Hypertiroid Semasa Hamil, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehamilan & Berpantang

Hypertiroid adalah satu keadaan apabila hormon tiroid dirembeskan dengan berlebihan dan menjejaskan metabolisme badan penghidapnya. Ikuti pengalaman menghidap hypertiroid semasa hamil yang berkongsi pengalaman kehamilan & berpantang beliau.

Berpantang


Antara tanda hipertiroid seperti:

Goiter – kelenjar tiroid yang terletak di lehermembengkak/menjadi besar

Degupan jantung agak kencang atau tidak sekata.

Masalah kuku, rambut menipis dan kulit kasar dan kerap berpeluh

Tangan menggeletar

Rasa gugup dan terlalu aktif

Berat badan susut walaupun selera makan tidak terjejas

Mengalami masalah untuk tidur,

Kerap letih dan lemah

Cirit-birit

Ketika haid, pendarahan adalah berlebihan.

Jom ikuti pengalaman Pn A'bidatul Mu'tadillah

Assalamualaikum . 
Saya A'bidatul Mu'tadillah bt Motolani berumur 35 tahun.saya mula menjadi pengguna dan juga pengedar shaklee dari tahun 2014. Semua nye bermula untuk ikhtiar sihat. Alhamdulillah kesihatan saya menjadi semakin baik dengan usaha konsisten makan vitamin.
Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak mengambil Vivix dan B Complex untuk memperbaiki mana-mana sel badan yang rosak dan tak sihat. B complex adalah bekalan untuk HB yang baik. Disamping usaha untuk anti stres dan juga kecantikan, sebenarnya niat dihati jika ada rezeki, saya teringin nak menimang baby..hehehe.
Hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi kesekolah. Anak sulung berumur 10 tahun dan yang kedua 8 tahun masa tu. Alhamdulillah pada bulan Mac saya disahkan mengandung. Masa tu antara percaya dengan tidak.
Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ni.  
Oleh kerana baby ni sangat ditunggu-tunggu, maka saya meneruskan mengambil vitamin untuk ibu hamil. Alhamdulillah alahan tetap ada tapi takde lah teruk. Masa ni saya ambil Vitamin c, B Complex,Vitalea dan Ostematrix.
Masuk bulan kedua, saya mendaftar kehamilan. Masa ni semua sejarah dirungkai. Saya ade sejarah tyroid. Tapi masa tu tak tau jenis yang mana. Rupanya tiroid ni mengganggu apabila saya mengandung.
Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon. Saya mengalami penurunan berat badan yang agak drastik. Sepanjang kehamilan,berat badan saya turun sebanyak lebih kurang 19kg.
Disebabkan hypertiroid, sepanjang kehamilan saya dipantau oleh doktor pakar dari Hospital Besar Ipoh. Tiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tyroid saya terkawal.
Alhamdulillah pada trimester akhir kehamilan, tyroid saya semakin stabil. Saya terus konsisten dengan set kehamilan shaklee. Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk saya dan baby, In syaa Allah semua akan ok.
Kehamilan kali ni sangat berbeza dari kehamilan yang lepas-lepas. Walaupun ade hypertyroid saya kekal aktif hingga ke hari bersalin. Saya juga perlu hadir ke kuliah sebab masih menyambung pengajian.



hamil dan berpantang


Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Belum lagi bila terpaksa berjam-jam duduk didepan komputer untuk menyiapkan assignment. Saya enjoy sepanjang kehamilan ni. 
Berkat konsisten Ostematrik, saya tidak mengalami sakit gigi, kejang -kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit. Semua masalah tersebut saya alami pada kandungan sebelum ni.
Tanggal 14/12/2017 lahirlah baby bam bam. Walaupun berat ibunya susut, tapi berat baby semasa dilahirkan ialah 4kg. Alhamdulillah. Disebabkan overdue 40minggu 9hari dan berat semasa di scan 3.9kg. Walaupun sudah turun tanda tapi baby tidak berada dijalannya. Makanya emergency czer lah.
Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin saya dibenarkan makan dan balik ke wad. Usah cakap la rasa lapar pada masa tu kan. Bayangkan mula puasa dari pukul 8 pagi, pukul 11 malam baru boleh makan..
Suami dah tunggu dekat wad dengan membawa VIVIX. Saya tak fikir apa-apa terus minum 2 sudu besar vivix dan malam tu minum susu dan makan roti sahaja. Sepanjang malam tu Alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby. 
Sepanjang berpantang saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan sepanjang mengandung dan ditambah dengan vivix, alfalfa dan lecithin. Sedia maklum ibu yang bersalin pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena dipastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.  
Ibu bersalin tak lari dari masalah bengkak susu. Alhamdulillah dengan lecithin sangat membantu mengatasi masalah bengkak susu..
Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah ditingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.
Alhamdulillah diatas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set hamil dan berpantang yang sangat hebat ni.

Jika anda juga mengalami masalah hypertiroid semasa hamil, tidak salah kiranya anda mengamalkan vitamin seperti yang dikongsikan Pn A'bidatul ni.

Dapatkan set hamil dan berpantang daripada Zura. Panduan pemakanan lengkap diberikan khas untuk semua pelanggan Zura.

Hypertiroid










Azura Zainal Azura bt. Zainalabidin

Ibu kepada 3 orang anak. Suka berkongsi tentang kesedaran mengenai kesihatan, kecantikan, penjagaan ibu hamil dan berpantang selepas bersalin.

Anda juga mungkin meminati

0 comments:

Post a Comment