu? Tahniah, anda yang menjawab fasa ovulasi telah memberi jawapan yang tepat. :D

Jadi, lepas ni anda dah tahula waktu yang terbaik untuk bersama dengan suami anda iaitu pada hari ovulasi berlaku. Hari ovulasi ni berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid anda yang seterusnya. Jadi, jika purata kitar haid anda adalah 28 hari, hari ke 14 adalah waktu subur anda.

Bergantung kepada tempoh kitaran haid anda, waktu subur anda adalah seperti contoh berikut:-

A)Jika purata kitar haid anda adalah 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 12, 13 dan 14.

B) Jika purata kitar haid anda adalah 35 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 21 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 19, 20 dan 21.

C) Jika purata kitar haid anda adalah 21 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 7 dan hari yang paling subur adalah pada hari ke 5, 6 dan 7.



Kaedah Lain Mengetahui Waktu Subur

1) Perhatikan perubahan mukus anda. Pada waktu ovulasi, cairan lendir pada vagina didapati adalah jelas dan licin. Inila waktunya untuk anda dan pasangan beraksi.

2) Menggunakan kit ovulasi yang boleh dibeli di farmasi.

3) Mencatatkan suhu badan setiap hari. Dikatakan suhu badan wanita akan naik sedikit pada waktu subur.

4) Menggunakan kalkulator ovulasi yang boleh didapati di google. Kalkulator ni membantu mengira waktu subur bila anda memasukkan data yang dikehendaki seperti tempoh kitar haid anda.


Anggaran Masa Terbaik Untuk Hamil.

Sebagaimana yang kita ketahui, telur wanita (ovum) mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 24 jam. Sperma pula, Allah ciptakan dengan kelebihan iaitu jangka hayat selama 5 hari.

Makanya, peluang keemasan ini, janganlah disia-siakan begitu saja. Ini bermaksud, untuk mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri hendaklah bersama 3 hari sebelum waktu subur dan 2 hari selepas waktu subur.

Ataupun anda dan pasangan boleh bersama tiap malam pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Penat? Hasilnya memang berbaloi bila zuriat anda selamat dilahirkan kelak.

Untuk menguatkan stamina anda di samping mengurangkan risiko kerosakkan  sel ovum dan sperma, Zura cadangkan anda mengamalkan sirap kaya resveratrol dan polifenol iaitu Vivix.

Bukan saja membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel ovum dan sperma, polifenol ni juga membantu meningkatkan kualiti sel ovum dan sperma yang sihat dan yang paling penting meningkatkan peluang kehamilan.

Sehingga kita bertemu di lain entri. Zura doakan semoga anda dan pasangan dikurniakan zuriat penyejuk hati yang soleh. Zura sedia membantu anda yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan Vivix, klik gambar Vivix untuk tempahan terus ataupun whatsapp Zura.


Selamat menimang zuriat :)




Ikhtiar untuk mendapatkan sel ovum dan sperma yang kuat dan sihat





Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment