Kesan Penggunaan Vita E- Shaklee

ASSALAMUALAIKUM.

Bulan Jun dah semakin ke penghujung. Kalau dah nak hujung bulan Jun maksudnya apa ya? Mesti ada yang jawab bulan puasa nak datang kan..Betul juga jawapan tu, tapi skema jawapan saya mengatakan bahawa Promosi Buy 6 Free 1 Vita E akan sampai ke penghujung..hehe..



Rasanya belum lagi saya kongsikan pengalaman saya dengan Vita-E ni kan? Tapi, sebelum saya meneruskan cerita saya, nak bagi AMARAN sikit nih.. Apa amaran nya?

AMARAN: JANGAN TERUSKAN PENGGUNAAN VITA-E JIKA ANDA TIDAK SANGGUP MENGHADAPI KESANNYA.

KESAN PENGGUNAAN ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU. INI ADALAH PENGALAMAN PERIBADI PENULIS DAN TIADA KAITAN DENGAN PENGGUNA LAIN.

Jelas tak? Okay, tarik nafas…dan hembus… Semenjak saya menggunakan Vita E ni, saya perasan beberapa perkara yang berubah pada diri saya. Apakah kesan Vitamin E terhadap saya? Jom saya bagitau.

1.    Kulit muka menjadi SEMAKIN KURANG BERMINYAK.

2.    Semasa bulan mengambang ( kaum wanita mesti tau) TIDAK LAGI PENING-PENING KEPALA. Asal pening je kepala, bulan mengambang la tu..Asal bulan mengambang je..mesti pening.. (PEMBACA SEKALIAN JANGAN PENING YA)

3.   TIADA LAGI SAKIT-SAKIT PERUT seperti yang selalu dialami semasa bulan mengambang.

4.   PALING BEST, PARUT BEKAS JERAWAT SEMAKIN PUDAR.

Bagi yang ada masalah kulit(jerawat, kulit kusam, jeragat)  tu.. memang saya sangat-sangat sarankan mengamalkan Vita E Shaklee  ni . Vita E Shaklee ni juga berfungsi sebagai ejen ANTI- PENUAAN kalau anda semua nak tahu.. Pengambilan 1 kapsul Vitamin E Shaklee sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya juga membantu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan ton paha.






Banyak lagi sebenarnya khasiat Vitamin E Shaklee ni..InshaAllah saya akan ceritakan dengan lebih terperinci khasiat-khasiat lain Vitamin E Shaklee. Sebelum mengundur diri, meh saya kongsikan cara untuk  anda membuat pilihan sebelum membeli  Vitamin E. Jika nak dapatkan Vita E Shaklee, jangan tunggu lama-lama tau, jom hubungi saya :)







Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Tips Kekal Cergas Di Bulan Puasa

ASSALAMUALAIKUM

Menjelang puasa yang akan tiba tak lama lagi, saya nak kongsikan tips bagaimana nak mengekalkan kecergasan sepanjang berpuasa. Berpuasa tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berbaring seharian atau duduk menonton tv sepanjang hari. Untuk kekal cergas di bulan puasa, beberapa aktiviti ringan boleh dilakukan seperti membersih rumah atau menyapu sampah di halaman rumah.  Otot-otot  di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa cergas dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal tersebut.



Selain itu, untuk mengelakkan anda cepat berasa lapar, anda boleh mengambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan semasa bersahur. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.

Bagi yang selalunya tak boleh nak makan awal pagi sewaktu sahur, anda boleh mengambil Set Mighty 3 Gems Shaklee. Boleh je ambil 3 sekawan ni iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Dengan mengambil 3 sekawan ni InshaAllah anda dapat bertahan sampai waktu berbuka puasa walau pun tak makan semasa sahur. Besttt sangat Set Mighty 3 Gems ni, penyediaanya saaangattt la mudah, bancuh je, siapp dah boleh terus diminum. Mana-mana yang takde idea nak masak apa semasa bersahur atau yang terlajak tidur tak sempat nak masak tu boleh la ambil Set Mighty 3 Gems ni. 




Kebaikan Set Mighty 3 Gems Shaklee:

1.      Membantu anda bertenaga sepanjang hari.

2.      Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan.

3.      Memelihara kesihatan secara menyeluruh.

4.      Membantu mengurangkan kehausan dan mencecah dehedrasi.


Jika anda rasa tak perlu mengambil makanan semasa sahur ataupun mengabaikan pengambilan sarapan pada hari-hari biasa, jom saya senaraikan kesan jika anda membiarkan perut anda kosong.

Kesan Mengabaikan Makanan Semasa Bersahur atau Skip Sarapan.

1.      Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang.

2.      Kurang peka.

3.      Mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas.

4.      Kandungan gula dalam darah yang rendah.

5.      Produktiviti kerja menurun.


Saya pasti anda pasti amat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecergasan tubuh badan anda dan keluarga. Dengan keadaan cuaca yang agak kuat darjah kepanasannya, adalah baik anda mengambil langkah-langkah pencegahan terutamanya dengan memastikan anda dan anak-anak anda terutamanya tidak kehilangan bendalir di dalam tubuh badan anda. Berapa sangatlah harga Set Mighty 3 Gems ni kalau nak dibandingkan dengan gajet canggih anda tu... Tak salah kalau berbelanja sekali-sekala untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga. Pahala pun dapat :)

Sebelum saya mengundur diri, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA UNTUK ANDA SEISI KELUARGA.

Bagi yang berminat nak dapatkan Set Mighty 3 Gems Shaklee ni, ayuh dapatkan dengan pengedar Shaklee yang sah atau boleh hubungi saya.



Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Tips Membeli Vitamin Yang Anda Perlu Tahu


ASSALAMUALAIKUM..

Sihat semua? Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang kita kecapi. Hari ni saya nak kongsikan tips membeli vitamin. Tak kisah la anda beli vitamin Shaklee atau tidak, boleh je guna tips membeli vitamin ini jika anda mahu J .




1. Pastikan anda tahu SUMBER VITAMIN tersebut. Adakah vitamin tersebut dihasilkan daripada bahan SEMULAJADI atau adakah ianya vitamin SINTETIK.

2.  Dapatkan pengetahuan sebanyak mungkin mengenai vitamin yang akan anda ambil. Penting tau, untuk mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini.

- Contohnya, saya berikan 2 scenario:-

Scenario 1 (Anda bercadang nak menghadiahkan vitamin untuk kawan anda)

Anda : Assalamualaikum.. Saya nak beli vitamin XXXX.. Berapa ye harganya puan?

Penjual : Harganya RMXX. Cik tinggal kat mana? Saya boleh COD.

Anda : Saya tinggal di XXX.

Penjual : Owh, dekat je tu. Nanti saya hantar.
** Setelah set masa dan tempat, maka pertemuan pun berlangsung dan penjual pun memberi panduan pemakanan kepada anda.


Scenario 2 (Anda bercadang nak menghadiahkan vitamin untuk kawan anda)

Anda : Assalamualaikum.. Saya nak beli vitamin XXXX. Berapa ye harganya puan?

Penjual : Harganya RMXX. Cik tinggal kat mana? Saya boleh COD.

Anda : Saya tinggal di XXX.

Penjual : Owh, dekat je tu. Nanti saya hantar. Sebelum tu, saya nak bagitau tentang vitamin XXXX ni. Orang tertentu tak boleh ambil vitamin XXXX ni Cik. (Penjual pun menerangkan dengan anda dengan panjang lebar….)

Anda ; Oh, ye ke.. Nasib baik puan bagitau sebab setau saya kawan saya tu memang ada symptom yang puan bagitau. Terima Kasih banyak-banyak ya puan.

Penjual ; Tak pa, memang tanggungjawab saya.

Anda : Lain kali kalau saya nak beli vitamin saya akan hubungi puan ya..

Penjual : Boleh je.

** Anda boleh bayangkan jika anda tetap membeli vitamin XXXX tanpa mengetahui kesannya kepada kawan anda seperti di SCENARIO 1.

3.  Pastikan anda mendapat panduan pemakanan daripada penjual.

Jom sekali lagi saya berikan 1 scenario untuk anda. ( Tak kisah la produk apa pun yang anda beli yea).

Anda membeli kipas di kedai Pak Ali. Setelah berpuas hati dengan kipas yang dibeli, anda pun membayar dan membawa balik kipas itu di rumah. Setelah beberapa hari kipas tersebut digunakan, tiba-tiba ia tidak dapat berfungsi.

Oleh kerana masa suntuk,(anda sibuk, tak dapat nak ke kedai Pak Ali). Anda membuat keputusan membawa kipas tersebut ke kedai Pak Mamat. Atas dasar simpati, Pak Mamat menolong melihat masalah kipas tersebut walaupun anda membeli di kedai Pak Ali. Setelah diteliti, kipas tersebut pun dapat berfungsi semula. Pak Mamat pun menerangkan kepada anda punca mengapa kipas tersebut tidak berfungsi seperti sediakala.

Berdasarkan kes di atas, anda BERHAK mendapat panduan penggunaan kipas di kedai PAK ALI. Tapi, menjadi soalan apa pula hak PAK MAMAT ya? Agak-agaknya laa kan, adil ke tak adil? Okay, saya tinggalkan anda dengan soalan ini untuk renungan.

Harapan saya moga anda mendapat manfaat daripada tips kali ini. Nak lebih banyak tips? Rajin-rajin la melawat ke blog saya ya… 



Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 

Read More

Kebaikan Performance Drink Shaklee Untuk Mencegah Dehidrasi


Ramadhan akan tiba tak lama lagi.. Cepat je masa berlalu kan? Sedar tak sedar dah setahun Ramadhan yang lepas berlalu. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni kita akan berpuasa dalam cuaca yang 'baik' menurut ramalan dari Jabatan Meteorologi Malaysia.




Sebagai persediaan nak menyambut Ramadhan kali ni, tak salah jika kita bersiap sedia dengan kesihatan fizikal supaya dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna. Kesihatan tubuh badan hendaklah diambil kira kerana sudah tentunya dengan berpuasa tidak sesekali menjadikan produktiviti atau prestasi kerja kita menurun. Puasa bukanlah alasan untuk kita lemah longlai tidak bermaya serta letih dan lesu sokmo. Paling penting di bulan puasa ialah memastikan metabolism air di dalam tubuh kita adalah mencukupi.

Bagaimana nak memastikan air di dalam badan adalah mencukupi? Cara mudah ialah pastikan anda minum air dengan mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 3L. Ataupun jika anda mengamalkan gaya hidup yang aktif, anda boleh mengambil minuman isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Namun pengambilan minuman isotonik biasanya mengandungi gula yang banyak (manis) dan berkarbonat.

Apakah ADA alternatif yang lain sebagai pengganti minuman berkarbonat tersebut? Jawapannya ialah ADA... Anda boleh bertukar kepada Performance Drink. Tak perlu anda risau nak bagi anak anda minuman ni sebab ianya bukan minuman BERKARBONAT dan yang penting  ianya juga TIDAK MANIS. 








Kebaikan Performance Drink. 

Nak tau kebaikan Performance Drink ni? Meh, saya cerita :)

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. Mencegah Penyahhidratan (dehidrasi). - Mengurangkan kehausan, melembabkan kulit dan awet muda.

3. Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolot dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.

4. Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

5. Memelihara Sirkulasi Bendalir Dalam Tubuh.

6. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. 




Jom lihat siapa yang perlukan Performance Drink.





1.Para atlet
2. Orang dewasa/kanak-kanak yang berpuasa.
3. Orang yang tiada selera makan.
4. Keletihan.
5. Kepeningan.
6. Cirit-birit.
7. Orang yang tidur lewat malam.
8. Sebelum/selepas menjalani pembedahan.


Ingin cuba Performance Drink? Tak rugi cuba tau.. KLIK DI SINI UNTUK ORDER .. Anda pasti sukakannya dan mendapat manfaat yang tidak sedikit dimana ianya sangat-sangat membanru mencegah dehidrasi dan mengurangkan rasa haus.

Sekian dulu perkongsian kali ni. Harap jumpa lagi di entri yang lain. 




Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 
Read More

Set Kulit Cantik Shaklee Yang Selamat Dan Semulajadi

ASSALAMUALAIKUM

Kulit yang halus mulus adalah menjadi impian semua wanita tidak mengira usia. Nak-nak la bagi yang masih remaja, muda belia. Inilah masa saham tengah naik, semestinya golongan ini amat mementingkan kecantikan kulit yang sihat. Bagi yang dah berkahwin, semestinya pulak nak jaga kecantikkan untuk suami tersayang.

Apa pun sebab anda nak jaga kecantikkan kulit, faktor keselamatan produk kecantikkan yang anda gunakan mestilah sangat-sangat dititikberatkan.

Mengapa kita mesti memilih produk kecantikkan yang selamat? Sudah tentulah bagi yang mencari produk kecantikkan muka tidak mahu masalah kulit muka yang sedia ada semakin bertambah akibat kesan buruk yang timbul apabila menggunakan produk yang tidak selamat. Inilah yang berlaku kepada saya suatu masa dahulu.

Bagi yang mengenali saya memang tau tentang masalah jerawat yang saya alami. Azura dan jerawat..memang sinonim. Huhu.. Bermacam-macam produk saya dah cuba, tapi hasilnya tetap menghampakan. Stess? Memang stress, bukan je dengan masalah jerawat, malah lagi stress dengan ejekan/usikan rakan di sekolah dan orang-orang yang tidak sensitif dengan emosi kita yang berada di dalam situasi tersebut.

Tapi, saya buat-buat pekakkan telinga. Nasihat saya kepada yang mengalami masalah seperti saya ialah, toksah dilayan dengan orang-orang sebegitu. Buat menyakitkan hati je. Bukannya diaorang tolong menyelesaikan masalah kita pun..Ya tak?


Pentingnya Menitikberatkan Keselamatan Produk

Pernah tak mendengar/membaca berita beberapa mangsa mengalami masalah kulit setelah menggunakan produk kecantikkan yang merbahaya seperti hydroquinone atau tretinoin? Bahaya tau…penggunaan bahan-bahan tersebut secara berlebihan apatah lagi untuk jangka masa yang lama.


Kesan Penggunaan Produk Yang Mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin.

Biasanya, produk yang mengandungi hydroquinone dipasarkan bertujuan untuk mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan masalah warna kulit yang tidak sekata. Namun, penggunaan bahan tersebut hakikatnya akan menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit, kulit menjadi hipersensitif dan lebih buruk boleh menyebabkan meningkatnya risiko kanser kulit.

Produk yang mengandungi tretinoin pula dijual untuk merawat masalah jerawat serta mengurangkan kedutan. Kesan penggunaan bahan ini tanpa kawalan boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, pedih, tidak selesa, mengelupas dan hipersensitif kepada matahari.


Saya juga pernah mengalami keradangan kulit akibat penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit muka. Syukur Alhamdulillah masalah tidak berlarutan. Namun kesan perit akibat penggunaan produk tersebut sangat menyakitkan dan menginsafkan saya. Aik..apasal insaf pulak? Haha..bayangkan betapa pedihnya kulit muka yang kemerah-merahan dan tak dapat kena cahaya matahari pulak tu. Bukannya nak menyelesaikan masalah jerawat, bertambah pulak masalah lain. Sejak detik itulah saya tidak sesekali menggunakan sebarang produk yang meragukan, yang claim dapat menghilangkan jerawat dalam masa yang pantas. Belajar dari kesilapan la katakan.

Sampai la saya kenal dengan Shaklee dan mengenali produk penjagaan kulit dan supplemen barulah saya berani nak cuba supplemen untuk penjagaan kulit Shaklee. Itu pun setelah saya dapat BONUS dari mengamalkan ESP di mana parut jerawat & kesan pembedahan c-sect sebanyak 3x semakin pudar.  

Nak tau supplemen Shaklee untuk kulit yang saya amalkan? Jom tengok J



Bagaimana Supplemen Shaklee Berfungsi

Jom kita lihat satu persatu fungsi supplemen Shaklee untuk kulit cantik1.

1. ESP
-  Mencantikkan kulit.
-  ESP berupaya MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
- BONUS bagi ibu yang menyusukan anak ialah ESP merupakan milk booster untuk breastfeeding moms dan susu ibu menjadi lebih pekat dan bayi kenyang lebih lama. 

2.  Sustained Released Vita-C
-   Menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan.
-   Menyekat pembentukan pigmen yang menjadi penyebab utama kejadian jeragat.
-   Membentuk dan merangsang pembentukan kolagen.

3.  Vita-E Complex
-   Memperbaiki parut. Untuk mengurangkan kesan luka, letak vitamin E pada tempat yang mengalami luka ( Inila yang selalu saya buat. Bubuh vitamin E kat jerawat, cepat je kering jerawat).
- Anti- penuaan. 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan.

4.  B. Complex
-   Membantu melawan tekanan emosi dan kelesuan. Nak cantik tak boleh selalu stress & muka kedut-kedut tau…
-   Detoksifikasi iaitu membantu meredakan alahan.

Nah, dah tau fungsi supplemen Shaklee untuk kulit yang cantik tanpa cela? Jangan tunggu lama-lama, fikir lama-lama untuk bertindak merawat masalah jerawat atau kulit kusam anda. Gunakan supplemen Shaklee tanpa was-was. Tak perlu risau kerana produk Shaklee ni adalah semulajadi, tiada bahan larangan seperti Hydroquinone dan Tretinoin dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Memang puas hati sebab kita tak perlu risau kesan sampingan yang akan timbul. Meh, contact saya untuk dapatkan Set Kulit Cantik Shaklee ni :)

Sekarang kita lihat testimoni pengguna Set Kulit Shaklee pula.

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.













 Salam Hormat
Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 
Read More