Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit kemerosotan saraf (gangguan neurodegeneratif) yang perlu diambil perhatian. Menurut Ketua Jabatan Perubatan di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim, Parkinson berlaku apabila satu sel kimia di otak yang dikenali sebagai dopamin berkurangan.
Apabila tahap sel dopamin berkurangan, ianya menyebabkan aktiviti otak menjadi tidak normal, dan mengakibatkan pergerakan fizikal manusia menjadi terjejas.
Kebelakangan ini, peningkatan jumlah kes penyakit Parkinson menunjukkan betapa penyakit ini perlu diambil perhatian dan kesedaran. Antara faktor penyebab meningkatnya kes penyakit Parkinson adalah disebabkan kurangnya kesedaran atau pengetahuan mengenai penyakit tersebut.
Orang ramai beranggapan bahawa otot yang kaku atau kemerosotan daya untuk bergerak sebagai tanda seseorang itu mengalami proses penuaan, sedangkan tanda tersebut adalah merupakan simptom penyakit Parkinson.
Gejala Awal Seseorang Menghidap Parkinson
Antara Tanda-tanda Penyakit Parkinson
2. Pergerakan yang perlahan (bradykinesia).
– Penyakit Parkinson akan menyebabkan pergerakan pengidapnya menjadi terbatas ataupun lambat. Ianya juga menyebabkan tugas harian yang mudah menjadi sukar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, langkah menjadi semakin pendek apabila berjalan dan untuk bangun daripada kerusi menjadi begitu sukar. Pesakit juga didapati mengheret kaki semasa berjalan menyebabkan mereka susah untuk bergerak.
3. Otot kaku. (rigidity)
4. Kemerosotan keseimbangan atau koordinasi badan (postural instability)
Peringkat Penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson menyerang individu dalam pelbagai cara, dan mereka akan mengalami pelbagai gejala. Walaupun gejala yang ringan atau teruk atau berlaku dengan kerap atau jarang, penyakit Parkinson mempunyai lima peringkat yang berbeza.
Peringkat satu:
Semasa fasa awal penyakit ini, seseorang pesakit biasanya mengalami gejala ringan, seperti gegaran/terketar-ketar pada anggota badan. Pada peringkat ini, rakan-rakan dan keluarga biasanya dapat mengesan perubahan yang disebabkan oleh penyakit Parkinson melalui postur yang lemah, hilang keseimbangan dan ekspresi muka yang tidak normal.
Peringkat empat:
Pada peringkat ini pesakit masih boleh berjalan, namun . Pada peringkat ini juga, kebanyakkan pesakit tidak dapat menyelesaikan tugas-tugas seharian dan biasanya tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri.
Pada peringkat ini, pesakit tidak lagi dapat mengurus diri sendiri dan tidak dapat berdiri atau berjalan. Pesakit memerlukan ahli keluarga atau pasangan untuk menguruskan keperluan mereka.
Penghidap Parkinson juga sering diiringi dengan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti:
Kebiasaannya, risiko seseorang itu menghidap Parkinson meningkat seiring dengan peningkatan usia.
Mempunyai ramai saudara-mara dalam keluarga anda yang mempunyai penyakit Parkinson meningkatkan peluang anda mendapat penyakit tersebut.
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson berbanding wanita.
Pendedahan berterusan kepada racun herba dan racun perosak boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit Parkinson.
Setelah beberapa lama mengambil ubat ini, keberkesanan ubat ini akan berkurangan. Selain itu, ubat antidepresan juga membantu meringankan gejala kemurungan yang biasanya dialami oleh pesakit Parkinson.
Diet yang mengandungi nutrien seperti omega-3 asid lemak, juga boleh memberi manfaat kepada pesakit Parkinson.
Urutan membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu pesakit berasa lebih rileks.
Senaman ini dikatakan membantu meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan fleksibiliti pesakit. Beberapa langkah pada senaman ini adalah sesuai untuk semua peringkat usia atau keadaan fizikal seseorang.
– Membantu transmisi(pergerakan) impuls saraf.
– Sebagai anti stress/kemurungan.
-Meningkatkan keupayaan ingatan pesakit Parkinson yang merosot.
– Kolina pada lecithin membentuk penghantar pada saraf kranial untuk fungsi otak.
-Menghalang kerosakkan akibat radikal bebas.
– Sirap yang tinggi antioksidan ini bertindak memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA.
Sebelum Zura akhiri artikel ini, Zura nak kogsikan testimoni seorang pesakit Parkinson dengan VIVIX.

Sekiranya artikel ini bermanfaat kepada anda atau mungkin kepada rakan-rakan anda, silakan share artikel ini kepada mereka.
Azura Zainalabidin
[…] yang Kaya Antioksidan. – Supplemen yang tinggi antioksidan seperti vitamin ACE, Nutriferon, VIVIX, garlic dan Omega Guard juga sangat disarankan untuk membantu meningkatkan sistem imun badan kita […]