Pengedar Shaklee Petra Jaya:Pembekal Supplemen Untuk Warga Sarawak

Assalamualaikum...

Hari ni Zura nak ajak anda semua bertaaruf dengan pemilik blog sirapantioksidan.com... Siapa lagi kalau bukan saya selaku penulis :) Saya, Azura Zainal adalah pengedar sah Shaklee yang berasal dari Kuching, Sarawak. Untuk lebih detail lagi, saya tinggal di Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Rumah saya terletak beberapa meter je dari satu-satunya tol yang ada kat Kuching ni.


Saya pengedar SHAKLEE sah anda :)

Seperti yang anda semua sedia maklum, tiada cawangan Shaklee di Sarawak. Namun, warga Kuching khususnya yang tinggal di kawasan Petra Jaya dan Pending, anda tak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada Zura selaku pengedar aktif Shaklee.

Berikut Zura sertakan beberapa soalan yang biasanya dikemukakan pelanggan-pelanggan Zura;

Soalan Lazim Yang Biasanya Dikemukakan Pelanggan:-

Soalan 1: Adakah Zura masih menjual Shaklee?

Jawapan: Ya, saya adalah pengedar aktif Shaklee.

Soalan 2: Dimanakah letaknya kedai Zura?

Jawapan : Saya beroperasi dari rumah iaitu di Kampung Panglima Seman Ulu, Jalan Tun Salahuddin, Petra Jaya. Selain itu, Zura juga berkongsi mengenai produk Shaklee di FB, Instagram dan di blog ini.

Soalan 3: Dimanakah kawasan Cash-On-Delivery (COD) Zura?

Jawapan: Kawasan COD Zura ialah di Kuching, Petra Jaya, Pending, Demak, Matang Jaya dan Emart. Kadangkala, Zura juga melakukan penghantaran di tempat yang telah dipersetujui bersama dengan pelanggan.

Terdapat juga pelanggan yang datang sendiri ke rumah Zura mengambil supplemen yang dibeli.

Soalan 4: Bagaimanakah caranya saya untuk mendapatkan produk Shaklee daripada Zura kerana saya tinggal di luar kawasan Sarawak.

Jawapan: Encik/Cik/Puan boleh membuat pembayaran kepada Zura dan barang akan dihantar ke alamat Encik/Cik/Puan. Penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Untuk makluman, sehingga kini, pelanggan Zura tidak terhad kepada penduduk di kawasan Kuching sahaja. Terdapat juga pelanggan Zura yang menetap di Bau, Sibu, Bintulu, Marudi, Kelantan dan Negeri Sembilan.  

Soalan 5: Saya berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Bagaimanakah caranya?

Jawapan: Anda boleh menghubungi Zura di 016-800 4628 dan membayar yuran keahlian ataupun membuat pembelian produk melebihi 200uv bagi mendapatkan keahlian secara percuma.


Itulah serba-sedikit soalan-soalan yang sering Zura terima sepanjang menjadi pengedar Shaklee ni. Kalau ditanya bagaimana Zura boleh terjebak dengan Shaklee ni, anda boleh membaca perkongsian Zura di Pengalaman Saya Dengan Shaklee.

Walaupun Zura agak lambat mengenali produk Shaklee, rupa-rupanya, ada diantara pelanggan Zura yang telah mengamalkan produk Shaklee sejak 10 tahun yang lalu. Namun kesukaran mendapat supplemen ready stock membuat mereka ‘terputus bekalan’ supplemen.

Mendengar pengakuan mereka membuatkan Zura berasa bahawa masih banyak lagi perkongsian yang perlu saya lakukan supaya lebih ramai warga Sarawak, khususnya dari Petra Jaya & Kuching  turut mendapat manfaat kebaikan daripada supplemen semulajadi ini.

Dah agak panjang perkongsian Zura untuk kali ni. Sehingga kita bertemu lagi di entri yang akan datang. InshaAllah. Okay, untuk warga Petra Jaya atau Kuching yang nak dapatkan supplemen, jom hubungi Zura ye..

Salam Hormat



Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Pengalaman Saya Menghilangkan Gastrik Dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sepanjang menjalankan bisnes Shaklee, bermacam-macam pengalaman yang telah Zura kutip dan pelajari. Daripada tak pernah ada pengalaman meniaga, malah tak pernah terlintas di fikiran pun nak berniaga online! Namun, sebagai manusia, kita hanya merancang dan Allah juga mempunyai perancanganNya. Perancangan ALLAH S.W.T jualah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 

Shaklee. Inilah langkah pertama Zura bergelar peniaga online. Apa yang membuatkan Zura tertarik dengan Shaklee sudah tentulah bukannya wang semata-mata. Yang berjaya membuatkan saya jatuh hati dengan Shaklee ialah kerana produknya iaitu ESP. Boleh baca testimoni saya kat bawah ni.




Bayangkan, sedari sekolah menengah asyik makan ubat dari klinik apabila diserang gastrik. Pencarian saya mengenai set berpantang menemukan saya dengan Shaklee. Apa yang menarik ialah produk Shaklee ni dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, bebas daripada bahan kimia menyebabkan saya berminat untuk mencubanya.

Ternyata percubaan saya tak sia-sia kerana dengan izinNya, sejak kebelakangan ni hasil konsisten mengamalkan ESP saya tidak diserang gastrik sepanjang bulan puasa seperti sebelum ni. Alhamdulillah.. Atas kesedaran itulah maka saya berazam untuk membantu lebih ramai orang kat luar sana yang sedang mencari cara alternatif  (supplemen semulajadi ) sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah gastrik mereka.

Bagi anda yang sedang mencari produk Shaklee khas untuk ibu hamil, berpantang atau penyusuan, bolehla menghubungi saya. Selain itu, tidak dilupa juga yang nak jaga kecantikan, kesihatan seisi keluarga, merancang untuk hamil, pengurusan berat badan juga dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk sesi konsultasi. Jangan risau, jangan segan InshaAllah saya akan berusaha sehabis baik untuk memberikan servis yang tip-top untuk anda :))


Nak tahu pengalaman saya dengan supplemen Shaklee?





Untuk pengetahuan, saya melakukan COD ( Cash On Delivery ) jika anda membeli supplemen Shaklee melalui saya. Kawasan COD saya ialah di kawasan Petra Jaya, Pending, Demak, Matang Jaya dan Emart. Emart menjadi pilihan untuk bertemu pelanggan yang berada di sekitar Matang, malah ada juga pelanggan dari Bau yang turun ke Emart setelah bersetuju untuk berjumpa di sana. Sambil-sambil COD, sempat juga membeli barang-barang keperluan kat Emart. Jimat masa :)

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk membaca artikel terkini dari saya, jemputlah follow saya di azurazainaleshop.blogspot.com ataupun boleh tegur saya di FB saya. Sehingga bertemu lagi di lain entri. Terima kasih kerana sudi membaca :)


Lagi testimoni pengidap gastrik yang juga mengamalkan ESP, tapi dalam bentuk video pulak..Jom layan sat...
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Salam Hormat


Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia

Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Pengedar Vivix Shaklee Di Kuching, Petra Jaya, Matang, Ampang Dan Ipoh

Zura pasti ramai yang mencari pengedar Vivix  Shaklee di Kuching, Petra Jaya, Matang, Ampang dan Ipoh kan? Berita baik untuk anda, Zura dan rakan-rakan sedia membekalkan Vivix Shaklee dan suplemen-supplemen Shaklee yang lain kepada anda.


Pengedar Vivix Shaklee Kuching - Petra Jaya - Demak - Batu Kawa - UNIMAS Azura Zainal 016-800 4628


Pengedar Vivix Shaklee



Pengedar Vivix Shaklee Kuching- Petra Jaya - Matang - Pending - Arfazieda Anuar  019-868 0602


Vivix Kuching




Pengedar Vivix Shaklee Bangsar - Pantai Dalam -Brickfields - KL Sentral -Mid Valley - Jalan Klang Lama - Taman Desa - Kuchai Lama - Hafizie Hameran 019-868 0602




Pengedar Vivix Shaklee Ipoh dan Batu GajahNur Fatimah binti Md Sayuti 017-580 2325


Vivix Batu Gajah


Selain itu, kami juga sentiasa memberikan khidmat selepas jualan yang tip top kepada semua pelanggan kami. Alhamdulillah, setakat ni kebanyakkan pelanggan kami berpuas hati dan mendapat manfaat seperti yang diinginkan.



Pengedar Vivix Kuching


Berikut adalah beberapa maklum balas daripada pelanggan kami.




Pengedar Vivix Kuching













Bagi anda yang belum tahu mengenai khasiat dan manfaat  Vivix Shaklee, anda boleh membaca info lengkap mengenainya DI SINI

4 fungsi utama Polifenol


Lepas ni mudahla anda nak dapatkan Vivix Shaklee ye :) Anda yang berada di luar kawasan yang Zura sebutkan, jangan risau kerana kami juga membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. 






Pengedar Shaklee Anda

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.




Read More

Tanda-tanda Kanser Servik: Cara Wanita Ini Bebaskan Diri Dari Kanser Serviks

Kanser serviks berlaku apabila berlakunya perubahan yang tidak normal pada tisu serviks dan ianya menyerang tisu-tisu dan organ-organ badan yang lain. Apabila ia menyerang, kanser ini menjejaskan tisu yang lebih dalam pada serviks dan merebak (metastasis) ke bahagian lain badan seperti di paru-paru, hati, pundi kencing, vagina dan rektum.

Vivix untuk kanser serviks


Kanser serviks berkembang dengan perlahan dan dalam diam. Ini memberikan peluang kepada penghidapnya untuk membuat pengesanan awal, berikhtiar mengelakkan ianya daripada terus merebak dan mendapatkan rawatan awal. 

8 Tanda-tanda Kanser Serviks
Antara tanda-tanda seseorang wanita itu menghidap kanser serviks adalah;

Keluar cairan luar biasa dari vagina.

Perdarahan vagina yang tidak normal.

Haid yang berpanjangan dengan darah haid yang banyak.

Sakit semasa membuang air kecil.

Hilang kawalan pundi kencing.

Sakit sewaktu bersama.

Mudah penat.

Sakit di anggota kaki.

Kali ni Zura akan kongsikan kisah mengenai ikhtiar Along membebaskan diri beliau dari kanser serviks.

Sejak hari pertama doktor mengesahkan bahawa Along positif menghidap kanser serviks, pelbagai perkara yang bermain di fikiran.

Cukup ke amalanku,
Bagaimana dengan anak-anakku,
Bagaimana  dengan suami aku,
Bagaimana pula dengan hutang-hutangku,

Sesak otak dan dada mengenangkan semua tu.

Walau apa pun Along yakin pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.

Setelah 6 bulan didiagnos, Along kena jumpa dengan doktor pakar O&G di Hospital Shah Alam untuk prosedur Calposcopy" kali ke 2.

Procedure Calposcopy ni adalah procedure dimana rahim dibuka dengan mulut itik dari besi dan dimasukkan camera pada bahagian yang dijangkiti virus. Bila dah sampai ke tempat yang dijangkiti, sejenis cecair berwarna akan disembur di mana cecair ni akan bertindak balas dengan kawasan jangkitan, 

Doktor akan ambik sedikit sample di kawasan tersebut dengan cara mengetip (macam ketip kuku tu).  Sakit la cuba korang ketip isi hampa sakit dak? :')

3 orang doktor hadir masa prosedur Calposcopy tu. Semua doktor terkejut dan asyik senyum je.

" Puan rahim puan cantik, tiada infection dah Alhamdulillah "

Ya Allah, nak nangis Along dengar komen-komen doktor semalam.

Hasil doa dari semua, Along disahkan BEBAS DARI KANSER SERVIK.
Doktor asyik tanya
Puan macam mana puan boleh dapat detect kanser servic diperingkat awal ye, sebab kanser servic ni kanser diam, means dan stage akhir baru dapat detect biasanya sebab kanser ni tak sakit.”
Apa yang boleh Along jawab ialah:-

" Saya sakit doktor, hampir tak dapat nak berjalan, rahim saya membengkak sebelah sebab tu saya datang jugak cek pada pakar dan alhamdulillah dapat detect awal."

Alhamdulillah berkat usaha dan istiqomah mengamalkan Vivix, vitamin C, Alfafa mengikut cara yang betul seperti diajar Team SuperStarz akhirnya dapat hasil yang positif semalam.

Jangkitan virus yang menyebabkan kanser servik Along hilang dan bonusnya rahim Along nampak sihat sangat.
Ini bukan Along cakap tau.. Doktor pakar sendiri yang bagitau.

Doktor-doktor semalam seronok seolah-olah Along ni saudara mereka. Begitula komitednya mereka dalam menjalankan tugas mereka. Berkongsi rasa suka duka bersama pesakit. Mereka begitu menjaga intonasi suara dan ekpresi wajah dan lenggok badan mereka.

Ya Allah, Along berjanji akan bantu lebih ramai wanita yang mempunyai masalah rahim diluar sana,
Along taknak korang semua lalui apa yang Along dah lalui.
Along taknak korang terpaksa berbaring atas katil ini dan melalui prosedur yang telah Along lalui ni,Along taknak korang tertekan dengan perasaan yang Along tanggung selama 6 bulan lepas. Along tak nak korang dengar suara anak-anak bertanya 

"Mama, sakit mama ni boleh bagi mama mati ke? habis nanti kami nak duduk dengan sapa?
"kami dah boleh masak sendiri tapi tak sedap macam mama masak"
 kami nak peluk sapa?" 

Korang boleh bayang tak apa perasaan anak-anak masa tu?

Along tak sampaikan lagi berita gembira ni kepada anak-anak Along. 
Insyaallah Jumaat ni nak buat majlis kesyukuran sikit sambut birthday anak yang 6 tahun. Nanti bolehla sampaikan berita ni pada mereka.

Pesan Along;

Marilah Kita sama-sama menjaga diri kita untuk diri kita dan keluarga tercinta.
Jangan ambik mudah tentang kesihatan diri ye. 
Jangan tunggu sakit baru nak chekup
Jadikan pam smear sebagai rutin checkup tiap tahun.
Mohon doa dari semua semoga Along terus sihat dan istiqomah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada semua wanita diluar sana.

testimoni Vivix kanser serviks


Alhamdulillah, seronok mendengar perkongsian Along yang berjaya membebaskan diri dari kanser serviks. Jika anda ingin berikhtiar seperti Along, hubungi Zura kerana seperti Along, Zura juga komited untuk menyebarkan manfaat Shaklee kepada anda semua.

Cerita penuh mengenai kisah Along anda boleh baca DI SINI.

Hubungi Zura di 016-800 4628


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Hypertiroid Semasa Hamil, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehamilan & Berpantang

Hypertiroid adalah satu keadaan apabila hormon tiroid dirembeskan dengan berlebihan dan menjejaskan metabolisme badan penghidapnya. Ikuti pengalaman menghidap hypertiroid semasa hamil yang berkongsi pengalaman kehamilan & berpantang beliau.

Berpantang


Antara tanda hipertiroid seperti:

Goiter – kelenjar tiroid yang terletak di lehermembengkak/menjadi besar

Degupan jantung agak kencang atau tidak sekata.

Masalah kuku, rambut menipis dan kulit kasar dan kerap berpeluh

Tangan menggeletar

Rasa gugup dan terlalu aktif

Berat badan susut walaupun selera makan tidak terjejas

Mengalami masalah untuk tidur,

Kerap letih dan lemah

Cirit-birit

Ketika haid, pendarahan adalah berlebihan.

Jom ikuti pengalaman Pn A'bidatul Mu'tadillah

Assalamualaikum . 
Saya A'bidatul Mu'tadillah bt Motolani berumur 35 tahun.saya mula menjadi pengguna dan juga pengedar shaklee dari tahun 2014. Semua nye bermula untuk ikhtiar sihat. Alhamdulillah kesihatan saya menjadi semakin baik dengan usaha konsisten makan vitamin.
Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak mengambil Vivix dan B Complex untuk memperbaiki mana-mana sel badan yang rosak dan tak sihat. B complex adalah bekalan untuk HB yang baik. Disamping usaha untuk anti stres dan juga kecantikan, sebenarnya niat dihati jika ada rezeki, saya teringin nak menimang baby..hehehe.
Hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi kesekolah. Anak sulung berumur 10 tahun dan yang kedua 8 tahun masa tu. Alhamdulillah pada bulan Mac saya disahkan mengandung. Masa tu antara percaya dengan tidak.
Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ni.  
Oleh kerana baby ni sangat ditunggu-tunggu, maka saya meneruskan mengambil vitamin untuk ibu hamil. Alhamdulillah alahan tetap ada tapi takde lah teruk. Masa ni saya ambil Vitamin c, B Complex,Vitalea dan Ostematrix.
Masuk bulan kedua, saya mendaftar kehamilan. Masa ni semua sejarah dirungkai. Saya ade sejarah tyroid. Tapi masa tu tak tau jenis yang mana. Rupanya tiroid ni mengganggu apabila saya mengandung.
Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon. Saya mengalami penurunan berat badan yang agak drastik. Sepanjang kehamilan,berat badan saya turun sebanyak lebih kurang 19kg.
Disebabkan hypertiroid, sepanjang kehamilan saya dipantau oleh doktor pakar dari Hospital Besar Ipoh. Tiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tyroid saya terkawal.
Alhamdulillah pada trimester akhir kehamilan, tyroid saya semakin stabil. Saya terus konsisten dengan set kehamilan shaklee. Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk saya dan baby, In syaa Allah semua akan ok.
Kehamilan kali ni sangat berbeza dari kehamilan yang lepas-lepas. Walaupun ade hypertyroid saya kekal aktif hingga ke hari bersalin. Saya juga perlu hadir ke kuliah sebab masih menyambung pengajian.



hamil dan berpantang


Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Belum lagi bila terpaksa berjam-jam duduk didepan komputer untuk menyiapkan assignment. Saya enjoy sepanjang kehamilan ni. 
Berkat konsisten Ostematrik, saya tidak mengalami sakit gigi, kejang -kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit. Semua masalah tersebut saya alami pada kandungan sebelum ni.
Tanggal 14/12/2017 lahirlah baby bam bam. Walaupun berat ibunya susut, tapi berat baby semasa dilahirkan ialah 4kg. Alhamdulillah. Disebabkan overdue 40minggu 9hari dan berat semasa di scan 3.9kg. Walaupun sudah turun tanda tapi baby tidak berada dijalannya. Makanya emergency czer lah.
Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin saya dibenarkan makan dan balik ke wad. Usah cakap la rasa lapar pada masa tu kan. Bayangkan mula puasa dari pukul 8 pagi, pukul 11 malam baru boleh makan..
Suami dah tunggu dekat wad dengan membawa VIVIX. Saya tak fikir apa-apa terus minum 2 sudu besar vivix dan malam tu minum susu dan makan roti sahaja. Sepanjang malam tu Alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby. 
Sepanjang berpantang saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan sepanjang mengandung dan ditambah dengan vivix, alfalfa dan lecithin. Sedia maklum ibu yang bersalin pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena dipastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.  
Ibu bersalin tak lari dari masalah bengkak susu. Alhamdulillah dengan lecithin sangat membantu mengatasi masalah bengkak susu..
Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah ditingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.
Alhamdulillah diatas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set hamil dan berpantang yang sangat hebat ni.

Jika anda juga mengalami masalah hypertiroid semasa hamil, tidak salah kiranya anda mengamalkan vitamin seperti yang dikongsikan Pn A'bidatul ni.

Dapatkan set hamil dan berpantang daripada Zura. Panduan pemakanan lengkap diberikan khas untuk semua pelanggan Zura.

Hypertiroid










Read More

Aktif Fibroid Bersaiz 10cm Mengecut Dan Akhirnya Boleh Bersalin Normal


Pada entri fibroid yang lepas, Zura ada kongsikan kesan fibroid terhadap wanita hamil. Kali ni, Zura bawakan pengalaman seorang wanita hamil dengan aktif fibroid bersaiz 10cm mengecut dan bersalin secara normal.

set hamil shaklee
Fibroid mengecut dan bayi dilahirkan secara normal


Jom ikuti pengalaman Puan Nurhayatul Nira binti Ramli.


Pada mulanya Puan Nurhayatul Nira mengambil Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix atas nasihat kawannya kerana sering penat dan sakit badan.

Setelah mengamalkan ketiga-tiga supplemen tersebut, beliau bukan saja bertambah sihat, malah disahkan hamil. Perasaan gembira semakin bertambah apabila doktor memberitahu bahawa terdapat 2 kantung.

Tetapi selepas scan lebih lanjut dilakukan, rupanya ianya bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Rupanya ia adalah cyst bersaiz 5.2cm. Puan Nurhayatul mendapatkan nasihat pakar seterusnya dan mendapati ia bukanlah cyst tetapi aktif fibroid sebesar 6.7cm. Doktor mencadangkan pembedahan ceaserean dilakukan disebabkan saiz fibroid semakin membesar dan boleh membahayakan dirinya.

Atas risiko sendiri, Puan Nurhayatul nekad untuk mencuba Vivix. Pada pemeriksaan kehamilan yang keempat, saiz fibroid hampir 10cm dan Puan Nurhayatul meneruskan pengambilan Vivix dengan konsisten. Sahabat beliau juga mencadangkan Omega Guard sebagai anti-radang.

Alhamdulillah, pemeriksaan selanjutnya mendapati saiz fibroid mengecil kepada 4.7cm. Pemeriksaan terakhir pula, pakar memberitahu saiz fibroid adalah 4.2cm. Puan Nurhayatul tidak perlu menjalani pembedahan kerana kepala bayi telah engaged.


Anda boleh meneruskan membaca pengalaman bersalin dan berpantang Puan Nurhayatul pada ayat yang telah Zura boldkan di bawah ni.


Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.
 Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail tentang keadaan saya yang penat dan sakit-sakit badan yang dialami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.
Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.
Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!
.
Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.
.
Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.
.
Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.
.
Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.
.
Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!
.
Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.
.
Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.



Jika anda sedang hamil dan ingin mengalami pengalaman hamil dan berpantang dengan set hamil dan set pantang Shaklee, hubungi Zura untuk mendapatkan set-set tersebut.

Atau anda boleh terus membeli dengan klik gambar set hamil di bawah. Panduan pemakanan lengkap akan diberi khas untuk pelanggan Zura.



fibroid mengecut



penjimatan daftar ahli





Pengedar Shaklee Anda,


Azura Zainal 

SID 1091952



Emel : juaazura81@gmail.com



Read More

Bagaimana Detoks Bantu Buang Toksin Dan Mengekalkan Kecergasan Tubuh.

Pernahkan anda berdetoks? Bagi yang belum pernah melakukannya, sebenarnya banyak manfaat apabila melakukan detoks ni. Zura akan kongsikan bagaimana detoks bantu membuang toksin dan mengekalkan kecergasan tubuh kita.



Bayangkan apabila tubuh anda menjadi bersih, cergas dan rasa lebih bertenaga setelah anda melakukan detoks. Tentu seronok kan?

Setiap kali kita bernafas, melakukan senaman, makan atau minum, toksin akan terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita. Proses pengumpulan toksin ni berlaku lebih cepat berbanding tempoh ianya dibuang.

Mari lihat bagaimana kita terdedah kepada Lima Saluran Utama Toksin setiap hari

PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

Bagaimana Tubuh Badan Melakukan Detoks Setiap Masa

Maha Suci Allah yang menciptakan tubuh kita dengan sebaik-baiknya. Tahukah anda bahawa tubuh kita boleh melakukan detoks dengan sendiri.

Dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin untuk memastikan ianya kekal bersih. Antara organ yang membantu untuk proses detoks adalah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh.

Jom kita lihat bagaimana organ-organ tubuh kita melakukan proses detoks.

PARU-PARU - membuang pelbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA - berfungsi sebagai pembuang sisa paling utama iaitu dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang akan dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang anda mungkin tidak sedar. Usus pula akan menyalurkan keluar segala sisa dari tubuh setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

Sumber: laman web Shaklee

DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Anda pastinya tertanya-tanya, jika badan kita mampu membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu melakukan detoks?

Mari Zura explain. Dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental, kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!



Analogi mudah untuk anda faham ialah dengan membayangkan sebuah kereta. Kereta perlukan minyak untuk kekal bergerak. Secanggih mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi terbaiknya ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam atau tayar tiba masanya.

Begitu juga halnya dengan badan kita. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda.

Dengan detoks dan nutrisi tambahan yang anda bekalkan kepada tubuh anda, ini bermakna anda telah mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan membantu mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan anda supaya sentiasa berfungsi seperti yang septutnya dengan optimum.

Apakah Nutrisi Yang Membantu Organ Detoks Badan

Set Detoks Shaklee boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh anda yang berpotensi memberi kesan buruk akibat tekanan oksida.

Jika anda melakukan detoks mengikut saranan, anda mampu memperoleh kebaikan optimum melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.

Tidak seperti produk pencuci kolon atau laksatif, Set Detoks Shaklee menggunakan gabungan herba-herba dan nutrien semula jadi yang lain bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi anda.

Mari kita lihat 5 produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar! :D

DTX® Complex

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.*


Herb-LaxTM

Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.*


Alfalfa Complex

Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.*


Peppermint-Ginger Plus

Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.*


Vivix®

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.












Pengedar Shaklee Anda,

Azura Zainal 
SID 1091952





* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





Read More