Shaklee Effect


Assalamualaikum semua.. Berapa hari kita tak bersua kat sini, apa khabar anda semua? Diharap sihat semua hendaknya. Hari ni tak cerita tentang supplemen Shaklee, tapi nak cerita tentang Shaklee Effect. Mesti ada yang tertanya-tanya apa ke bendanya Shaklee Effect ni? Shaklee Effect ni ialah lebih kurang macam kesan Shaklee terhadap saya. 

Nak tau apa Shaklee Effect terhadap saya? Jom baca kisah ni. Tapi sebelum tu nak beri peringatan sikit kat anda semua, Shaklee Effect saya ni TIDAK mungkin akan berlaku tanpa keizinanNYA jua...

1. Memperbaiki Kesihatan Saya dan Keluarga.

Bagi yang pernah membaca kisah pengalaman saya dengan ESP mesti tahu bagaimana saya dapat menjalani ibadah puasa tanpa diserang gastrik dengan mengamalkan ESP kan.. Alhamdulillah kali ni dah masuk tahun ke-2 saya berpeluang menjalani ibadah puasa seperti orang lain.

Maklum je la kan, kaum wanita ada ‘cuti’ di bulan puasa. Kalau ditambah lagi dengan hari tak berpuasa akibat serangan gastrik agak-agaknya berapa hari je yang tinggal untuk berpuasa? Tapi, itu bukanlah alasan untuk tidak menunaikan ibadah puasa. Sebab itulah saya sangat-sangat bersyukur sebab masalah gastrik di bulan puasa dan hari-hari biasa tinggal kenangan sekarang ni.. 

Bukan tu je.. sebelum ni selang 2 bulan saya akan berjumpa dengan doktor akibat demam, selsema dan batuk. Disebabkan kekerapan ke klinik (selang 2 bulan),  doktor yang merawat memberitahu saya bahawa berkemungkinan di antara punca saya kerap demam ialah kerana kekurangan vitamin C di dalam badan. Kenapa vitamin C? Sebabnya ialah vitamin C terkenal baik untuk imun badan..

Sejak hari itulah saya mula mengamalkan Vita C Shaklee. Dan... itulah merupakan kali terakhir saya berjumpa dengan doktor kerana masalah demam.. Bukanlah maksud saya dengan memakan supplemen Shaklee seseorang tu tidak akan didatangi penyakit...Maksud saya ialah, sejauh mana kita berusaha menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada kita. Biasanya, kita akan sedar betapa berharganya nikmat kesihatan setelah jatuh sakit. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati penyakit?

Alhamdulillah, kesihatan anak-anak juga sedikit sebanyak turut bertambah baik. Jika sebelum ni mereka turut terkena ‘tempias’ jika berada di kalangan ahli keluarga yang demam/selsema, sekarang ianya tidak lagi. Jika terkena demam/selsema sekalipun, ia tidak berlanjutan begitu lama seperti sebelum ni.

2. Persepsi terhadap MLM berubah.

Sebelum kenal Shaklee, saya memang begitu takut dengan perkataan MLM ni. Bila dengar je orang sebut perkataan MLM, mulalah saya mencongak-congak idea nak ‘melepaskan diri’ dari terjebak. Hehehe... 

Namun, bagaimana Shaklee telah mengubah persepsi saya terhadap MLM? Begitu mudah sekali kerana sebab utamanya ialah kerana saya mula jatuh hati dengan produknya. Yang paling best ialah modal nak jadi ahli yang begitu rendah. Tak payah nak buat pinjaman bank pun. Bayar yuran keahlian sebanyak RM85, dapat kemudahan menjadi ahli, tak payah memperbaharui keahlian tiap tahun dan dapat BONUS pulak tu. Macam mana nak dapat bonus dan jadi ahli Shaklee boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.

3. Pelanggan berpuas hati, malah ada yang tolong promote Shaklee kat kawan-kawan mereka.

Tiadalah yang lebih menggembirakan hati saya bila pelanggan turut gembira dengan perubahan mereka setelah mengamalkan supplemen Shaklee. Malah, paling tak disangka-sangka bila ada yang secara sukarela turut menceritakan pengalaman mereka dan sekaligus mencadangkan produk ni kat kawan-kawan mereka.

Inilah yang menaikkan semangat saya untuk terus share tentang kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang kat luar sana. Benarlah kata pepatah, jika kita sebar kebaikan, maka yang akan datang kat kita pun yang baik-baik belaka. Inshaa Allah jika masih diberi kesempatan saya akan terus berkongsi kebaikan Shaklee supaya lebih ramai orang kat luar sana turut sama-sama merasai manfaatnya.


4. Sokongan upline dan geng-geng group.

Apa yang membuat saya seronok ialah apabila berada di dalam kumpulan yang saling menyokong antara satu sama lain. Ditambah pula dengan upline-upline yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Walaupun kami menjual produk yang sama, namun itu tidak menghalang kami untuk saling bantu-membantu diantara satu sama lain. Bukankah setiap dari kita ni memang sudah ada bahagian rezeki masing-masing? Jadi tak timbul soal nak bersaing antara satu sama lain di dalam ‘keluarga besar Shaklee’ kami. 

Rasanya dah cukup panjang celoteh saya kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Apakah Shaklee Effect anda? Boleh kongsikan dengan saya jika anda tak keberatan. Sehingga bertemu lagi....


Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE 

♥ Email : juaazura81@gmail.com 

Read More

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder


Assalamualaikum.. Kalau tadi dah cerita tentang jerawat, sekarang nak bercakap tentang Shaklee Collagen Powder . Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder? Kalau nak tau, Shaklee Collagen Powder lebih dari HANYA kolagen. Sebelum pergi lebih jauh, jom ketahui apakah kolagen?

Kolagen ialah tisu penyambung yang terdiri daripada struktur protein serta berperanan membantu mengekalkan kekuatan serta keanjalan kulit, rambut, ligamen, otot, tulang, sendi, mata, gusi dan saluran darah. 



Ciri-ciri Shaklee Collagen Powder.

Sumber kolagen yang digunakan adalah sangat lasak dan elastik iaitu daripada sisik ikan merah yang didapati hidup di lautan sedalam 5000m. Jika ikan biasa sukar untuk hidup di kedalaman sebegitu, ikan merah pula mampu menahan tekanan sehingga 20 paun.

Mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale), jisim molekul sangat rendah iaitu lebih kurang 1000 Dalton menjadikan ia sangat mudah diserap badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen di lapisan dermis dengan berkesan.

Shaklee Collagen Powder sangat mudah untuk digunakan dan mudah larut dalam minuman kegemaran anda. 



Bagaimana kelebihannya?

Shaklee menambah 7 ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen. Dengan 3 langkah/kaedah nyata Shaklee Collagen Powder menawarkan lebih dari HANYA kolagen. Mari ketahui 3 langkah tersebut.

1. Keanjalan.
- Untuk keanjalan kulit, ia menyokong pembentukan tisu penyambung.

2. Penghidratan.
- Satu kombinasi yang menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik

3. Antioksidan.
- Membekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas.

Dengan keistimewaan Shaklee Collagen Powder pastinya pelaburan anda membelinya sangat-sangat berbaloi. 










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Supplemen Semulajadi Untuk Kulit Berjerawat Dan Sensitif


Assalamualaikum.. Malam ni nak cerita mengenai jerawat. Baik lelaki atau wanita muda atau berusia pasti ada yang mengalami masalah jerawat. Kalau tengah belek-belek wajah tu, pasti ada yang tension sorang-sorang bila melihat jerawat kat muka tu.

Bukan sikit modal yang dah dilaburkan untuk membeli bermaca-macam produk, namun hasilnya masih lagi hampeh..

Ini semuanya adalah pengalaman saya sendiri. Setelah puas mencuba macam-macam produk, yang berjaya mencuri hati ni semestinyalah Shaklee. Nak guna produk ni pun tak perlu mengalami proses yang menyakitkan seperti kulit mengelupas dan sebagainya. Semuanya berlaku dengan selamat.

Okay, tak nak cerita panjang-panjang, jom lihat supplemen untuk masalah kulit berjerawat. Penerangan mengenai setiap produk boleh rujuk di SINI ya..



Mengapa perlu mengalami proses menyakitkan atau menggunakan produk yang mendatangkan kesan buruk kepada kulit jika produk yang selamat sudah ada menanti untuk digunakan?

Khas untuk anda yang sedang membaca entri ni, mari lihat testimoni pengguna yang telah mengamalkan supplemen untuk kulit berjerawat.

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.











Salam Hormat 
Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥ FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Read More

Vitamin Semulajadi Untuk Tenaga Tambahan Seharian

Ibu bapa masa kini yang kebanyakkannya sibuk bekerja, bagaimana memastikan badan sentiasa bertenaga? Ditambah dengan gaya hidup masa kini yang semakin mencabar, sememangnya badan yang sihat dan bertenaga memang sangat perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup.



Bagaimana nak menambah tenaga selepas seharian bekerja?

Set Tambah Tenaga Shaklee Insyaa Allah membantu membekalkan tenaga yang diperlukan.

Dengan kombinasi B.Complex, ESP dan Vita C berdasarkan pengalaman peribadi saya sebagai pengguna tegar Shaklee memang terasa perbezaan. Apa taknya, sebelum mengambil produk ni sebelum pukul 9 malam mesti dah melelapkan mata. Sekarang ni, dah boleh nak stay sampai jam 11 malam dan ke atas.



Nak tau fungsi suplemen-supplemen tersebut, boleh rujuk di entri-entri saya sebelum ni ya.. Oh ya, kalau berminat nak cuba set asas ni, meh order dengan klik butang order kat bawah ni. Nak order melalui saya pun boleh juga :D 










Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Apakah Kesan Buruk Migrain Terhadap Gaya Hidup?

Ada tak di kalangan pembaca kat sini yang sering sakit kepala ataupun mengidap migrain? Hanya pengidap migrain saja yang mengetahui kesakitan yang dialami semasa diserang migrain. Kalau sakit kepala yang biasa dah boleh menyebabkan sesorang tu tak tertahan menanggung sakit, apatah lagi jika terkena migrain. 

Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala tertutup terlalu ketat atau terbuka terlalu luas serta biasanya hanya sebelah bahagian kepala yang merasai kesakitan tersebut. Seringkali penghidap migrain menjadi sensitif kepada persekitaran semasa terkena serangan migrain. Biasanya mereka tidak gemar berada di tempat yang bising dan di tempat yang cahayanya agak terang.

Pengidap migrain biasanya memilih untuk memakan pil bagi menahan kesakitan yang dialami. Tetapi, sejauh mana keberkesanan memakan pil penahan sakit tersebut? Hakikatnya, jika memakan pil tahan sakit dijadikan amalan, lambat laun kesan kesakitan migrain tidak dapat dikurangkan. Ini adalah kerana badan sudah menjadi imun terhadap kesannya.





Punca Migrain.

1. Faktor pemakanan.
- Pengambilan alkohol, kafein, keju, coklat, kekacang dan sebagainya boleh menjadi trigger kepada migrain.

2. Keadaan sekeliling.
- Bilik yang dipenuhi asap rokok, wangian yang kuat, cahaya yang terang, atau bunyi tv yang membingitkan telinga.

3. Tekanan.
- Perasaan yang bercampur baur seperti marah, kecewa, letih, sedih, cemburu dan sebagainya.

4. Pengambilan ubat-ubatan
- Kesan ubatan, pil perancang keluarga yang tidak serasi, ubat penenang, ubat tidur.

5. Wanita yang sedang haid.
- Emosi terganggu dengan kesakitan yang dialami semasa haid dan bebanan kerja dan urusan rumahtangga.

Cara Mengatasi.
  1. Bertenang, elakkan dari stress.
  2. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
  3. Banyakkan meminum air kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala.
  4. Elakkan pergi ke kawasan yang bising, tempat berbau dan mempunyai cahaya yang terang.


Untuk mengelakkan migrain, Set Migrain Shaklee membantu terutamanya ibu hamil yang agak sukar nak mengambil sebarang ubatan dan individu yang memilih menjalani kaedah semulajadi.

Apakah kombinasi Set Migraine?

B. Complex.
OsteMatrix.
Omega Guard

Tindakan anda hari ini mungkin akan mengubah cara hidup anda. Sakit kepala akibat migrain boleh menjejaskan kehidupan seharian jika dibiarkan begitu saja. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut :)








Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com


Read More

Punca Masalah Jeragat Dan Cara Menanganinya


Assalamualaikum pembaca sekalian..Masih isu berkaitan kecantikkan wanita, kali ni tajuknya ialah melasma. Apa?? Tak familiar? Kalau saya bagitau jeragat mesti semua tahu kan? Memang masalah jeragat adalah masalah kulit yang agak biasa kita dengar kan? Malah ada yang sedang mencari jalan untuk mengatasinya. 2 jenis jeragat ialah jeragat epidermal dan jeragat dermal.



Punca Penyebab Jeragat.
  1. Masalah hormon. - wanita mengandung, pengamal pil perancang biasanya mengalami jeragat kerana perubahan hormon dalam badan.
  2. Tidak menggunakan sunblock semasa berada di bawah matahari.
  3. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai hingga menyebabkan masalah kepada kulit.
  4. Faktor genetik/keturunan.

Cara Rawatan Tradisional.
  1. Kisar secawan kacang hijau sehingga menjadi halus sebesar gula.
  2. Kemudian cuci muka menggunakan kacang tersebut sambil menggosoknya dengan perlahan. 
  3. Amalkan tiga kali sehari.
  4. Cara ini juga menghilangkan parut jerawat.




Ok, persoalannya ialah ada yang nak cara lagi mudah. Tak perlu nak kisar. Eh...ada ke cara lain? Semestinya ada dengan Set Jeragat Shaklee.

Semuanya begitu mudah. Cuma amalkan dan Insyaa Allah hasilnya juga tidak menghampakan.

Nak tau kombinasi Set Jeragat? Jom tinjau.

1. GLA Complex.
- Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hormon dalam badan.

2. ESP Shaklee.
-  Memperbaiki dan memperbaharui sel dan tisu kulit dari dalam.

3. Vita C.
- Anti-oksida. Membantu mengatasi masalah berkaitan kulit.

4. Vita-E.
- Juga merupakan agen anti oksida yang membantu mengurangkan parut jeragat, jerawat dan sebagainya.

5. Collagen Powder.
-  Menghasilkan kolagen dan memperbaiki tona kulit yang bermasalah.



Berapa lama lagi anda sanggup bertahan dengan jeragat yang menghuni di wajah? Dapatkan segera Set Jeragat kerana anda juga mampu mendapatkan kulit yang bersih bebas dari jeragat mulai dari sekarang.








Salam Hormat
Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com









Read More

Tanda-tanda Menopaus Yang Patut Diketahui

Menopaus ialah keadaan normal yang akan berlaku pada setiap wanita seiiring dengan peningkatan usia. Menjelang menopaus, wanita tidak akan didatangi haid selama setahun. Corak kitaran haid menjadi tidak sekata dan akhirnya kitar haid akan berhenti.



Bagaimana menopaus berlaku.

Wanita secara fitrahnya mempunyai telur(ovum) yang disimpan di dalam ovari. Hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan di ovari mengawal kitaran haid dan kesuburan tiap wanita. Apabila ovari tidak lagi menghasilkan telur (ovum) pada setiap bulan dan kitaran haid berhenti, maka ketika itulah menopaus berlaku.

Biasanya menopaus berlaku menjelang usia melebihi 40-an. Namun terdapat juga sebilangan wanita yang mengalaminya sebelum berusia 40 tahun atas faktor-faktor tertentu seperti setelah menjalani pembedahan, megalami masalah kerosakan ovari dan sebagainya.

Bagaimana Proses Menopaus Berlaku

Proses berlakunya menopaus bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Ianya berlaku secara berperingkat dan dalam 3 peringkat iaitu:-

 a.  Perimenopaus.
-   Proses ini berlaku beberapa waktu/tahun sebelum menopaus apabila hormon estrogen di ovari mula menurun. Pada 1 ke 2 tahun peringkat ini, penurunan hormon estrogen semakin ketara dan simptom menopaus akan kelihatan.

b.  Menopaus.
-   Inilah waktunya ketika wanita tidak lagi didatangi haid sejak setahun yang lalu. Pada ketika ini, ovari tidak lagi menghasilkan ovum.

c.  Postmenopaus.
-  Di peringkat ini, simptom menopaus akan berkurangan bagi kebanyakkan wanita. Namun kesan yang timbul dari segi kesihatan wanita semakin ketara akibat dari berkurangnya hormon estrogen di dalam badan wanita.

Tanda-tanda Menopaus.
  • Rasa panas.
  • Berpeluh.
  • Insomnia.
  • Ketidakhadaman.
  • Tekanan.
  • Perubahan mood.
  • Pening kepala.
  • Sakit sendi.
  • Kekeringan pada vagina.



Bagaimana Supplemen Menopaus Boleh Membantu?

1. GLA Complex.
-Mengawal selia estrogen dan testosteron dengan membentuk prostaglandin.

-Membaiki keadaan menopaus seperti rasa panas, insomnia, depressi serta ketidakhadaman.

2. Vita-E.
-Membantu melegakan masalah faraj kering akibat menopaus. 

3. Vita-C.
-Membantu mengurangkan rasa panas.
-Membina kolagen dan membantu mengelak kebocoran akibat tidak dapat mengawal pundi kencing.

4. Ostematrix.
-Menguatkan tulang dan membantu mengurangkan gejala osteoporosis.
-Memperbaiki gejala perubahan mood, jantung berdebar serta tekanan.

5. Omega Guard.
-Membantu mencegah insomnia.
-Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

6. B.Complex.
-Mengurangkan stress, kemurungan, melawan tekanan serta membaiki selera makan.
-Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular.

7. VIVIX.
- Merupakan pilihan terbaik kerana VIVIX adalah antioksidan terbaik yang berfungsi sebagai:

Cell Defence : Mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : Memberi tenaga kepada sel yang lemah.
Cell Repair : Membaiki sel yang telah rosak.
Cell Performance : Meningkatkan prestasi sel. 

Pada usia lewat 40an, kebiasaanya wanita mula mengalami pelbagai simptom penyakit seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah berkaitan jantung dan sebagainya. Justeru, VIVIX sangat disarankan pada usia sebegini kerana ianya bertindak memperbaiki kerosakkan sel hingga ke peringkat DNA

Usah biarkan masalah kesihatan menjelang fasa menopaus membelenggu diri anda dan keluarga tersayang. Anda berhak menjalani fasa menopause dengan gembira dan tenang disamping keluarga tersayang.

Untuk mendapatkan supplemen menopaus, anda boleh klik di bawah dan saya akan memberikan konsultasi dan panduan pemakanan supplemen kepada anda.











Salam Hormat
Kawasan COD : Petra Jaya - Pending - Kuching, Demak, Matang Jaya (Emart)

Pos: Seluruh Malaysia


Pengedar Sah Shaklee Anda;

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Teknik Penyusuan Susu Ibu


Selamat petang semua..Dikesempatan ini saya nak ambil peluang nak ucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal MH17. Jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka semua. Semoga semua ahli keluarga mereka redha dan tabah di atas pemergian mereka.

Tadi dah cerita tentang ibu hamil, sekarang nak cerita tentang ibu menyusu pula. Saat mengembirakan bagi seorang wanita berkahwin ialah apabila menerima perkhabaran bahawa dirinya berbadan dua. Setiap wanita yang hamil, mesti mempunyai azam untuk menyusukan bayi masing-masing kan? Walau banyak mana pun pengeluar susu formula yang mendakwa susu keluaran mereka bagus..namun dakwaan tersebut sama sekali tidak dapat menandingi khasiat susu ibu. Susu ibu is always the best!!!



Bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak, sedikit sebanyak memang akan berasa kekok, penat dan malah ada yang bingung tiada susu yang dihasilkan badan pertama kali semasa nak menyusukan bayi. Padahal, semasa tempoh lepas bersalin hingga beberapa jam selepasnya ialah tempoh di mana kolostrum dari susu ibu akan dihasilkan.

Apa yang penting ialah ibu-ibu sekalian, jangan putus asa dan anda mesti kuatkan semangat nak menyusukan bayi anda dengan penyusuan susu ibu yang eksklusif. Susu ibu akan semakin banyak dihasilkan setiap kali adanya permintaan. Permintaan yang bagaimana?

Caranya ialah, anda hendaklah menyusukan bayi anda dengan kerap. Pastikan kedua-dua belah payudara anda dikosongkan semasa tempoh penyusuan. Ataupun, anda bolehla menggilirkan payudara yang belum dihisap bayi anda pada sesi penyusuan yang seterusnya. Bila payudara dikosongkan dengan sempurna, maka badan secara automatik akan menghasilkan bekalan susu dan keadaan ini akan berulang. Konsep asas penyusuan ialah mesti ada supply and demand.

Mengapa Penyusuan Tak Berjaya?
  1. Bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan puting payudara ibu. Sama ada puting terlalu besar atau terlalu kecil. 
  2. Teknik penyusuan yang tidak betul. Perlekapan mulut bayi dengan puting susu ibu yang salah mengakibatkan susu tidak keluar.
  3. Tidak mengamalkan konsep supply and demand.
  4. Tekanan perasaan yang dialami ibu sedikit sebanyak juga mempengaruhi pengeluaran susu.


Bagaimana Supplemen Shaklee Membantu Penyusuan 
 1. ESP Shaklee.
-   Menghasilkan susu yang pekat, bayi lebih kenyang.
-   Membekalkan tenaga khas kepada ibu bersalin yang sememangnya perlukan tenaga yang banyak.

 2. B. Complex.
-   Mengatasi tekanan, membaiki peredaran darah.
-   Baik untuk perkembangan saraf.

 3. Alfalfa Complex.
-   Sebagai milk booster.
-   Membuang toksin.

 4. Vitalea.
-   Mengatasi masalah anemia selepas bersalin.
-   Membekalkan multivitamin kepada tubuh.

 5. Ostematrix.
-   Sumber kalsium lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium.
-   Penting untuk membina tulang, gigi dan sebagainya.

 6. Vitamin C.
-   Penting untuk menguatkan sistem imun badan.
-   Anti-oksidan.


Banyak ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka dengan mengamalkan Set Menyusu ni. Yang penting juga ialah banyakkan berdoa supaya dipermudahkan proses penyusuan serta teknik yang betul. Jika anda berminat nak dapatkan Set Menyusu Shaklee boleh dapatkan sekarang. 

Bagi ibu yang berazam nak fully breastfeeding anak anda, jom lihat testimoni pengguna
Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.




KLIK SINI UNTUK MENERUSKAN PEMBELIAN






Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952



Read More

Kenali Gejala Anemia Dikalangan Ibu Hamil


Assalamualaikum..Bertemu kembali :) Kali ni tema lain pula. Tentang masalah anemia di kalangan ibu hamil pula. Masalah anemia berlaku apabila sesorang itu mengalami kekurangan sel darah merah di dalam badan kerana tidak mendapat zat besi yang mencukupi.

Jika sebelum hamil jumlah zat besi yang diperlukan adalah sebanyak 15mg, semasa hamil pula, jumlah ini meningkat sekali ganda menjadi 30mg zat besi. Zat besi yang mencukupi perlu bagi ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi.

Punca Anemia 
  • Pemakanan yang tidak mencukupi zat besi.
  • Kurang penyerapan zat besi oleh badan.
  • Kehamilan kembar.
  • Kekurangan darah akibat haid yang banyak sebelum hamil dan bekalan zat besi dalam badan memang sedia kurang.
  • Mengidap thalassaemia


Tanda Mengalami Anemia.
  • Simptom yang mungkin dialami ibu hamil ialah seperti:-
  • Tubuh sering berasa lemah.
  • Emosi sering terganggu.
  • Tidak sihat.
  • Keletihan.
  • Sesak nafas.
  • Pening kepala.
  • Jantung berdebar.
  • Wajah kelihatan pucat.


Cara Mengatasi Anemia.

1.  Amalkan pemakanan yang kaya sumber zat besi seperti sayuran hijau, bijirin kaya zat besi, daging, kekacang, kentang dan banyak lagi.



2.  Ambil makanan kaya vitamin C bersama-sama makanan sumber zat besi. Ini adalah kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum. 

3.  Elakkan mengambil teh atau kopi sewaktu makan kerana minuman tersebut menyebabkan badan susah untuk menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan.

4.   Jika doktor mempreskripsi pil zat besi, pastikan anda mengambilnya. Namun, terdapat sebilangan ibu hamil yang mengalami masalah sembelit atau cirit birit semasa memakan pil zat besi tersebut. 

Selain daripada cara yang disebutkan di atas, mengamalkan supplemen zat besi Shaklee iaitu Vita-Lea juga boleh mengatasi masalah anemia

Dengan kandungan asid folik di dalam Vita-Lea, ia membantu kesihatan fetus, kesihatan sel darah merah dan mencegah anemia.

Zat besi di dalam Vita-Lea pula membantu membentuk hemoglobin, mengelakkan keletihan dan juga untuk mencegah anemia.



Bagi yang pernah mengambil Vita-Lea mesti dah tau keberkesanannya dalam mencegah anemia. Vita-Lea ni adalah tablet multivitamin yang paling pantas terlarut di dalam air. Jadi yang masih berkira nak ambil Vita-Lea, tak perlu risau ya..  

Kalau nak tahu mengenai Set Hamil Shaklee, boleh KLIK SINI







Read More

Tangani Masalah Sembelit Anak Anda


Assalamualaikum & selamat pagi semua. Dah sarapan sebelum pergi bertugas? Ada tak dikalangan ibu bapa kat luar sana yang sedang risau sebab anak mengalami sembelit? Kesian kan..Asal nak membuang je, mesti mereka mengadu najis tak boleh nak keluar walaupun dah berusaha meneran. Jom ketahui lebih lanjut punca sembelit dan cara mengatasinya.

Sembelit berlaku apabila najis bayi atau kanak-kanak menjadi keras atau mereka jarang membuang najis. Setelah melalui proses membuang najis yang menyakitkan, terdapat kanak-kanak yang menahan diri dari membuang air besar. Ini akan semakin memburukkan keadaan sembelit yang mereka alami.



Punca Yang Menyebabkan Sembelit.

  • Usus besar kurang aktif. Faktor semulajadi ini dialami oleh sesetengah kanak-kanak.
  • Diet harian yang kurang serat dan kurang air.
  • Perbuatan menahan najis daripada keluar akibat fobia dengan kesakitan sebelum ini hingga memburukkan keadaan sembelit.
  • Kesan akibat ubat-ubatan yang diambil.


Simptom Sembelit.
  1. Sakit di bahagian perut atau abdomen.
  2. Semasa membuang najis, berkemungkinan dubur bayi/kanak-kanak mengalami luka.
  3. Mengelak untuk makan. Terdapat kejadian di mana kanak-kanak mengelak untuk makan. Setelah diperiksa, didapati di dalam perut mereka dipenuhi najis yang tidak dikeluarkan malah mereka sering mengadu sakit perut.


Rawatan Yang Perlu Diambil

Membiarkan sahaja masalah sembelit akan menyebabkan kesan buruk terhadap bayi dan kanak-kanak. Sampai ke satu tahap, kanak-kanak mungkin mengalami enkoparesis iaitu keadaan di mana najis dalam bentuk tompokan cair keluar tanpa disedari.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:-

1.  Memberikan bayi dan kanak-kanak makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga, pastikan mereka meminum air yang mencukupi.

2.  Potty training. Ya, latih anak anda untuk pergi ke tandas pada masa yang ditetapkan. Biasanya selepas bersarapan, makan tengahari atau makan malam latihan ni boleh dilakukan. Ini adalah untuk membiasakan mereka untuk ke tandas tanpa perlu menahan keperluan untuk membuang.

3.  Menggunakan ubat-ubatan/pelembut najis. Penggunaan ubat-ubatan/pelembut najis hendaklah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Meal Shakes Shaklee merupakan satu hidangan lengkap yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit. Salah satu manfaat Meal Shakes Shaklee ni ialah untuk detoksifikasi. Dengan bahan yang kaya dengan serat larut, ianya membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. Nah, tak perlu nak bagi anak anda ubat-ubatan untuk sembelit ni. Saya pasti ada diantara ibu bapa yang ragu-ragu nak beri anak kecil mereka ubatan terlalu awal.

Manfaat lain Meal Shakes Shaklee:-

1.  Membekalkan nutrisi yang lengkap (kalau yang ada anda memilih nak makan pun bagus bagi Meal Shake ni).

2.  Membantu proses tumbesaran.

3.  Merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan penyakit.(demam/selsema).

4.  Boleh dijadikan sarapan pagi yang penuh khasiat 

5.  Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


Jika anda nak dapatkan Meal Shakes langkahnya seperti biasa ya, klik je butang order kat bawah ni. Okla, lepas ni InsyaAllah banyak lagi artikel menanti anda. Teruskan membaca dan terima kasih kerana sudi membaca :))




Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More