Alahan Makanan: Usah Dipandang Remeh Demi Keselamatan Anak Tersayang

Assalamualaikum..

Pernah tak di kalangan ahli keluarga kawan-kawan yang mengalami alahan makanan? Bila bercerita mengenai alahan makanan, Zura teringat peristiwa bila Damia mengalaminya. Bila dikenang-kenang semula, betapa bersyukurnya Zura kerana tiada berlaku kejadian yang tidak diingini. Menurut doktor yang merawat Damia, apabila alahan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran bernafas, itu adalah merupakan tanda amaran kerana ianya boleh membawa maut!





Alahan bukan masalah enteng

Perkataan alergi berasal daripada perkataan Greek, allon argon yang bererti tindak balas berlainan. Ia dikatakan alergik atau alahan apabila berlaku terhadap seseorang.

Setelah anak sendiri mengalami alahan serta mendengar sendiri penerangan doktor, terdetik di fikiran saya mengenai betapa bahayanya alahan makanan dan tidak boleh dipandang enteng.

Alahan berlaku akibat tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan

  • Susu lembu,
  • Telur,
  • Kekacang/ kacang soya
  • Ikan
  • Hidupan laut seperti udang, ketam, sotong, kerang, tiram, siput, belangkas.




Damia dahulu terkena alahan setelah memakan telur udang. Sebelum ni memang takde masalah apabila memakan udang. Sekarang ni, Zura dah siap-siap masukkan udang dalam senarai makanan yang anak-anak tak boleh makan seperti yang disarankan doktor supaya merekod makanan yang boleh menyebabkan alahan.

Satu pelajaran yang Zura pelajari setelah mengalami kejadian sebegini ialah untuk sentiasa peka dengan pemakanan anak-anak. 


Simptom alahan makanan.

Kebiasaannya, reaksi/simptom alahan terhadap makanan membabitkan tiga bahagian iaitu sistem pencernaan, kulit dan sistem pernafasan.

1. Sistem pencernaan.

-Simptom yang ditunjukkan adalah seperti perut memulas, loya, muntah-muntah serta mengalami cirit-birit.

2.Kulit.

- Angioedema - Bengkak kelopak mata dan bahagian badan lain.
- Kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan pedih - ( Nota: Damia menunjukkan simptom ini)

3.Sistem pernafasan.

-Lelah atau termengah-mengah diikuti kesukaran bernafas.

-Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah menurun, saluran nafas tersekat malah boleh menyebabkan maut akibat sistem jantung tidak berfungsi.




Bilakah seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Biasanya, gejala alahan berlaku dengan pantas iaitu dalam masa beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Terdapat juga kejadian di mana tanda -tanda alahan berlaku setelah beberapa jam makanan dimakan.

Semasa Damia terkena alahan, Zura dapati ianya berlaku dalam masa 2 jam lebih setelah makan tengahari. Pada permulaannya, timbul bintik merah pada mukanya. Tidak lama kemudian, bintik merah itu merebak ke tangan dan badan serta menjadi gatal. Sebelum keadaan berlarutan, Zura & suami tak tunggu lama dan terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku kepada Damia.

Selepas kes alahan melibatkan Damia, ada juga berlaku alahan terhadap anak sulung Zura (Hakim) di mana simptom yang ditunjukkan ialah bengkak di bibir. Setelah dikenalpasti, makanan yang diambilnya ketika itu ialah kuah kacang. 

Daya Tahan Sensitif

Soalan anak sulung Zura semasa mula-mula terkena alahan ialah mengapa dahulu dia tidak pernah mengalami alahan? Agaknya dia tak puas hati sebab Zura dah tak kasi dia makan kuah kacang hehe.. Sebenarnya, Zura pun terfikir juga soalan yang sama, namun tak terfikir nak bertanya kepada doktor yang merawat Damia dulu.

Setelah lama mencari, akhirnya bertemu juga jawapannya :D.. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, Doktor Kanan Kumpulan Penawar Sdn Bhd, deria tahan seseorang yang mengalami alahan adalah sensitif.

Alahan akan berlaku apabila seseorang terdedah kepada penyebab alahan beberapa kali. Jika seseorang itu mempunyai genetik alahan, apabila memakan makanan laut (sebagai contoh) buat pertama kali, dia tidak akan mengalami apa-apa masalah, TETAPI proses pembentukan alahan mula berlaku.

Setelah proses pembentukan alahan telah lengkap, maka, tindak balas alahan akan berlaku pada bila-bila masa.


Langkah pencegahan

* Jika mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengalami alahan, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Jika boleh, elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya alahan berlaku. Kalau dah teringin sangat tu, boleh beri dalam kuantiti yang sedikit. (tapi kena monitor perkembangan selepas makan ye).

* Jika menghantar anak ke rumah pengasuh, kena inform kepada mereka mengenai masalah alahan makanan yang anak kita pernah alami.

* Jika terdapat sebarang gejala/simptom yang timbul disyaki akibat alahan makanan, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Sehingga artikel ini ditulis, Alhamdulillah, Hakim & Damia tiada mengalami alahan makanan lagi. Walaubagaimanapun Zura masih lagi sentiasa berwaspada, bab-bab makanan mereka ni. Pernah la juga try bagi mereka makan kuah kacang & udang..lepas tu cepat-cepat bagi diaorang makan Omega Guard. Alhamdulillah, sekarang ni memang konsisten memberi mereka Omega Guard memandangkan ianya memang baik untuk memperbaiki masalah alahan kulit. Di samping itu, Zura selalu juga sapu badan mereka dengan krim serba guna Herbal Blend. Pantang nampak merah-merah sikit, walaupun akibat gigitan nyamuk, terus je sapu krim tu.

Diharap perkongsian Zura ni dapat memberi manfaat terutamanya kepada ibu bapa kat luar sana yang mempunyai anak yang mengalami masalah alahan makanan. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri ;)



Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call | Whatsapp: 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

Cegah Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Sebelum Sebarang Komplikasi Terjadi

Assalamualaikum..

Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia adalah di antara negara yang mencatatkan jumlah tertinggi penduduk yang mengalami obesiti . Malah, kajian di kalangan kanak-kanak sekolah juga mendapati peningkatan jumlah kanak-kanak yang obes. Apakah di antara punca masalah obesiti di kalangan kanak-kanak? Mari kita tinjau...







Punca Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak.

1) Gaya hidup yang kurang sihat.

- Kekangan masa kadangkala menyebabkan ibu bapa cenderung memberi makanan segera. Makanan segera tersebut bukan sahaja kurang nutrisi, bahkan tinggi kolesterol!


2) Faktor pemakanan.

- Makanan yang mengandungi kalori yang tinggi apabila di ambil secara berlebihan atau untuk tempoh yang lama, menyebabkan kalori berlebihan dan disimpan di dalam tubuh menjadi lemak. 


3) Kurang melakukan aktiviti.

- Kebanyakkan kanak-kanak masa kini lebih gemar bermain permainan tablet atau ‘Playstation’, menonton televisyen berbanding melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging atau bermain kasut roda.


4) Kurang kesedaran mengenai obesiti.

- Ada ibu bapa yang mengganggap kanak-kanak yang mempunyai tubuh badan yang tembam dan montel adalah kanak-kanak yang sihat. Tanpa sedar, mereka melayan nafsu makan kanak-kanak tersebut dan menganggap berat badan anak mereka akan turun dengan sendirinya.

5) Faktor Genetik.

- Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa peluang kanak-kanak menjadi obes adalah sebanyak 70% jika kedua ibu bapa adalah obes. Jika hanya ibu/bapa yang obes, kebarangkalian anak menjadi obes adalah sebanyak 50%. Peluang anak menjadi obes adalah sebanyak 10% jika kedua ibu bapa tiada mengalami masalah obesiti.


Kesan Obesiti Terhadap Kanak-Kanak

Antara risiko kanak-kanak yang obes ialah :-

* Terdedah kepada penyakit berkaitan dengan jantung seperti tekanan darah tinggi, hiperlipidemia atau hiperinsulinemia.

* Masalah komplikasi seperti gangguan pernafasan atau gangguan tidur.

* Diabetes jenis II.

* Perubahan sistem rangka & perubahan kulit.

* Mengalami gangguan emosi (sering menjadi ejekan rakan-rakan).

* Berhadapan masalah kurang nutrisi.


Cara Mengawal Masalah Obesiti.

1) Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat.

* Amalkan pemakanan mengikut garis panduan piramid pemakanan Malaysia.

* Galakkan anak-anak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging tanpa lemak, ikan.

* Kurangkan pengambilan makanan segera, tinggi kandungan garam/MSG, berlemak serta makanan yang manis.

* Biasakan anak-anak meminum air suam, bukannya air yang berkarbonat.

* Menyediakan makanan secara sihat seperti mengukus, memanggang atau membakar dan elakkan kekerapan menggoreng.





2) Galakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal.

* Libatkan anak-anak dengan aktiviti fizikal seperti bersenam, berbasikal, bermain bola sepak dan sebagainya.

* Hadkan waktu anak-anak melayari internet, menonton tv ataupun bermain permainan video melebihi 2 jam.


3) Bawa anak menjalani pemeriksaan kesihatan.

* Pemeriksaan kesihatan secara berkala membolehkan kita memantau perkembangan dan tahap kesihatan anak kita.

* Jika terdapat masalah kesihatan langkah susulan & rawatan yang diperlukan hendaklah diambil segera.


4) Tunjukkan contoh yang baik.

* Kanak-kanak biasanya cenderung mengikut gaya hidup ibu bapa mereka. Dengan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat, secara tak langsung, mereka akan mengikut jejak langkah kita. Inilah yang dinamakan kepimpinan melalui teladan :)



Bagaimana Mengawal Obesiti Melalui Supplemen.

Jika untuk orang dewasa ada Set Kurus, untuk kanak-kanak pun ada kombinasi supplemen untuk tujuan mengawal berat badan. Ibu bapa semua tak perlu risau kerana supplemen tersebut boleh diambil anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas.

Mari kita lihat supplemen apakah yang Zura maksudkan.


-  Jika ibu bapa sering kesuntukkan masa, Meal Shakes boleh membantu ibu bapa memberikan nutrisi lengkap untuk anak-anak anda. Tak perlu nak risau sama ada anak-anak tak mendapat nutrisi yang mencukupi atau tidak kerana Meal Shakes ni lengkap dengan 24 jenis VITAMIN dan MINERAL.

- Sudah tentulah cara pengambilannya untuk anak-anak yang nak mengawal berat badan tak sama dengan anak-anak yang picky eater. Jadi, pastikan ibu bapa mendapat konsultasi yang betul dari pengedar ye..




2.Omega Guard

- Omega 3 di dalam Omega Guard ni membantu menghalang lemak yang tidak sihat daripada terbentuk. Kanak-kanak memang sangat disarankan mengambil Omega Guard kerana DHA sangat membantu perkembangan minda kanak-kanak.





Diharap dengan penerangan Zura ni dapat membantu ibu bapa kat luar sana yang tengah pening memikirkan masalah anak yang mengalami berat badan berlebihan/obes. Masalah ini sebaik-baiknya ditangani ketika anak-anak masih muda kerana kita pasti tidak sanggup jika anak-anak kita terpaksa menanggung risiko komplikasi akibat obesiti.

Pilihan berada di tangan anda! Bertindaklah sekarang kerana masih belum terlambat.


Hanya SATU KLIK untuk anda menangani masalah obesiti anak anda.










Salam Hormat



Your Shaklee Independent Distributor

Azura Zainalabidin

♥ SMS | Call| Whatsapp  : 016-800 4628

♥ Shaklee ID : 1091952

♥  FB PAGE

♥ Email : juaazura81@gmail.com
Read More

8 Tips Menguruskan Uri/Plasenta Sebagai Panduan Kaum Suami

Assalamualaikum..

Ada tak dikalangan kawan-kawan yang sedang menunggu masa untuk bersalin? Bagi  yang bakal bergelar ibu buat pertama kali, tentunya perasaan teruja semakin memuncak dan persiapan menyambut kelahiran bayi sedang rancak dilakukan. Hari ni, Zura nak kongsikan tips nak menguruskan uri/plasenta supaya suami kawan-kawan tak kalut bila tiba masanya nanti :)

Hukum Menguruskan Uri

Uri atau plasenta merupakan sarung yang menutupi serta melindungi bayi semasa di dalam rahim. Fungsinya ialah membekalkan oksigen serta zat makanan daripada ibu kepada bayi.

Menurut mazhab Syafie, uri adalah sebahagian daripada tubuh manusia dan ianya tidak sama dengan uri haiwan. Oleh itu, menguruskan uri dengan baik adalah SUNAT.  




8 Tips/Panduan Menguruskan Uri

1. Bersihkan uri dari darah.

2. Hilangkan bau serta lendir pada uri dengan menggunakan asam jawa dan garam. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia dihidu/dimakan haiwan. Namun, niat hendaklah dijaga supaya kita tidak terjebak dalam kepercayaan khurafat atau syirik.

3. Setelah uri siap dibersihkan dan telah hilang bau/lendir, bungkus uri menggunakan kain bersih. Sebaik-baiknya kain yang digunakan adalah berwarna putih.

4. Tiada bacaan doa tertentu semasa menanamnya, memadai dengan membaca Basmallah serta berselawat sebagai tanda bersyukur.

5. Hendaklah ditanam sekurang-kurangnya sedalam 1-2 kaki untuk mengelakkan daripada diselongkar haiwan.

6. Ditanam di tempat yang selamat daripada haiwan. Tempat menanam tidak semestinya di kawasan perkuburan atau masjid/surau.

7. Seelok-eloknya uri hendaklah diuruskan dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Elakkan menyimpannya terlalu lama supaya tidak berbau.

8. Jauhi perkara-perkara khurafat atau syirik.


Bagaimana Mengelakkan Daripada Melakukan Perkara Khurafat?

Tips yang ke 8 tu memang sangat-sangat perlu kita ambil perhatian. Apa tidaknya, terdapat pendapat atau amalan tradisi yang tanpa kita sedari menyebabkan kita terjebak dengan khurafat.

Di antaranya, dikatakan jika uri bayi ditanam bersama dengan pensel, bayi tersebut akan menjadi seorang yang bijaksana.

Dengan meletakkan duit syiling atau paku, dipercayai dapat mengelakkan bayi daripada terkena kembung perut atau diganggu makhluk halus.

Moga-moga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara tersebut kerana ianya tidak mempunyai asas dalam Islam. InshaAllah kita akan bertemu lagi di lain entri. Semoga kawan-kawan semua mendapat manfaat daripada perkongsian Zura kali ni.



Salam Hormat







Sumber: Berita Harian ruangan AGAMA
Read More

10 Tanda Amaran Penyakit Alzheimer Pada Orang Kesayangan Kita


Assalamualaikum..

Pernahkah rakan sekelian mendengar mengenai penyakit Alzheimer? Saya pasti ada yang pernah mendengarnya. Penyakit ini dijumpai oleh Dr Alois Alzheimer pada tahun 1907 dan dinamakan sempena nama beliau. Ia adalah sejenis penyakit di mana fungsi saraf otak yang kompleks & progresif mengalami penurunan. Bagi yang tidak tahu mengenai apakah penyakit Alzheimer, Zura akan kongsikan mengenai 10 tanda mengenai penyakit Alzheimer yang kita patut ketahui.

Pernah tak berlaku keadaan di mana ibu/bapa atau kawan-kawan sendiri kerap terlupa di manakah letaknya barang yang kononnya hendak disimpan. Puas dah mencari keliling rumah, tak jumpa-jumpa jugak. Alih-alih bila barang tersebut telah dijumpai, ianya telah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. 

Rupa-rupanya, masalah yang berkaitan dengan ingatan ataupun memori seseorang, BUKANLAH sekadar petanda proses penuaan biasa seperti yang kita sering anggap. Ini adalah kerana, tanpa kita sedari, tanda-tanda yang ditunjukkan oleh ibu atau bapa kita adalah mungkin merupakan gejala Alzheimer.

Jadi, bagaimanakah kita nak mengetahui apakah tanda-tanda amaran penyakit Alzheimer?
Mari kita tinjau dengan lebih lanjut.





10 Tanda Amaran Penyakit Alzheimer

1. Kerap terlupa terutamanya mengenai peristiwa/perbualan yang baru berlaku.

2. Kesukaran melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan seperti menyikat rambut, memasak, malah ada yang tidak dapat menahan keinginan untuk membuang air kecil atau besar.

3. Menggunakan perkataan yang pelik untuk menerangkan sesuatu dan kesukaran mencari perkataan walaupun yang mudah.

4.Keliru mengenai masa/tempat. Tempat yang biasa dilawati menjadi tempat yang asing bagi pesakit.

5.Menghadapi masalah untuk membuat keputusan yang tepat dan seringkali penilaian yang dibuat adalah lemah.

6. Kekerapan mengulangi soalan yang sama.

7. Kerap tersilap meletak / ‘hilang’ barang.

8. Mood swings atau perubahan emosi dari masa ke semasa tanpa sebab yang nyata.

9. Perwatakan berubah menjadi lebih risau, sensitif, bimbang atau lebih bergantung kepada ahli keluarga.

10. Menjadi sangat pasif dan tidak bermotivasi. Hilang minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan.


Bagaimana Alzheimer berlaku

Hasil bedah siasat Dr Alois Alzheimer terhadap seorang pesakit wanita mendapati otak beliau bukan sahaja mengecut, tetapi dipenuhi gumpalan protein luar biasa dipanggil plak amiloid serta serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Perubahan kimia pada otak berlaku apabila amiloid protein membentuk sel-sel plak protein. Kemusnahan sel-sel saraf otak pula menyebabkan neurotransmitter yang berperanan menyampaikan mesej dari satu neuron ke neuron yang lain terjejas. Memandangkan sel saraf ini sangat penting untuk daya ingatan dan fungsi otak, maka tidak hairanlah mengapa penghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak.


Sel Otak Pesakit Alzheimer 




Perbezaan Antara Otak Normal & Penghidap Alzheimer



Golongan yang berisiko.

Penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) apabila usia mencecah 40 tahun ke atas.

Penghidap Diabetes

Mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Keturunan ( sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit ini)

Kurang bersenam.

Warga emas berusia 65 tahun ke atas, namun terdapat pesakit yang menghidap Alzheimer pada usia 50 tahun 


Rawatan Penyakit Alzheimer

Penyelidikan mengenai penyakit Alzheimer masih dilakukan secara intensif hingga sekarang. Namun setakat ini masih belum ada penawar yang dijumpai. Pilihan yang ada untuk menguruskan penyakit ini adalah rawatan awal. Justeru adalah sangat penting membuat pengesanan jika ahli keluarga mempunyai simptom Alzheimer dengan berjumpa doktor untuk didiagnos lebih lanjut.

Antara ubat-ubatan yang disarankan untuk pesakit Alzheimer adalah seperti:-

*  Donepezil

*  Rivastigmine

*  Galantamine

Ubat yang digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer dikenali sebagai penghalang kolinesterase yang direka untuk menghalang pemecahan asetilkolin. Asetilkolin adalah suatu bahan kimia penting yang berperanan menghantar mesej di dalam otak yang penting untuk otak dan fungsi-fungsi pemikiran lain. 


Bagaimana Menjaga Kesihatan Otak.

Mencegah sudah tentu lebih baik daripada mengubati. Antara langkah pencegahan awal yang kita boleh lakukan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang memberi nutrisi kepada otak. 

1. Melalui sumber makanan.

- Antara sumber makanan yang baik untuk kesihatan otak adalah seperti ikan, kekacang, daging dan telur. Selain itu tumbuhan herba yang mempunyai khasiat terbaik mengekalkan fungsi otak yang baik adalah ginkgo biloba. Di antara khasiat ginkgo biloba ialah untuk menggalakkan pengaliran darah dan membekalkan oksigen ke otak. Selain itu, ia juga mengurangkan kecenderungan darah membeku dan antoksidan terbaik.


2. Mengamalkan supplemen.

Di antara supplemen semulajadi yang baik untuk kesihatan otak adalah seperti:-

a. Lecithin Soya

- Merupakan supplemen yang kaya dengan kolina (choline) iaitu komponen asetilkolina yang sangat penting untuk menghantar mesej di dalam otak.

Nota : Jika kawan-kawan perasan, ubat yang digunakan untuk merawat Alzheimer juga mengandungi unsur yang menghalang pemecahan asetilkolina.


Mengandungi kesemua komponen lengkap vitamin B yang penting untuk perkembangan bahan kimia penting otak seperti dopamine, epinephrine dan serotonin. 

Kekurangan asid folik, Vitamin B6 serta B12 adalah antara punca yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. 



- Merupakan antioksidan yang sangat tinggi. Menurut laman WebMD, beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E boleh membantu melambatkan perkembangan Alzheimer dan menghalang ia daripada merebak dengan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.


D. Performance Drink.

- Memberikan tenaga kepada otot dan sel.

- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh serta mengimbangi metabolosma air dalam tubuh.



DHA merupakan nutrien utama bagi otak, sistem saraf dan retina. DHA membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran serta mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Satu hidangan Omega Guard membekalkan 905mg asid-asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

F. Vivix.

Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular. Untuk penerangan lanjut mengenai Vivix, kawan-kawan boleh KLIK DI SINI


Sebelum saya mengundur diri, suka untuk saya ingatkan kepada kawan-kawan supaya segera berjumpa dengan doktor jika terdapat ahli keluarga yang mengalami kemerosotan ingatan dan menunjukkan tanda-tanda seperti yang telah saya sebutkan.

Mungkin juga ada di antara kawan-kawan yang mula membuat pertimbangan untuk menjaga kesihatan otak sedari sekarang. Bertindak segera dan hubungi saya. InshaAllah saya sedia membantu. 

Hanya tinggal SATU klik saja lagi untuk mengubah segalanya 











Salam Hormat


Your Shaklee Independent Distributor


Azura Zainalabidin


♥ SMS | Call| Whatsapp : 016-800 4628


♥ Shaklee ID : 1091952


♥  FB PAGE


♥ Email : juaazura81@gmail.com




Rujukan

Alzheimer's Foundation of America. 
http://www.webmd.com/alzheimers/guide/understanding-alzheimers-disease-basics
http://polyclinic.singhealth.com.sg/PatientCare/PatientResources/Leaflets/Documents/SGH%20M110R0%20Medication%20for%20Alzheimer's%20Disease.pdf


Read More