Pengedar Shaklee Di Ipoh Dan Batu Gajah

Assalamualaikum and Hi there! Saya Nur Fatimah binti Md Sayuti dan dikenali sebagai Emma. Saya pengedar Shaklee seluruh Malaysia dan kawasan COD ( Cash On Delivery ) adalah di kawasan Ipoh dan Batu Gajah. Saya boleh dihubungi di 017-580 2325



Kisah Emma Sebelum Bersama Shaklee

Sebagai seorang wanita, sudah pastinya wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Emma mula berjinak jinak dengan produk penjagaan kulit wajah sejak dibangku sekolah. Ketika itu pada usia 13 tahun, Emma muka terjebak dengan produk – produk kecantikan disebabkan pengaruh rakan – rakan sebaya di asrama. 

Penggunaan produk penjagaan kulit wajah seperti pencuci muka dan krim – krim muka seolah – olah tiada arah tuju dan pemilihan produk hanyalah bergantung kepada kecantikkan ‘packaging’ dan ‘harga yang murah’. 

Setelah meninggalkan sekolah menengah dan memasuki alam persediaan sebelum ke universiti, Emma teruskan usaha rutin penjagaan kulit wajah seperti yang diamalkan sewaktu di sekolah kerana pada masa tu terdapat banyak produk – produk makanan tambahan yang viral di media sosial. 

Tanpa membuang masa dan berfikir panjang, Emma mula mencari produk makanan tambahan untuk kecantikan dan teruja melihat testimoni-testimoni yang sangat memberansangkan. Akhirnya, saya tekad dan berjaya membeli suatu produk kecantikkan yang sangat laris dan viral ketika itu dan yang pastinya produk tersebut bukanlah produk SHAKLEE. 

Emma mengambil produk tersebut sebagai makanan tambahan selama 30 hari (1bulan) sahaja disebabkan Emma merasakan produk tersebut cuma hanyalah produk biasa - biasa. Boleh dikatakan Emma rasa seolah olah ditipu dengan janji – janji manis iklan. 

Kemudian, pencarian produk makanan tambahan lain diteruskan sehinggalah tamat pengajian persediaan sebelum memasuki univerisiti. Akhirnya, Emma menjumpai suatu produk yang konon – kononnya mampu membantu masalah kulit Emma. Iklan di tv3 masa tu benar – benar telah memukau Emma. Emma juga mengamalkan produk tersebut selama 30 hari (1bulan) sahaja disebabkan risau kesan negatif produk tu.

Pada masa ni, Emma dah mula putus asa dengan pencarian yang tiada kesudahan disebabkan terlalu banyak produk – produk kecantikkan yang Emma jumpa merosakan kulit dan kesihatan. Emma bimbang sekiranya terus mengambil produk yang salah ianya akan mendatangkan kesan terhadap kesihatan pada masa akan datang.

Detik Mengenali Shaklee

Entah macam mana, satu hari tu, Emma kembali bersemangat mencari produk kecantikan dan makanan tambahan. Emma beusaha mencari maklumat sebanyak mungkin. 

Akhirnya, Emma menjumpai Shaklee. Ketika itu, pengetahuan mengenai Shaklee hanyalah melalui pembacaan di blog saja. Emma membuat kajian, perbandingan hasil, dan segalanya agak lama. Ternyata produk Shaklee bukan sebarang produk. Kemudian, Emma mula mencari pengedar Shaklee yang tinggal di kawasan Unimas. Alhamdulillah, akhirnya, ketemu jua! 

Indah Khabar, Indah Juga Rupa

Pengambilan vitamin B dengan Acid Folic, Vita E Complex, Vita C plus dan ESP sangat tidak mengecewakan Emma. Emma sangat berpuas hati dengan hasil Shaklee efek. Sejak mengamalkan vitamin Shaklee, masalah kulit kering Emma dapat diatasi, bukan sahaja di bahagian muka tapi seluruh badan. 

Parut di kaki disebabkan jatuh dalam lubang keramat kini telah hilang. Masalah kulit gelap, kusam, dan bintik bintiik hitam juga jelas dapat diatasi. Emma sangat bersyukur kerana diketemukan dengan Shaklee. Inilah jodoh yang sebenarnya hehe..

Kenapa Memilih Shaklee?

Antara sebab kenapa Emma memilih Shaklee sebagai produk kegemaran Emma dan mengapa anda juga harus memilih SHAKLEE. 

1. SELAMAT
2. TERBUKTI
3. BERKESAN

Pengambilan makanan tambahan dan penggunaan produk – produk penjagaan kulit wajah yang berasaskan semula jadi dapat membantu memperbaiki sel – sel tubuh badan dari dalam dan luar. Pada pendapat Emma, jika nak cantik luar, seharusnya cantik dari dalam juga. Sayangilah diri sendiri, tiada salahnya invest untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri. 

Cara Menghubungi Emma

Jika anda pernah mengalami masalah kulit gelap, kusam, dan bintik-bintik hitam seperti Emma, saya sangat berbesar hati membantu anda menyelesaikan masalah tersebut dengan supplemen Shaklee. Hubungi Emma di talian 017-580 2325 untuk pembelian beserta konsultasi. Emma juga bersedia menerima anda yang juga berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee.

Sehingga kita berjumpa lagi. Untuk membaca lebih banyak perkongsian mengenai kecantikan daripada Emma, anda juga boleh melayari https://emmasayu.blogspot.my/




Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment