Tanda-Tanda Vertigo Dan Cara Mencegahnya Secara Semulajadi

Vertigo adalah rasa seolah-olah keadaan sekeliling anda sedang berputar. Kebiasaannya, apabila vertigo berlaku, anda akan mengalaminya selama berjam-jam atau ada yang merasainya selama beberapa hari sebelum ianya benar-benar hilang. Tanda-tanda vertigo dan cara mencegahnya secara semulajadi Zura kongsikan dalam entri ni.




Tanda-tanda vertigo adalah seperti:

Rasa berputar atau bergerak
Simptom ini boleh berlaku walaupun anda tidak melakukan apa-apa pergerakan. Menggerakkan kepala atau badan, seperti berguling di atas katil, akan memburukkan lagi keadaan berpusing yang dialami. 

Telinga terasa berdengung.

Rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar.

Nadi berdenyut dengan cepat.

Rasa berdebar-debar.

Pandangan kabur.

Mual /loya dan hendak muntah.

Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat.

Pergerakan mata yang tidak normal, yang dipanggil nystagmus.

Gagal mengimbangkan badan.
Jika ketidakseimbangan berlaku selama lebih daripada beberapa hari, dikhuatiri ianya adalah tanda strok atau masalah lain pada otak. Dalam kes sebegini, pemeriksaan segera adalah sarankan.




Punca-punca Vertigo
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan vertigo berlaku. Vertigo boleh dikenalpasti berdasarkan punca ia berlaku iaitu samada periferal atau pusat. Vertigo pusat dikesan di otak atau saraf tulang belakang sementara vertigo periferal berlaku disebabkan masalah pada bahagian dalaman telinga. 

Dalaman telinga menjadi radang disebabkan penyakit atau kristal kecil/batu yang biasanya didapati di bahagian dalaman telinga berubah kedudukannya. Keadaan ini dikenali sebagai benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).

Meniere vertigo dikaitkan dengan kehilangan pendengaran dan tinnitus (berdengung di telinga), disebabkan oleh pembentukan bendalir dalam telinga; punca pengumpulan bendalir ini adalah tidak diketahui. 

Kecederaan kepala boleh menyebabkan kerosakan pada dalaman telinga dan menjadi penyebab vertigo. Kadangkala, strok yang menjejaskan bahagian tertentu otak, multiple sklerosis, atau tumor boleh menyebabkan berlakunya vertigo. Sesetengah pesakit dengan migrain jenis basilar artery boleh diserang vertigo.


Faktor Risiko Menghidap Vertigo

Kecederaan di kepala boleh meningkatkan risiko menghidap vertigo.

Ubat-ubatan seperti ubat untuk pesakit tekanan darah tinggi, antidepresan dan aspirin. 

Faktor risiko yang menyebabkan strok (tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, dan merokok) juga boleh meningkatkan risiko anda menghidap vertigo. 

Pengambilan alkohol.


Bagaimana Cara Mencegah Vertigo?

1.Mengawal punca penyebab strok boleh mengurangkan risiko menghidap vertigo pusat.

2. Memastikan tekanan darah, paras kolesterol, berat badan, dan paras glukosa darah berada dalam julat optimum adalah antara cara mencegah vertigo jenis ini.. 

3. Bagi mengurangkan gejala vertigo dalam kes-kes penyakit Meniere, mengawal pengambilan garam boleh membantu. 

4. Mengamalkan gaya hidup sihat.

5. Mengambil antioksidan yang kuat yang dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan yang kuat adalah yang mengandungi gabungan beberapa polifenol yang membantu mengurangkan keradangan dan melindungi sel. Antioksidan yang kuat yang Zura maksudkan ialah Vivix.

Maklumbalas pengguna






Jika anda kerap diserang sakit kepala hingga menjejaskan keseimbangan badan anda, ada baiknya jika anda mendapat rawatan segera atau mencegahnya daripada berulang. Bertindaklah segera untuk mengelakkan risiko yang lebih serius lagi.

Hanya satu langkah saja lagi untuk anda mencegah vertigo.











Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment