Awasi Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) Semasa Hamil


Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah merupakan salah satu masalah kesihatan yang biasa berlaku pada wanita hamil. Sesetengah wanita hamil mengalami tekanan darah tinggi mungkin disebabkan oleh faktor genetik ataupun ada yang mengatakan bahawa berlaku masalah semasa bahagian uri berkembang. Semasa membawa Husna ke klinik ibu dan anak Isnin lepas, jururawat ada memberitahu bahawa faktor persekitaran dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi perkembangan kesihatan ibu hamil.



Terdapat beberapa jenis tekanan darah tinggi yang dialami wanita hamil. Diantaranya ialah;

Tekanan darah tinggi dialami sebelum hamil.

Tekanan darah tinggi akibat hamil.

Pra-eklampsia.



Paling dikhuatiri kesan daripada tekanan darah tinggi terhadap ibu hamil ialah gejala Pra-eklampsia atau Eklampsia (Sawan). Ini adalah kerana gejala tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang serta mendatangkan merbahaya terhadap janin.

Pra-eklampsia adalah satu keadaan apabila berlakunya tekanan darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing (protinuria). 


Antara tanda-tanda pra-eklampsia ialah:-

  • Bengkak (odema di bahagian kaki)
  • Sakit kepala,
  • Penglihatan terjejas,
  • Mengalami kesakitaan di perut, 
  • Loya dan muntah


Kesan-kesan lain Pra-eklampsia;

- Mengurangkan aliran darah ke plasenta,

- Perkembangan tumbesaran bayi tersekat disebabkan oksigen dan nutrien yang diterima bayi tidak mencukupi.



Di antara wanita hamil yang berisiko mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil ialah;

  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Obesiti
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Pernah mengalami pra-eklampsia pada kandungan yang terdahulu.



Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil mempunyai risiko untuk mengalami pra-eklampsia, perkembangan bayi yang kecil berbanding usia atau uri terpisah dari rahim (placenta abruption).


Purata tekanan darah yang normal ialah di antara 110/70 atau 120/80. Jika bacaan tekanan darah menjangkau 140/90 doktor akan mengambil bacaan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Anda tidak perlu risau kerana doktor akan membuat pemeriksaan rapi dan janganlah membandingkan bacaan anda dengan ibu hamil yang lain kerana bacaan normal bagi anda mungkin berbeza bagi ibu hamil yang lain.

Rawatan

Ibu hamil yang pernah mengidap tekanan darah tinggi semasa kehamilan yang terdahulu  disarankan mengambil aspirin 75mg setiap hari (sekali) bermula dari kehamilan di minggu ke 12 sehingga sampai waktu untuk bersalin.

Biasanya, doktor akan memberi ubatan seperti Methyldopa dan Labetolol. Ubatan seperti Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan Angiotension Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa mengandung. 


Supplemen Shaklee Untuk Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

1. Omega Guard

- DHA dan EPA membantu melancarkan saluran darah, merendahkan kolesterol serta mengelakkan dari darah di dalam badan daripada membeku.

- Membantu mencegah penyakit berkaitan saluran dan strok.

- Membantu melegakan ketegangan di leher dan sakit kepala.

2. Vita-C

- Vita-C adalah antioksida yang membantu menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

- Membantu merendahkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Set Kehamilan, boleh KLIK DI SINI

Hingga berjumpa lagi di lain entri.







Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Kepentingan Asid Folik (B-Complex) Untuk Ibu Hamil


Jika dalam entri yang lepas saya dah sentuh tentang kepentingan kalsium dan zat besi semasa hamil, kali ni saya nak kongsikan tentang kepentingan asid folik (folat) terhadap ibu hamil. Sebagaimana yang telah saya kongsikan DI SINI, asid folik membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida pada bayi . Selain itu, ia juga sangat penting untuk perkembangan fizikal saraf bayi dan sel-sel yang lain. 

Menurut babycenter.com, spina bifida ialah satu keadaan yang berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul hingga mengakibatkan saraf tunjang bayi tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak di antara vertebrata. Untuk lebih mudah difahami, spina bifida bererti ‘sumbing tulang belakang’.

Menurut laman web tersebut juga, asid folik adalah merupakan salah satu vitamin dalam kumpulan B. Sumber makanan yang kaya dengan folat adalah seperti sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang, ikan salmon, buah betik, oren serta bijirin sarapan.
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.



Jumlah asid folik yang diperlukan

Untuk ibu hamil, seelok-eloknya mengambil sejumlah 400 mcg (mikrogram) asid folik setiap hari. Bilakah ianya diperlukan? Ianya perlu diambil sebaik sahaja anda merancang untuk hamil malah, pengantin baru sangat-sangat digalakkan mengambil asid folik. Manala tahu jika dimurahkan rezeki untuk hamil..


Fungsi setiap vitamin dalam kumpulan Vitamin B.

B1 - Thiamin = Untuk perkembangan otak bayi dan membantu otot, tulang dan jantung bayi berfungsi secara normal.



B2 - Riboflavin = Penting untuk kulit yang sihat, perkembangan tumbesaran dan penglihatan yang baik.




B3 - Niacin = Membantu menghasilkan hormon berkaitan jantina dan peredaran darah. Juga membantu dalam fungsi sistem saraf.

B5 - Pathothenic Acid = Merupakan nutrien yang diperlukan dalam pembentukan hormon dan kolesterol. Juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.

B6 - Pyridoxine Hydrocloride = Membantu badan menghasilkan beberapa neurotransmitter dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi otak. Juga membantu ketika ibu hamil mengalami gejala loya (morning sickness).



B7 - Biotin = Digunakan untuk mengatasi gejala rambut gugur dan ruam pada bayi.

B9 - Folic Acid = untuk membantu mencegah kecacatan tiub neural.



B12 - Cyanocobalamin = Diperlukan untuk sintesis DNA dan pembentukan sel darah merah yang sempurna.



Vitamin B adalah merupakan vitamin larut-air yang bermaksud vitamin ini mesti diambil setiap hari disebabkan badan kita tidak boleh menyimpannya. Jadi untuk mendapatkan kesemua vitamin B tersebut, selain daripada makanan yang telah saya sebut, anda juga boleh mengambil B- Complex Shaklee. Sebabnya ialah, B.Complex Shaklee lengkap dengan kesemua kumpulan Vitamin B yang saya sebutkan diatas. Yang paling penting ialah, sudah tentulah ianya selamat dan semulajadi.

Baiklah, jika anda nak dapatkan B. Complex anda hari ni, klik butang order kat bawah ni. 





Rujuk Disclaimer

Klik  sini untuk order Set Hamil Shaklee











Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Percubaan Automatic Post Ke Facebook

Testing....Petang ni nak cuba mengaktifkan akaun IFTTT.com yang baru saya create sebentar tadi. Semoga percubaan menjadi. Lepas ni, bila dah publish entri baru di blog, ia akan secara automatik masuk ke FB. Terima kasih bonda Adilah atas tutorial yang diberikan :). Anda yang nak cuba, boleh pergi ke laman web INI untuk tutorial penuhnya.





Salam Hormat


Read More

Kesalahan Semasa Diet


Assalamualaikum.. Salam hujung minggu..

Dah baca entri tentang Mengapa Percubaan Untuk Kurus Tidak Berjaya? Hari ni tajuk saya ada sedikit kesinambungan daripada entri tersebut. Nak cerita tentang kesalahan semasa berdiet. Tanpa sedar, mungkin ada di antara anda yang sedang berusaha untuk berdiet melakukan kesalahan semasa berdiet. Nak tahu apakah kesalahan yang boleh merosakkan rancangan diet anda, jom teruskan membaca.





Kesalahan Semasa Berdiet

1. Kesilapan Mengira Kalori

Menurut pembacaan saya daripada laman Women24, kesilapan mengira jumlah kalori makanan yang diambil adalah kesalahan yang paling sering dilakukan mereka yang berdiet. Kesilapan yang dilakukan ialah kerana HANYA  mengira kandungan kalori yang diambil bagi MAKANAN UTAMA sahaja. Kalori pada snek yang diambil di antara sela waktu makan pula tidak dikira sedangkan jumlahnya kadangkala lebih banyak daripada makanan utama yang diambil.


2. Mengelak Waktu Makan

-  Anda selalu mengelak daripada makan pada waktunya? Nampaknya selepas ni, anda harus mengubah tabiat itu. Kajian mendapati bahawa orang yang sering mengelak mengambil sarapan, berat badannya adalah lebih berbanding mereka yang mengamalkan pengambilan sarapan.

Ramai orang yang berdiet beranggapan bahawa dengan mengelak waktu makan, mereka telah berjaya mengurangkan kalori yang diambil. Hakikatnya, mereka yang biasa mengelak untuk makan akhirnya akan mengambil makanan yang lebih banyak/banyak kalori apabila mereka makan.

Ada yang memujuk diri dengan berkata ‘tak pe la makan lebih sikit malam ni. Tadi siang aku tak makan pun’...

Bila dah rasa terpujuk, mula la bertambah nasi sepinggan menjadi dua pinggan. Bila nasi pinggan kedua habis, pujuk lagi diri.. ‘Eh nak tambah sikit je lagi, sedap pula makanan malam ni. Esok-esok aku diet lagi’... Sudahnya diet entah kemana, kalori yang diambil pula bertambah-tambah.




3. Fokus Jangka Pendek.

Apakah tujuan utama anda untuk berdiet? Ada yang berdiet kerana lagi 3 bulan nak bertunang. Ada pula berdiet kerana hujung tahun ada dinner, takut dress yang dibeli tak muat.

Biasanya, bila fokus untuk diet adalah untuk jangka yang pendek, bila impian tersebut dah tercapai, (nak bertunang/nak pergi dinner) anda akan mula ‘membalas dendam’ dengan menikmati makanan yang anda dah lupakan semasa berdiet atas alasan dah tak perlu untuk berdiet. 


4. Mengambil Saiz Hidangan Yang Banyak.

Ada yang membiasakan diri mengambil saiz hidangan makanan yang banyak. Tips untuk mengurangkan saiz hidangan ialah:-

  • Gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil.
  • Sukat hidangan yang diambil dengan cawan penyukat. (kena disiplin yang tinggi ni).


5. Kurang Tidur

Jika anda sering tidak mendapat tidur yang mencukupi, tubuh kita akan menghasilkan hormon ghrelin yang merangsang nafsu makan. Hormon ni menjadikan kita sentiasa/cepat lapar dan menyebabkan kita sering berasa nak makan. Seboleh mungkin usahakan untuk mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam atau pun anda harus melawan nafsu makan anda.




Sehingga berjumpa lagi. Selamat beristirehat di hujung minggu :)


Sumber: laman FITNESS.COM









Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Punca Migrain Di Kalangan Ibu Hamil Dan Cara Mengatasinya

Berapa kerapkah anda yang hamil kat luar sana mengalami migrain? Bagi yang memang selalu mengalami migrain memang dapat membezakan antara migrain dan sakit kepala. Kesakitannya nampak macam sama, tapi kedua-duanya (migrain & sakit kepala) adalah tak serupa. Migrain berlaku apabila saluran darah di bahagian otak tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ianya menyebabkan kesakitan di bahagian kepala serta membuatkan penghidapnya turut merasa loya, serta sensitif terhadap persekitarannya seperti bunyian, cahaya dan bauan.

Tidak seperti migrain, sakit kepala pula tidak menyebabkan gejala seperti loya. Kesakitan yang dialami mungkin berlaku pada bahagian tertentu dengan kepala berasa seperti berdenyut-denyut.





Apakah penyebab migrain?

  • Perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan.
  • Keletihan yang dialami.
  • Berada dalam keadaan tertekan atau terdesak.
  • Rehat yang tidak mencukupi.
  • Senaman yang keterlaluan atau tidak biasa dilakukan.
  • Perut kosong.
  • Kawasan persekitaran seperti cahaya yang terlampau terang, bauan yang kuat serta bunyian yang bising.
  • Pemakanan yang diambil.


Cara mengelakkan daripada migrain.

Apabila anda tahu penyebab migrain berlaku, maka agak mudah untuk anda mengelakkan diri daripada perkara/makanan/perbuatan yang boleh mencetuskan migrain.

Anda bolehla mencatatkan apa yang anda makan, tempat yang anda pergi dan bauan yang anda hidu yang boleh menyebabkan anda diserang migrain.

Melalui catatan tersebut, adalah lebih mudah untuk anda memastikan serangan migrain tidak berulang kembali. 

Anda juga boleh mengamalkan senaman yang sesuai untuk ibu hamil. Namun, pastikan anda tidak ‘over-do’ (berlebihan) semasa bersenam hingga mengalahkan orang yang tak hamil pulak...

Senaman penting kerana ia membantu peredaran darah yang lancar serta membaiki pernafasan anda. Dan, tahukah anda bahawa bersenam juga boleh membuat anda gembira? Ha.. Jangan tak percaya. Ini adalah kerana bersenam mampu menyebabkan badan kita menghasilkan hormon endorfin yang mencetuskan perasaan gembira.


sumber ; Google



Bagaimana supplemen Shaklee membantu mengatasi masalah migrain?

1. B. Complex 

-Membantu melegakan tekanan/stress

-Menukarkan lemak, karbohidrat, protein (makanan) kepada tenaga sekaligus membantu mengurangkan masalah keletihan.

2. Ostematrix

-Membantu meringankan stress dengan mengimbangi tekanan darah.

-Juga memperbaiki tekanan, mood swing, sakit kepala dan pitam.

-Membantu anda mendapatkan tidur yang selesa dan yang paling best, bila bangun pagi sangat memudahkan urusan sewaktu ‘membuang’.  


3. Omega Guard

-Membantu mencegah insomnia (masalah kesukaran tidur).

-Membantu mengurangkan tekanan dimana kajian membuktikan EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dengan mengelakkan daripada kemurungan mahupun kebimbangan.





Ibu hamil tak perlu risau kerana ketiga-tiga supplemen ini merupakan antara supplemen yang dicadangkan untuk anda. Apa yang perlu dirisaukan ialah apabila anda tidak mengambil serius masalah migrain yang dialami tanpa mengambil langkah yang sepatutnya. Langkah bijak yang anda ambil hari ni akan mengubah gaya hidup anda yang terjejas akibat migrain selama ni.



Klik sini untuk mendapatkan  Set Migrain & Supplemen Ibu Hamil 









Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More

Cara Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil Untuk Mengelak Risiko Kepada Bayi


Assalamualaikum...Bersua kembali kita dengan cerita tentang kehamilan :) Apa khabar anda dan bayi hari ni? Diharap anda sihat selalu ya.. Hari ni saya nak cerita tentang masalah anemia semasa hamil. Pernah tak ibu hamil mengalami masalah low Hb atau anemia semasa hamil? Asal pergi pemeriksaan kesihatan, mesti nurse tulis kat buku pink guna pen dakwat merah menandakan bahawa bacaan Hb adalah rendah. Saya adalah salah seorang yang mengalami masalah anemia semasa hamil ketiga-tiga anak saya dahulu.



Apakah masalah anemia semasa hamil?

Masalah anemia semasa hamil berlaku akibat kekurangan zat besi di dalam badan wanita hamil. Komponen utama dalam sel darah merah iaitu zat besi, berperanan untuk menghantar/mengangkut oksigen ke seluruh badan. Apabila ibu hamil kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan, maka anda akan mengalami masalah anemia.


Mengapa masalah ini berlaku?

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah anemia semasa hamil. Diantaranya ialah :-

Mengalami anemia sebelum hamil.
Mengamalkan diet yang kurang zat besi (vegetarian)
Loya dan muntah yang teruk.
Hamil bayi kembar.
Jarak antara kehamilan yang rapat
Mengalami darah haid yang banyak (sebelum hamil).

Wanita hamil memerlukan lebih kurang 30 mg keperluan harian zat besi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding wanita yang tidak hamil.

Jenis-jenis anemia semasa kehamilan adalah seperti:-

Anemia kerana kekurangan zat besi.
Anemia kerana kekurangan folat (folic acid).
Kekurangan Vitamin B12.




Gejala anemia semasa hamil boleh dikenalpasti seperti;

Cepat letih atau mudah berasa lemah tak bermaya
Pitam
Degupan jantung yang cepat
Wajah dan tapak tangan kelihatan pucat
Pernafasan tercungap-cungap.  
Tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas (hilang fokus).
Ujian darah menunjukkan bacaan hemoglobin yang rendah.

Tips Mengatasi Anemia Semasa Hamil.

1. Amalkan pemakanan yang kaya zat besi, folik asid, Vitamin B12, Vitamin C.

2. Mengamalkan supplemen iron (zat besi), folic asid, Vitamin B12 dan Vitamin C.


Makanan yang kaya sumber zat besi ialah:- daging, ikan, sayuran hijau seperti brokoli, kekacang, telur, bijirin yang kaya zat besi.




Makanan yang tinggi kandungan folik asid ialah:- sayuran berdaun hijau, buah-buahan, roti dan bijirin.

3. Selain itu, pastikan juga anda mengambil makanan yang membekalkan vitamin C semasa mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Ini adalah kerana vitamin C membantu penyerapan yang lebih baik zat besi yang diambil.

Makanan yang kaya Vitamin C ialah:- Buah-buahan dan jus buah, strawberi, kiwi, tomato.

4. Selain daripada makanan yang disebut di atas, elakkan mengambil makanan bersumberkan zat besi bersama-sama dengan minuman kopi atau teh kerana ia boleh mengurangkan penyerapan zat tersebut.

5. Disamping itu, sudah semestinya anda semua tidak mahu membiarkan sahaja masalah anemia membelenggu anda sepanjang kehamilan. Sudah tentulah pengambilan supplemen tidak diabaikan. Dengan Vita-Lea, B. Complex Shaklee dan Vita C InshaAllah dapat membantu ‘menaikkan semula’ bacaan Hb yang rendah dan masalah kekurangan folat.


Antara risiko anemia semasa hamil ialah:

Anemia kerana kekurangan zat besi -

Bayi kurang berat badan semasa lahir.
Bayi pramatang (lahir tak cukup bulan)
Pemindahan darah terpaksa dilakukan jika ibu hamil mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.

Anemia kerana kekurangan folat (folic acid).

Bayi kurang berat badan semasa lahir.
Bayi pramatang (lahir tak cukup bulan)
Bayi mengalami kacacatan neural tube atau spina bifida. 


Kekurangan Vitamin B12.

Bayi juga berisiko mengalami kecacatan nueral tube.


Diharap perkongsian kali ni dapat mendatangkan manfaat. Sehingga bertemu di lain entri, semestinya tentang dunia ibu-ibu hamil. Jaga diri dan bayi anda sebaik-baiknya. Salam sayang dari saya :))



Sumber:baby center

Nak tahu cerita seorang ibu mengenai masalah anemia beliau? Jom tonton..Sekejap je..
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




 Untuk mendapatkan Vita Lea, B. Complex, Vita C dan Set Hamil, Klik butang order









Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952


♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Masalah Sakit Gigi Semasa Hamil

Assalamualaikum...

Mummy gojes apa khabar hari ni? Hari ni nak kongsi pengalaman saya sakit gigi semasa hamil. Huhu...Masa tu tak kenal Ostematrix dan segalanya tentang Shaklee. Anda yang sempat merasa supplemen Shaklee semasa hamil sekarang ni memang beruntung .. Kalau anda nak tahu pengalaman saya sakit gigi semasa hamil, teruskan pembacaan ya..




Walaupun semasa hamil saya memang mengamalkan meminum susu. Supplemen yang diberikan semasa rawatan rutin pemeriksaan kandungan pun tak pernah missed saya ambil. Namun, cukup ke tak jumlah nutrien yang diambil semasa kehamilan memang saya tak tahu. 

Sehinggalah selepas bersalin, dan mula serius dengan Shaklee ni barulah saya tahu punca masalah sakit gigi yang dialami semasa mengandung ialah disebabkan kekurangan kalsium. Bayangkan, di usia kandungan 6 bulan dah mula sakit gigi. Tapi, masa tu tak berani lagi nak ke klinik sebab terbaca kat forum ibu hamil kesan buruk mencabut gigi semasa hamil. 

Lagipun masa tu, kandungan masih di trimester ke 2. Macam-macam cara tradisional la yang saya cuba sepanjang tempoh menahan sakit gigi tu. Antaranya ialah meletakkan cengkih pada gigi yang sakit, berkumur dengan air garam dan sebagainya. Yang musykilnya sakit gigi ni ialah, ia akan menyerang semasa nak tidur. Siang elok je tak sakit sikit pun. Bayangkan mak buyung (saya) sakit gigi tak boleh nak tidur. Hehe.. Alahai... Sabar je lah daku...




Hinggalah usia kandungan 7 bulan lebih, barulah saya memberanikan diri berjumpa doktor gigi. Setelah bertanya tentang risiko mencabut gigi bagi wanita hamil macam saya dan mendengar sendiri penerangan dari doktor barulah saya berani mencabut gigi tersebut. Itu pun setelah puas berfikir semasak-masaknya penerangan doktor. Tambahan pula, saya tiada masalah darah tinggi, jadi takda masalah untuk mencabut gigi menurut doktor tersebut. 

Masa tu memang dah tak sanggup nak menahan bisa akibat sakit gigi ditambah pula tak boleh nak tidur dengan aman di malam hari :) Walaubagaimanapun, jika anda sedang hamil dan juga mengalami masalah sakit gigi, berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu dan, jangan lupa memberitahu usia kehamilan anda. Doktor tidak akan memaksa anda untuk mencabut gigi jika tiada keperluan yang mendesak.

Alhamdulillah proses mencabut gigi berjalan lancar. Tiada lagi masalah sakit gigi sehinggalah lebih sebulan lepas bersalin, gigi sebelah kiri pula yang sakit. Mak aihh...hebat sungguh penangan kurang kalsium mengandung anak bongsu ni.. Tengah-tengah menyusukan Husna di malam hari, masa tu jugala melayan sakit gigi. Hasilnya, gigi yang ni (kiri) pun dicabut juga. Sebagai ‘ganti’ kehilangan gigi saya yang dua batang tu, gigi Husna mula tumbuh seawal usia 6 bulan! Boleh dibayangkan betapa banyak kalsium saya telah diserap Husna..Hehe.. 

Inilah buah hati bongsu saya Husna :)
Walaupun kehilangan 2 batang gigi geraham semasa kehamilan kali ni, namun saya bersyukur kerana tiada perkara yang buruk yang terjadi terhadap saya dan bayi. Saya difahamkan bahawa kalsium yang kurang di kalangan ibu hamil boleh juga menyebabkan risiko praeklampsia atau masalah tekanan darah tinggi yang boleh membahayakan nyawa ibu dan anak.

Atas kesedaran itulah saya berkongsi pengalaman ini supaya ibu-ibu hamil kat luar sana tidak mengabaikan pengambilan kalsium semasa mengandung. Sebab utama kalsium yang mencukupi sangat penting ialah kalsium ibu hamil diserap oleh bayi untuk proses pembentukan tulang atau gigi mereka.

Sekarang ni, Ostematrix menjadi ‘sahabat baik’ saya demi menjaga kesihatan tulang dan gigi. Pesanan saya kepada anda semua samada yang sedang merancang untuk hamil, sedang hamil ataupun yang sudah melahirkan anak supaya sentiasa mengamalkan pengambilan kalsium dalam diet harian anda.

Jika anda ingin mendapatkan Ostematrix, boleh klik kat butang order kat bawah ni. Yang bagusnya mengenai Ostematrix ni ialah, di dalamnya juga mengandungi magnesium yang membantu penyerapan yang lebih kalsium yang diambil.




Untuk mendapatkan Ostematrix dan Set  Hamil Shaklee boleh teruskan pembelian di sini







Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com


Read More

Kelebihan Set Hamil Shaklee


Assalamualaikum...

Semalam kita dah berkenalan dengan Set Hamil Shaklee, hari ni saya nak bagitahu anda semua mengenai kelebihan Set Hamil Shaklee. Teruskan membaca jika anda berminat nak mengetahui apakah kelebihan Set Hamil Shaklee ni. Oh ya.. kelebihan ni juga merangkumi produk-produk Shaklee yang lain juga. 









1.  Merupakan supplemen semulajadi.

Apakah supplemen semulajadi?

Supplemen semulajadi ialah supplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Para Saintis Shaklee mencari bahan- bahan semulajadi yang terbaik di seluruh dunia. Setiap bahan baru akan menjalani lebih 350 ujian untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yang lain.

Setiap Produk Shaklee tiada parabens, triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS) natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1,4-dioxane atau propilena glikol. Tiada juga bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans, tiada pemanis tiruan atau perisa.

Dari segi pembungkusan pula, ianya adalah selamat dan bebas biophenol toksin, phthalates dan dakwat toksin.


2.  Boleh terus digunakan semasa pantang.

Jika anda risau membazir membeli supplemen ni sebab kalau tak sempat habis digunakan tak boleh nak diguna lagi dah.. Anda boleh menarik nafas lega kerana supplemen untuk hamil ni masih terus boleh digunakan sebaik saja anda bersalin. On the spot. 

Maksudnya ialah, selepas anda bersalin, supplemen ni terus boleh diambil mengikut aturan makan yang diberikan. Biasanya, kalau ambil jamu, doktor akan melarang pengambilan jamu tersebut jika bayi anda terkena jaundis. Tapi, supplemen ni masih boleh terus digunakan, malah dengan izinNYA dapat membantu masalah ketiadaan air susu yang anda alami.


3.  Selain itu, supplemen Shaklee ni juga boleh digunakan seisi keluarga

Ini yang best nya. Bukan ibu hamil je menjadi lebih bertenaga dan sihat, secara tak langsung keluarga anda juga mendapat manfaat daripada supplemen ni.

Ada ibu hamil yang selalu mengadu mengalami masalah low hB. Alhamdulillah, setelah konsisten mengamalkan Vita-Lea low hB tiada lagi. Masalah kejang (cramp) pun hilang semenjak mengamalkan Ostematrix.



4.  Wajah tidak lagi pucat tak bermaya

Disamping tu, bonus yang ibu hamil dapat ialah, kulit wajah makin cerah berseri. Bukankah ESP, B. Complex, Vita-C adalah juga supplemen yang terdapat pada Set Kulit Cantik? Ditambah lagi bila mngambil Omega Guard, pipi menjadi kemerahan. Wow... Inilah rahsia ibu hamil yang nampak berseri sepanjang kehamilan mereka. Nah, tak perlu berbelanja lebih. Penjimatan makin besar apabila dapat membeli pada harga ahli.

Sekarang, kita tengok testimoni ibu hamil yang mengamalkan Set Hamil Shaklee ni ya.. Mana tahu selepas ini anda pula yang turut sama merasakan apa yang mereka rasakan iaitu kegembiraan semasa hamil kerana lebih cergas dari sebelumnya. Jom layan.....

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.












Seperti biasa, ibu hamil semua, sebelum mengundur diri, pesanan saya jagalah kesihatan diri anda dan bayi anda sebaik-baiknya ok.. InshaAllah kita akan bertemu di lain entri lain khas untuk ibu hamil macam anda. Stay tuned...Bye..bye..





Jika ingin merasa pengalaman mengandung seperti ibu hamil di dalam testimoni di atas, klik di sini untuk langkah selanjutnya atau boleh hubungi saya :)





Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More