Tips Mengatasi Masalah Fatty Liver Atau Hati Berlemak Yang Patut Anda Ketahui

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan di mana terdapat lemak yang berlebihan pada hati. Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan anda kepada komplikasi atau penyakit lain yang lebih serius. Justeru itu, Zura akan kongsikan tips mengatasi masalah fatty liver atau hati berlemak kepada anda.


Hati berlemak adalah satu keadaan di mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. 

Fungsi Hati

- Memproses semua yang kita makan atau minum dan menapis bahan berbahaya dari darah. Jika terlalu banyak lemak di dalam hati, proses ini akan terganggu.

- Menyimpan tenaga dalam bentuk gula/glukos.

- Menyimpan vitamin, zat besi dan bahan mineral lain.

- Merupakan kilang yang menghasilkan protein termasuklah faktor-faktor pembekuan darah

- Memproses sel-sel darah merah yang telah digunakan.

- Membunuh bakteria yang masuk ke tubuh melalui usus kecil.

- Menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman makanan.

4 Peringkat Kerosakan Hati



Risiko Akibat Hati Berlemak

Menyebabkan radang pada sel-sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu boleh mendedahkan seseorang itu menghidap masalah hati berlemak.

Pesakit yang menghidap masalah hati berlemak yang bukan disebabkan oleh minuman keras dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau obesiti.

Punca Hati Berlemak Berlaku

Obesiti merupakan punca utama hati berlemak. Selain itu, penyakit tuberkulosis (batuk kering) diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil disebabkan obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid adalah dikatakan sebagi punca berlakunya hati berlemak.

Tanda-tanda Hati Berlemak

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus daripada pesakit hati berlemak mengadu

-  Mengalami keletihan.

- Berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, anda akan mengalami masalah:

- Busung

- Bengkak kaki

- Demam

- Jaundis.

Golongan Berisiko Menghidap Hati Berlemak:

- Mereka yang banyak minum minuman keras

- Kurang mengambil makanan berzat dan seimbang.

- Obesiti

- Pesakit diabetes.

- Sindrom Reye - di kalangan kanak-kanak

- Kehamilan

- Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan.


Rawatan

Hati berlemak perlu dirawat untuk mengelakkan komplikasi atau penyakit lain yang lebih serius.
Rawatan adalah bergantung kepada punca ia berlaku. Contohnya, jika anda banyak meminum minuman keras, anda perlu mengurangkan atau berhenti mengambil minuman keras.

Jika anda adalah seorang individu yang obes, anda perlu mengawal pemakanan dan berat badan.


Tips Mengatasi Masalah Fatty Liver Atau Hati Berlemak

- Elakkan meminum minuman keras. Minuman keras boleh menurunkan kadar metabolisme dan menjejaskan proses pengumuhan lemak.

- Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi. 

- Melakukan senaman dan mengawal pengambilan makanan berlemak.

- Mengawal berat badan 

- Mengawal paras kolesterol dan mengurangkan pengambilan gula.

- Mengawal paras gula dalam darah.

Bagaimana Supplemen Membantu Mengatasi Masalah Hati Berlemak

1. Vivix.

Gabungan polifenol boleh menghalang pembentukan protein AGE, meningkatkan kesihatan jantung yang baik dan mendatangkan kesan positif kepada paras gula dalam darah.

2. Nutriferon.
Memastikan sistem pertahanan tubuh anda berfungsi dengan baik .dengan menguatkan tindak balas imun badan anda.

3. Dtx Complex
Membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan mengembalikan serta mengekalkan kesihatan hati anda.


Kesihatan adalah nikmat yang sangat bernilai lebih dari wang ringgit. Hadiahkanlah hati anda khasiat dan jagalah ia dengan sebaiknya kerana hati menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh anda.

Bertindak sekarang demi kesihatan hati anda yang lebih sihat!

Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.







Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart) 

Pengeposan : Seluruh Malaysia

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment