Awasi Gejala Kencing Manis Ketika Hamil


Assalamualaikum & salam sejahtera buat ibu- ibu hamil kat luar sana. Apa khabar anda dan bayi hari ni? Moga sihat sejahtera hendaknya :)) Isu tentang kehamilan yang saya nak cerita hari ni ialah berkenaan masalah kencing manis semasa hamil. Ada tak dikalangan pembaca blog saya ni adalah ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis? Jika ada, mari teruskan pembacaan anda. Yang lain-lain tu juga dijemput sama membaca perkongsian ni ya.. 

Gejala kencing manis ketika hamil biasanya, turut dikenali sebagai diabetes gestasi. Gejala ini berlaku apabila badan kita tidak dapat menghasilkan insulin ( sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas) yang secukupnya. Untuk pengetahuan anda, insulin berfungsi untuk mengawal jumlah gula dalam darah untuk sumber tenaga serta menyimpan gula yang tidak diperlukan.

Badan kita menghasilkan lebih banyak insulin semasa hamil bagi menampung keperluan bayi di dalam kandungan. Jika insulin tidak dapat disediakan, maka badan kita akan mempunyai jumlah gula dalam darah yang sangat banyak hingga menyebabkan masalah diabetes berlaku.

Bagaimana kencing manis ketika hamil dikesan?

Biasanya semasa pemeriksaan antenatal bulanan, ujian urin akan dilakukan bagi memeriksa kandungan gula. Tanda kita mengalami kencing manis ialah apabila terdapat gula di dalam urin setelah ujian tersebut dilakukan.

Selain itu, ibu hamil yang berisiko adalah disarankan untuk membuat ujian toleransi glukosa oral (OGTT) semasa berada di minggu ke 24 dan minggu ke 28 kehamilan. Anda disarankan supaya berpuasa bermula jam 10 malam sebelum ujian tersebut dijalankan keesokkan harinya. Sampel darah akan diambil dan setelah itu, anda disuruh meminum air glukosa. Anda akan diminta menunggu selama 2 jam sebelum sampel darah diambil sekali lagi bagi mendapatkan bacaan gula di dalam darah setelah meminum air glukosa. 

Semasa tempoh 2 jam menunggu (masih berpuasa lagi tau..), elokla kiranya anda tak kemana-mana kerana dikhuatiri anda akan mengalami pening setelah meminum air glukosa tu.. 

Golongan berisiko mengalami kencing manis ketika hamil

  • Sejarah keluarga menghidapi diabetes
  • Berat yang berlebihan sebelum hamil
  • Menghidap kencing manis ketika kehamilan terdahulu
  • Bayi yang dilahirkan terdahulu bersaiz besar (berat 4kg atau lebih)


Tanda menghidap kencing manis ketika hamil

Kebiasaannya, ibu hamil tidak menunjukkan sebarang tanda apabila menghidap kencing manis ketika hamil. Namun, jika anda mengalami gejala seperti kerap dahaga, kerap membuang air kecil atau kelesuan yang berlebihan atau penglihatan menjadi kabur, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Kesan kencing manis ketika hamil

Bayi menjadi besar, menyebabkan kemungkinan pembedahan c-sect diperlukan.

Bayi mempunyai masalah kesihatan selepas lahir.

Bayi terdedah kepada risiko obesiti atau diabetes pada masa akan datang.




Pencegahan atau cara mengawal diabetes.

Ubah tabiat pemakanan.

-  Amalkan pemakanan yang seimbang serta mengurangkan makanan yang manis dan minuman bergula/berkarbonat. Diet seimbang yang boleh diamalkan seperti protein tanpa lemak, lemak jenis baik (HDL), karbohidrat penuh bijirin dan makanan yang rendah glisemik indeks. 

Mengamalkan Senaman.

Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan supaya melakukan senaman untuk ibu mengandung dan memantau pengambilan kalori setiap hari.


Awasi tahap gula dalam darah.

Setelah konsisten mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam, doktor akan melakukan ujian untuk mengetahui tahap gula dalam darah anda. Ujian ini juga boleh dilakukan anda sendiri dengan tunjuk ajar doktor. Tujuan memeriksa tahap gula ni ialah untuk mengetahui sama ada usaha anda mendatangkan ataupun tidak supaya tindakan susulan dapat diambil.


Bagaimana Supplemen Shaklee Dapat Membantu.

ESP.

Produk hot kami ni terkenal kerana mempunyai indeks glisemiks (GI) yang rendah. Tambahan pula, ianya adalah protein yang tidak melalui proses modifikasi secara genetik (Non GMO). 

Dengan mengamalkan ESP,  pengamalnya berasa kenyang untuk tempoh yang lama. Justeru, secara tak langsung dapat mengawal keinginan pesakit diabetes untuk makan secara berlebihan daripada jumlah yang sepatutnya.

B. Complex

Seperti yang pernah saya ceritakan di dalam entri saya berkenaan kepentingan B. Complex, ibu hamil yang mengalami kencing manis dan merancang untuk hamil disarankan mengambil asid folik tambahan.

Asid folik tambahan berfugsi untuk seboleh-bolehnya mencegah masalah spina bifida terhadap bayi.

Nampaknya sekian dulu perkongsian saya untuk kali ni. Sehingga bertemu di lain entri. Harapan saya moga anda dan bayi anda sihat selalu. Jangan risau, banyakkan berfikir yang positif dan berdoa semoga dipermudahkan segala proses kelahiran.












Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Shaklee Training -3R Bersama Master Norita

Assalamualaikum... Lama tak sharing entri kat blog kesayangan ni. Hari ni nak ambil feel mengarang entri semula. Nak cerita sikit aktiviti semalam. Semalam, saya berpeluang menghadiri Shaklee Training - 3R anjuran Master Norita & Master Naquib. Kalau anda semua nak tahu, mereka adalah pengasas online marketing Shaklee kat 

Memang best sangat dapat hadir program sebegitu sebab banyak benda baru yang saya pelajari. Kiranya, ilmu tersebut dapat menambahkan lagi keyakinan untuk memberi konsultasi kepada pelanggan-pelanggan istimewa di Azura Zainal E- Shop. Bukan tu je, penerangan mengenai produk juga diterangkan satu persatu dengan sangat jelas.

Belum pun habis program tu, saya dah berangan nak booking seat awal-awal jika Master N ni datang buat program lagi di lain waktu. Tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Dek ralit menyalin nota, tanpa sedar program dah sampai ke penghujung. 

Sudahnya, selesai bergambar kenang-kenangan sekejap, saya dan bonda Adilah Manaf Celikvitamin pun bergegas ke airport. Alhamdulillah, walaupun semuanya berlalu begitu pantas, namun semua urusan dipermudahkan Allah SWT. Rasa macam chipsmore je jumpa bonda Adilah ni..pagi tiba di Kuching dari Bangi, selepas tu dah kena naik belon (kapal terbang) lagi. 


Dari kiri : Saya, Bonda Adilah Manaf Celikvitamin, Josephine, Kak Wahida,Yolenda Ang 

Free style pulak..hehe



Master Norita (berbaju & tudung coklat)..Kat belakang tu, Master Naquib suami Master N


Nampaknya sekian dulu kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca.. Oh ya sebelum terlupa, jangan ketinggalan rebut peluang beli Omega Guard sepanjang bulan November ni tau. Buy 6 Free 1, dapat FREE MEMBERSHIP, dapat BONUS dari Shaklee di tengah bulan 12 nanti.. Yeeayyy...Alhamdulillah.. Boleh contact saya untuk dapatkan supplemen Shaklee.


Jika anda ingin menjadi sebahagian dari keluarga besar Shaklee kami, jom sertai kami sekarang..





P/S: Terima kasih kak Wahida kerana sudi share gambar :)




Salam Hormat

Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com

Read More