Panduan Untuk Mendapatkan Zuriat

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak saya nak bercerita tentang kehamilan. Tiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sememangnya ternanti-nanti kehadiran si manja di dalam keluarga mereka. Ada pasangan yang bertuah kerana setelah beberapa bulan berkahwin, si isteri mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Namun, terdapat juga pasangan yang belum dikurniakan rezeki memperoleh zuriat. 




Baiklah, di sini saya nak kongsikan sedikit panduan bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa faktor yang boleh diamalkan atau diikuti untuk meningkatkan kesuburan. Antaranya ialah:-


1. Mendapatkan berat badan yang ideal.

Berat badan memainkan peranan dalam menentukan kesuburan. Jika seseorang itu terlalu kurus atau mempunyai berat badan yang besar, ia berkemungkinan boleh mempengaruhi kesuburan anda. Jika anda terlalu kurus, anda dinasihatkan menambah berat badan anda dan jika berat anda adalah berlebihan anda dinasihatkan mengurangkan berat badan terlebih dahulu. Apakah sebabnya? Ini adalah kerana Body Mass Index (BMI) yang ideal adalah di antara 20-24.


2. Mengetahui bilakah waktu subur.

Mengetahui bilakah waktu subur amat penting bagi wanita yang ingin hamil. Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi iaitu pada masa wanita sedang subur. Contoh mudah yang boleh diberikan ialah, bagi wanita yang kitaran haidnya adalah teratur, waktu subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi yang dah tahu bilakah waktu subur tu, bolehlah merancang dengan suami untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.


3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Makanan yang seimbang dan kesuburan adalah saling berkait. Jika anda dan pasangan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang, menitikberatkan kesihatan dalam penyediaan makanan, anda mungkin akan dapat meningkatkan peluang untuk hamil.


4.  Bersenam.

Sentiasa sihat dengan mengamalkan senaman adalah baik untuk meningkatkan kesuburan.


5.  Mengelakkan dari tekanan.

Hidup kita ada pasang surutnya. Ada hari kita gembira dan ada hari pula sebaliknya. Tapi ini bukanlah alasan untuk anda sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Berada dalam keadaan yang tertekan juga sedikit sebanyak menyumbang kepada punca ketidaksuburan.


6.  Tingkatkan kesuburan suami.

Kesihatan reproduksi suami hendaklah pada tahap optima. Suami hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok dan mengelakkan dari sebarang minuman keras.  Jika terdapat sebarang isu semasa berkaitan hubungan seks bersama pasangan seperti ejakulasi pra-matang, hendaklah berbincang dengan doktor kerana faktor ini mungkin penyebab isteri lambat hamil.


7. Hubungan seks yang lebih kerap. 

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting terutamanya pada hari wanita didapati berada dalam keadaan subur. Pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari supaya kemungkinan sperma untuk bertemu dengan telur adalah besar dan persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. 


8.  Mengambil multivitamin.

Wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengamalkan pengambilan vitamin harian seperti asidfolik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen VIVIX untuk melindungi  dan membaiki sel DNA serta Vitamin E & Vitamin C.


9.  Jumpa doktor anda. 

Antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan punca kesukaran untuk hamil ialah masalah cyst, endometriosis atau fibroid. Jika haid anda adalah teratur dan anda sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat. Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah.


Sekarang, kita lihat multivitamin Shaklee yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar setelah pelbagai usaha dilakukan.

Bagaimana Supplemen Membantu Meningkatkan Kesuburan


1. B.Complex Shaklee.

- Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.

- Asid folik diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian sel serta mengelakkan  kecacatan tiub neural pada janin (berkaitan saraf).

-  Untuk sistem reproduktif yang sihat.

2. GLA Complex.

- Wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur disarankan mengamalkan GLA Complex untuk membantu menyeimbangkan kitaran haid.
         
- Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.

3. Vitamin E.

- Membantu meningkatkan kemampuan reproduktif iaitu meningkatkan kiraan sperma lelaki.

- Melindungi sperma lelaki.

4. ESP

-  Membantu menyihatkan sel badan terutamanya rahim wanita

-  Mengandungi isoflavone yang sangat penting untuk hormon estrogen wanita.


5. Sustained Released Vita C.

-  Membantu meningkatkan motility(pergerakan) sperma.

-  Menghalang sperma berbentuk gumpalan.

6. Coq Trol

Coq10 membantu meningkatkan kesihatan reproduktif dengan;
- Meningkatkan pergerakan sperma.

- Meningkatkan kuantiti sperma.

- Menghasilkan sel telur (ovum) yang berkualiti.

- Meningkatkan peluang kehamilan.


7. VIVIX.

- Untuk kesihatan optimum lelaki dan wanita yang merancang untuk hamil.

- Membantu meningkatkan tenaga lelaki dan wanita pada tahap selular.





Bagi anda yang dah lama menanti kehadiran zuriat, ikhtiar dengan VIVIX  secara konsisten InshaAllah membuahkan hasil dengan izinNya seperti testimoni di atas.


Setelah anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan kesuburan anda dan pasangan, bagi yang perlukan konsultasi dan berhasrat untuk mencuba Set Hamil Shaklee bolehlah menghubungi saya. Apa yang penting setelah anda berusaha adalah berdoa, mohonlah kepada Allah agar dimurahkan rezeki dengan dikurniakan zuriat. 

Semoga usaha anda akan mendatangkan hasil satu hari kelak. Insha Allah, entri akan datang saya akan kongsikan Set Kurus dan Set Untuk Menambah Berat Badan bagi yang berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.















 Salam Hormat

Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 
Read More

Kisah Penuh Inspirasi Master Norazrin Mohd



Baru-baru ni iaitu pada 19/04/2014 bertempat di Pullman Putrajaya, telah berlangsung majlis Master Coordinators Celebration bagi meraikan Master Norazrin Mohd dan suami beliau iaitu Master Noor Azmie . Siapa Master Azrin ni? Haa kalau nak tau jom saya cerita.






Master Norazrin ni  adalah merupakan satu-satunya Master Shaklee yang berasal dari Sarawak. Lahir di Negeri Sembilan, sekarang menetap di Miri Sarawak. Di dalam Shaklee ni, Master Azrin kiranya pangkat ‘moyang’ saya. Di kalangan keluarga besar OSF di bawah naungan beliau, kami memanggil beliau Mama Rin.

Saya sangat tertarik dengan kisah penglibatan dan kejayaan beliau di dalam Shaklee ni. Bermula dari 6 orang downline, sekarang jumlah tersebut telah mencapai 2000 orang! Menurut beliau, untuk sampai ke tahap Master Coordinators banyak pengorbanan yang dilakukan dari segi masa, duit dan perasaan.

Paling saya terkesan ialah bagaimana perkongsian beliau semasa berucap pada majlis tersebut tempoh hari. Walaupun saya tidak menghadiri majlis tersebut, tapi tidak bermakna saya tak tahu apa yang diucapkan beliau. Thanks to technology kerana hasil ihsan insan-insan yang sudi merakamkan ucapan tersebut maka dapatlah saya mendengar sendiri intipati yang diucapkan.  

Antara yang menarik saya ialah kata-kata penuh inspirasi dari beliau iaitu “LIMIT IS FOR LUGGAGE NOT YOUR IMAGINATION”. 









Paling menarik ialah saranan beliau kepada semua ialah rahsia magic sliding door. Apakah rahsia di sebalik magic sliding door itu? Hehe..kalau saya tengok sliding door saya tak terfikir apa-apa pun melainkan sliding door tu fungsinya ialah ianya akan terbuka jika ada orang nak masuk dan selepas itu ia akan tertutup. Tapi Master Azrin ni lain pula fikiran beliau. Beliau berpesan supaya jika ada sesiapa yang mempersoalkan usaha kita, dengan bertanya “ Bolehkah kau berjaya”? kita tutup sliding door kita. Biar kita boleh nampak mereka melalui sliding door tetapi kita tak dengar apa yang mereka ucapkan.






Okay,kalau nak lebih faham apa yang saya cerita kat sini, jom jemput lihat & dengar ucapan Master Azrin tempoh hari DI SINI



Harapan saya ialah supaya saya mencontohi beliau dan master-master Shaklee yang lain. Nampaknya lepas ni saya nak kena lebih usaha lagi. Okay sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Diharap kita semua dapat manfaat dari perkongsian ini.



Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor
Azura Zainalabidin
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-800 4628
♥ Shaklee ID : 1091952
♥ FB Page 
♥ Email : juaazura81@gmail.com 


Read More

Faedah Menjadi Ahli Shaklee

Ada tak dikalangan pembaca blog ni yang berkira-kira nak cari pendapatan tambahan? Jika anda benar-benar serius nak cari pendapatan tambahan, sila baca entri ni sampai habis. Kali ni saya nak bercerita bagaimana nak menjana pendapatan tambahan bersama-sama dengan Shaklee. Kalau nak cari pendapatan tambahan ni, sudah tentunya kita TIDAK setakat menjadi ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri ya. Mestilah ada usaha untuk kearah nak menjana pendapatan. 

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, suka untuk saya ingatkan bahawa TIADA jalan pintas jika hendak berjaya di dalam bisnes Shaklee. Semuanya adalah atas usaha yang gigih dan semangat tidak mudah berputus asa.


Apa keistimewaan menjadi Ahli Shaklee ?

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang istimewanya berdaftar sebagai ahli Shaklee kan? Baik, jawapannya ialah:-


1.         Jimat sehingga 20%

          Jika anda sudah memulakan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli, anda akan dapat berjimat sehingga 20 peratus di mana anda layak membuat pembelian dengan harga ahli.

2.         Dapat mata ganjaran yang ditukarkan kepada wang tunai.

     Selain daripada dapat membeli produk Shaklee pada harga ahli, melalui setiap pembelian, anda akan diberikan mata ganjaran dan kemudian ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak Shaklee.

3.         Tidak perlu menyimpan stok.
         
           Dengan adanya system online Shaklee, semua urusan pembelian adalah di hujung jari. Kita hanya tinggal nak order barang melalui system online tersebut dan pihak Shaklee akan menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Mudahkan?


4.         Modal yang rendah.

         Percaya tak kalau saya katakan bahawa modal nak jadi ahli Shaklee adalah terlalu rendah? Tak perlu kita nak buat pinjaman kat institusi perbankan pun kalau nak jadi ahli Shaklee ni. Dengan hanya RM65, anda dah boleh menjadi ahli Shaklee jika anda terus pergi ke ibu pejabat Shaklee untuk mendaftar sebagai ahli. Untuk mendaftar keahlian Shaklee, anda perlukan seorang penaja. Anda boleh menggunakan ID saya iaitu 1091952 (Azura bt.Zainalabidin). Minta borang di kaunter dan isikan butiran yang diperlukan.

Bagi yang jauh dari ibu pejabat/cawangan Shaklee, jangan risau, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli melalui saya. Saya akan mendaftarkan anda melalui system online Shaklee dan anda hanya perlu membayar tambahan RM10 ( bagi Sem M’sia ) dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak untuk kos penghantaran member kit kepada anda oleh pihak Shaklee.


5.          
Keahlian adalah seumur hidup!

         Inilah yang menarik bagi saya. Apa tak nya, sudah la modal jadi ahli sangat rendah, tak payah memperbaharui keahlian pula tuu. Sekiranya anda cuma nak jadi ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri, anda tak perlu maintain poin(s). Melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Best ke tak best? 


Bagi yang nak cari pendapatan tambahan tu, jika anda dah daftar jadi ahli di dalam kumpulan kami, anda akan diberi panduan melalui secret group kami. Apa yang ada dalam secret group tu? Mestilah rahsia, nama pun dah secret group kan? Tapi, segalanya TIDAK lagi RAHSIA jika anda adalah sebahagian dari kumpulan kami. Yeayyy…J


Kepada yang nak jadi ahli untuk kegunaan sendiri tu, JANGAN risau, setakat ni tak pernah lagi MANA-MANA dari ahli kumpulan kami yang MEMAKSA ahli-ahli yang sedia ada untuk menjual produk Shaklee ni. Jangan takut ok..


Okay, ada sesiapa yang dah teruja nak jadi ahli Shaklee? Jangan berlengah lagi, jom la hubungi saya, AZURA melalui TELEFON/SMS/WHATSAPP di  016- 800 4628 untuk menyertai kami. 
InshaAllah kita akan bertemu lagi di lain entri saya.









Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB Page 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 

Read More

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Bayi Dalam Kandungan

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’. Ramai orang muda di usia pertengahan yang kurang mengambil berat mengenai pengambilan kalsium di dalam diet seharian kerana beranggapan kalsium hanya penting bagi kanak-kanak dan golongan tua.

Kalsium bukan sahaja penting untuk semua golongan usia, malah ia merupakan zat yang tersangat penting bagi ibu-ibu hamil. Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Mengapa begitu banyak kalsium yang diperlukan ibu-ibu hamil ni ya? Jawapannya ialah, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa bayi membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang dan gigi. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Fungsi Kalsium Bagi Ibu-ibu Hamil

Kalsium yang mencukupi bagi ibu-ibu yang hamil amat berguna untuk kekuatan tulang kerana ia amat diperlukan bagi menanggung berat bayi yang semakin membesar. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan impuls saraf, mengawalatur degupan jantung dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Diet Cadangan Untuk Ibu Hamil

Bagi mendapatkan 1200 ke 1300 mg kalsium sehari, ibu-ibu hamil disarankan mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari walaupun anda dibekalkan dengan pil kalsium pada setiap kali pemeriksaan bulanan di klinik.  Malangnya, ada antara ibu-ibu hamil yang kurang mengamalkan meminum susu kerana tidak suka rasanya atau ada yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Namun faktor di atas bukanlah satu penyebab bagi ibu-ibu hamil untuk tidak mengambil kalsium kerana terdapat banyak susu berperisa yang boleh diambil. Keju, dadih dan makanan yang berasaskan susu juga boleh diambil bagi menggantikan susu. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis juga boleh dimasukkan dalam sajian diet ibu-ibu hamil.




Contoh sumber makanan yang kaya kalsium


Kesan Kekurangan Kalsium

Banyak kesan buruk akibat kekurangan kalsium di kalangan ibu hamil. Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana, tolonglah jaga kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan anda ya. Berdasarkan kajian yang disenaraikan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Risiko praeklampsia dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama masalah lain. Bahayanya praeklampsia ini adalah kerana ia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Selain itu, kesan kekurangan kalsium bagi ibu-ibu yang hamil ialah ia boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang muda. Ini berpunca daripada kegagalan ibu-ibu hamil menggantikan semula kalsium yang telah diserap oleh bayi. Di samping itu, kesan kekurangan kalsium ialah ia turut menyebabkan osteoporosis dan juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.

Supplemen Untuk Menambah Kalsium

Jika ibu-ibu hamil ada mengalami symptom-simptom seperti sakit gigi, sakit pinggang serta kaki kejang (cramp) itu mungkin adalah petanda bahawa anda mengalami kekurangan kalsium di dalam badan. Walaupun anda ada mengambil pil kalsium yang dibekalkan doctor, namun anda masih perlu menambah jumlah pengambilan kalsium harian apatah lagi menjelang tempoh akhir kehamilan.

Ini adalah kerana ibu hamil kehilangan kalsium lebih banyak iaitu lebih kurang 3 hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 hingga 3 peratus. Kehilangan yang banyak ini adalah berpunca daripada permintaan terhadap kalsium yang tinggi oleh bayi yang dikandung.

Justeru, ibu-ibu hamil disarankan mengambil OsteMatrix Shaklee bagi menambah keperluan kalsium yang diperlukan demi kesihatan anda dan bayi anda.

Keistimewaan OsteMatrix Shaklee berbanding kalsium lain.


  • Kalsium yang isinya paling seimbang dan kadar penyerapannya adalah 99 peratus.
  • Formulanya unik iaitu dibuat dari mineral semula jadi dan garam mineral dari Laut Mati.
  • Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vtamin D, zinc, kuprum manganes dan boron. Nutrien- nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.





Bagi ibu-ibu hamil yang masih berkira-kira untuk mendapatkan supplemen Ostematrix Shaklee anda harus berfikir semasak-masaknya kerana keselamatan anda dan si kecil yang bakal dilahirkan adalah sangat penting. Dikhuatiri kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Kiranya pelaburan mengamalkan supplemen ini adalah satu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi. Untuk pengetahuan, Shaklee sedang mengadakan promosi Buy 6 Free 1 bagi supplemen Ostematrix sepanjang bulan April 2014.




Tak rugi membeli masa ni kerana selepas bersalin pun pengambilan kalsium hendaklah sangat dititikberatkan. Selepas bersalin, ibu-ibu khasnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama seperti semasa hamil untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula dan sewaktu kedatangan haid.


Nak tahu rahsia ibu hamil ni kekal cergas walaupun usia kandungan dah mencecah 7 bulan? Siap panjat candi Borobudur pulak tu.. Nah, saya bongkarkan rahsia beliau mengekalkan kecerdasan walaupun sedang sarat hamil.



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemen untuk ibu hamil boleh rujuk SINI


KLIK DISINI UNTUK INFO MENGENAI OSTEMATRIX



 




Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More