7 Sebab Mengapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Online Anda Dari Sekarang


Perniagaan online menjadi pilihan ramai pada masa kini. Zura berbesar hati untuk kongsikan kelebihan berniaga secara online dan 7 sebab mengapa anda perlu mula menjalankan perniagaan online anda sendiri.



1. Mendapatkan Pendapatan Tambahan.

Kos hidup yang semakin meningkat hari demi hari menyebabkan ramai orang memerlukan pendapatan tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dengan pendapatan tambahan, secara tak langsung memberikan anda pilihan untuk mendapatkan pendidikan terbaik, kesihatan, serta membantu menambah nilai hidup orang lain.


Bayangkan pendapatan tambahan yang anda dapat adalah RM2,000 atau RM3,000 sebulan. Pastinya ia dapat membantu meringankan tanggungan anda bukan? Lagi seronok jika perniagaan anda berjaya mendapat keuntungan RM5,000, RM10,000 RM15,000 atau lebih dan anda berpeluang berkongsi rezeki tersebut dengan orang yang memerlukan.

2. Boleh Dijalankan Secara Auto Pilot atau Automated.

Dengan kemudahan schedule, posting di fb, blog atau ig bisnes anda boleh dikendalikan bisnes secara automatik. Bila-bila masa anda traveling atau bercuti ke, kedai online anda tetap dibuka bila anda membuat schedule post di media sosial tempat anda mempromosikan perniagaan anda.
Dimana saja anda berada, bisnes anda tetap boleh berjalan.

3. Bebas Menjalankan Perniagaan Di Mana Sahaja

Bukan sahaja bisnes anda boleh dijalankan automated, malah ianya juga boleh dijalankan walau di mana anda berada. Anda sentiasa boleh memantau kedai alam maya anda di mana-mana sahaja walaupun anda sedang berada di luar negara sekalipun.

4. Pasaran Yang Tersangat Besar

Menurut Bill Gates, “If your business is not on the internet, then your business will be out of the business.”

Agak scary statement ni kan, tapi itulah kenyataannya. Dengan jutaan pengguna Internet di seluruh dunia termasuk di Malaysia, menjadikan pasaran perniagaan anda adalah tersangat besar hingga mencapai ke peringkat antarabangsa.

Perniagaan online anda sentiasa buka 24 jam 7 hari seminggu dan terus buka walaupun anda sedang tidur.



5. Potensi Pendapatan Yang Unlimited.

Bila pasaran perniagaan anda mencapai peringkat antarabangsa, potensi pendapatan adalah unlimited. Satu contoh perniagaan online yang mempunyai pendapatan yang unlimited adalah bisnes online Shaklee. 

6. Modal Perniagaan Yang Rendah.

Kelebihan perniagaan online yang yang tidak dapat dinafikan ialah modalnya yang rendah. Anda tidak perlu mengeluarkan kos puluhan ribu ringgit untuk membayar sewa kedai atau mengubahsuai kedai anda. Belum termasuk kos penyelenggaraan kedai seperti bil air, elekrik dan lain-lain.

Kos yang rendah ini membolehkan sesiapa sahaja memulakan perniagaan online walaupun anda adalah graduan lepasan universiti. 

Apa yang penting ialah start small but END BIG. Itu yang penting.



7. Kini masanya untuk menjana pendapatan dengan media sosial

Tiba masanya untuk anda menjana pendapatan di Internet bukan sekadar sebagai pengguna sahaja . Zura pasti anda semua mempunyai akaun di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan banyak lagi.

Dengan mempelajari teknik pemasaran serta strategi berniaga secara online, anda boleh mendapat income melalui media sosial. Siapa yang tak nak bila main fb/ig pun boleh dapat duit.. ye dak?

Perniagaan Internet apabila dilakukan tanpa putus asa dan komited bukan saja membolehkan anda menjana pendapatan malah anda juga berpeluang untuk mancapai impian anda untuk bebas dari hutang dan mempunyai kebebasan dari segi masa. 

Jika anda berminat untuk menjalankan bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya, Zura sedia membantu anda dengan bisnes bersama Shaklee.



Ingat, jika anda tidak mula berniaga dari sekarang, 20 tahun akan datang anda akan lebih menyesal kerana tidak melakukannya.







Salam Kejayaan


Mentor Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment