Tanda-tanda Fibroid Dan Cara Mengecutkan Fibroid Secara Semulajadi Dan Selamat

Fibroid adalah penyakit yang berkaitan dengan rahim. Nama lainnya ialah leiomyoma. Fibroid merupakan salah satu ketumbuhan benigna yang wujud di dalam rahim dan berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal ataupun ketumbuhan berganda. Zura akan kongsikan tanda-tanda fibroid dan cara mengecutkan fibroid secara semulajadi dan selamat.


Fibroid boleh membesar secara perlahan-lahan di beberapa tempat yang berbeza dalam badan.  Kebiasaannya, wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) mengalami fibroid.

Fibroid akan mengecut apabila anda mengalami menopaus atau putus haid.

Diantara wanita yang berisiko untuk mempunyai fibroid ialah 
Wanita pada usia subur iaitu lingkungan 30 hingga 40 tahun. 
Mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m, 
Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid, 
Tidak pernah melahirkan anak.

Jenis-jenis fibroid.

Jenis fibroid adalah berdasarkan kedudukan ia berada.

1.Intramural fibroid.

Fibroid tumbuh di dinding rahim dan menyebabkan ia bengkak.

2. Submucosal fibroid

Didapati di dalam rahim. Biasanya menyebabkan perdarahan yang yang banyak dan kesakitan yang teruk semasa haid.

3. Subserosal fibroid

Didapati di luar rahim dan kebiasaannya tidak sakit. Saiznya boleh menjadi sangat besar hingga penghidapnya kelihatan seperti hamil.

4. Pedunculated Submucosal fibroid

Mempunyai tangkai yang panjang dan melekat pada dinding rahim. Menyebabkan kesakitan semasa didatangi haid dan perdarahan yang lama.




Tanda-tanda Fibroid
Terdapat fibroid yang menunjukkan tanda-tanda dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang tanda. Tanda atau simptom apabila anda mengalami fibroid adalah berdasarkan kepada lokasi fibroid itu sendiri. 

1. Perdarahan yang berlebihan (menoragia) dan berpanjangan setiap kali mengalami haid merupakan tanda utama yang dialami oleh anda yang mengalami fibroid. 

2. Mengalami masalah ketidaksuburan ( infertiliti.)
Mengikut kajian yang dijalankan, fibroid mempengaruhi ketidaksuburan sebanyak lebih kurang lima peratus sahaja. Ketidaksuburan yang terjadi pada wanita yang menghidap fibroid bukan la disebabkan oleh fibroid semata-mata. Hal ini demikian kerana mengikut kajian yang dilakukan, fibroid tidak mengganggu proses pengovulan (ovulasi).

Jadi, wanita yang mempunyai fibroid tidak semestinya mengalami kesukaran untuk hamil. Kadang kala, kesukaran untuk hamil berpunca daripada fibroid itu sendiri, iaitu saiz fibroid yang besar dan menyekat salur Fallopio. Jadi, ovum (telur) yang melalui salur Fallopio itu tidak dapat berjumpa dengan sperma (benih lelaki) dan menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku.

3. Mengalami kesakitan setiap kali waktu haid. Anda akan berasa lenguh, kurang selesa atau berasa berat (heaviness) di sekitar pelvis. Ketulan fibroid yang tersekat di pelvis akan memberikan tekanan pada saraf bahagian tersebut. Anda akan mengalami sakit di bahagian punggung dan menjalar ke bahagian bawah.

4. Kesakitan semasa mengadakan hubungan seks (dyspareunia).

5. Sekiranya fibroid berada di bahagian pangkal rahim, keadaan ini menyebabkan kesakitan kepada anda yang hamil dan mengalami fibroid, kerana fibroid tersebut menjadi tegang dan tertekan. 

6. Masalah berkaitan dengan kencing seperti kerap kali hendak kencing, tidak dapat mengawal kencing dan kadang-kadang mereka akan mengalami kesukaran untuk kencing. Perkara ini berlaku disebabkan fibroid yang membesar biasanya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

Jika keadaan ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Anda akan berasa pedih atau sakit ketika kencing bila berlaku jangkitan kuman pada pundi kencing, 

7. Jika fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

8. Pembesaran Rahim dan Perut

Jika fibroid agak besar saiznya, ia akan menyebabkan berlaku pembesaran pada saiz rahim dan juga perut. Anda mungkin akan kelihatan buncit di bahagian bawah perut. Adalah diingatkan bahawa keadaan ini bukanlah disebabkan oleh penambahan berat badan yang ketara.

9. Keguguran.

Ketumbuhan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran pada kandungan. Ini bergantung kepada saiz fibroid dan lokasi. Jika fibroid besar dan berada dalam rongga rahim, ia akan mengubah dinding rahim dan seterusnya mengganggu proses penempelan embrio (janin). 

Disebabkan itu, anda akan mengalami keguguran pada awal kandungan lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua fibroid akan mengganggu kehamilan dan menyebabkan keguguran.

Anda yang menghidap fibroid dan mengalami tanda-tanda, perlu dirawat untuk mengurangkan simptom yang dihadapi dengan ubat pil hormon, melalui suntikan ataupun secara pembedahan dan sebagainya.

Ada juga fibroid yang tidak mempunyai tanda. Sekurang-kurangnya 80% wanita tidak mengalami tanda-tanda menghidap fibroid. Ini menyebabkan fibroid tidak dapat dikesan.  

Akan tetapi, ketiadaan tanda tidak bermakna anda bebas daripada fibroid dan begitu juga sebaliknya. 

Kesan Fibroid Terhadap Wanita Hamil 

Bagi anda yang berjaya hamil walaupun menghidap fibroid, fibroid tersebut berkemungkinan akan mendatangkan masalah sepanjang kehamilan. Antaranya seperti mengganggu kedudukan bayi dalam kandungan seperti songsang, bayi melintang dan sebagainya. 

Akibatnya, proses melahirkan tidak dapat berlaku secara normal. Pembedahan caesarean terpaksa dilakukan.

Langkah-langkah Mencegah Fibroid

Dengan memilih gaya hidup yang sihat seperti mengekalkan berat badan yang normal, memakan buah-buahan kaya antioksidan dan sayur-sayuran, anda mungkin dapat mengurangkan risiko menghidap fibroid mengikut kajian penyelidik.

Bagaimana Supplemen Tinggi Antioksidan Membantu Mengecutkan Fibroid

Anda kena ketahui bagaimana makanan tinggi antioksidan membantu mengecutkan fibroid.

Polifenol yang terdiri daripada beberapa antioksidan yang terdapat dalam makanan melindungi sel-sel anda daripada kesan radikal bebas dan dapat membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh anda.

Gabungan antioksidan inila yang melindungi semua sel anda.

Jika anda konsisten mengamalkan makanan yang tinggi antioksidan dan polifenol yang berkuasa ni, anda akan mulai rasai perbezaan pada kesihatan tubuh badan anda. 

Berita baik adalah, supplemen yang paling kaya antioksidan dan polifenol ni terdapat dalam Vivix. InshaAllah, dengan izinNya, ikhtiar anda dengan Vivix membuahkan hasil seperti yang diinginkan.





Fibroid 10cm mengecut dan bersalin secara normal



Fibroid mengecut ke 3cm



Anda juga boleh berikhtiar mengecutkan fibroid anda. Hanya tindakan segera diperlukan. Jika Zura ditempat anda, Zura takkan tunggu untuk segera berikhtiar dengan Vivix.

Hubungi Zura jika anda benar-benar serius untuk mengecutkan fibroid anda.

Klik gambar Vivix untuk tempahan segera.






Pengedar Shaklee Anda,

Azura Zainal 
SID 1091952
FB : Azura Zainal
Emel : juaazura81@gmail.com




Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment