Bagaimana Detoks Bantu Buang Toksin Dan Mengekalkan Kecergasan Tubuh.

Pernahkan anda berdetoks? Bagi yang belum pernah melakukannya, sebenarnya banyak manfaat apabila melakukan detoks ni. Zura akan kongsikan bagaimana detoks bantu membuang toksin dan mengekalkan kecergasan tubuh kita.



Bayangkan apabila tubuh anda menjadi bersih, cergas dan rasa lebih bertenaga setelah anda melakukan detoks. Tentu seronok kan?

Setiap kali kita bernafas, melakukan senaman, makan atau minum, toksin akan terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita. Proses pengumpulan toksin ni berlaku lebih cepat berbanding tempoh ianya dibuang.

Mari lihat bagaimana kita terdedah kepada Lima Saluran Utama Toksin setiap hari

PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

Bagaimana Tubuh Badan Melakukan Detoks Setiap Masa

Maha Suci Allah yang menciptakan tubuh kita dengan sebaik-baiknya. Tahukah anda bahawa tubuh kita boleh melakukan detoks dengan sendiri.

Dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin untuk memastikan ianya kekal bersih. Antara organ yang membantu untuk proses detoks adalah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh.

Jom kita lihat bagaimana organ-organ tubuh kita melakukan proses detoks.

PARU-PARU - membuang pelbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA - berfungsi sebagai pembuang sisa paling utama iaitu dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang akan dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang anda mungkin tidak sedar. Usus pula akan menyalurkan keluar segala sisa dari tubuh setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

Sumber: laman web Shaklee

DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Anda pastinya tertanya-tanya, jika badan kita mampu membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu melakukan detoks?

Mari Zura explain. Dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental, kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!



Analogi mudah untuk anda faham ialah dengan membayangkan sebuah kereta. Kereta perlukan minyak untuk kekal bergerak. Secanggih mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi terbaiknya ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam atau tayar tiba masanya.

Begitu juga halnya dengan badan kita. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda.

Dengan detoks dan nutrisi tambahan yang anda bekalkan kepada tubuh anda, ini bermakna anda telah mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan membantu mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan anda supaya sentiasa berfungsi seperti yang septutnya dengan optimum.

Apakah Nutrisi Yang Membantu Organ Detoks Badan

Set Detoks Shaklee boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh anda yang berpotensi memberi kesan buruk akibat tekanan oksida.

Jika anda melakukan detoks mengikut saranan, anda mampu memperoleh kebaikan optimum melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.

Tidak seperti produk pencuci kolon atau laksatif, Set Detoks Shaklee menggunakan gabungan herba-herba dan nutrien semula jadi yang lain bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi anda.

Mari kita lihat 5 produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar! :D

DTX® Complex

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.*


Herb-LaxTM

Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.*


Alfalfa Complex

Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.*


Peppermint-Ginger Plus

Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.*


Vivix®

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.












Pengedar Shaklee Anda,

Azura Zainal 
SID 1091952





* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment